Sekian lama menahan rasa, akhirnya aku luahkan juga. Aku tahu apa yang aku lakukan ini bukanlah penyelesaian yang terbaik. Tetapi aku buntu. Aku tidak temui jalan lain lagi selain cara ini. Bagaimana harus aku lalui hari-hari dengan menyimpan rahsia nan besar ini? Rahsia yang terlalu besar dan tanpa tindakan segera akan menyebabkannya lebih parah, nanah dan berdarah. Kadang-kadang aku sendiri tidak mampu menjawab persoalan yang menghujani diri sendiri. Apakah ini silapku sendiri atau memang dia yang memilih jalan yang begitu? Telah aku cuba mendekati dirinya, dengan harapan aku mampu mengubah sesuatu, tapi kini dia makin menjauhi. Jauh, seperti melarikan diri dari diriku. Aku sedar. Aku mahu memanggilnya kembali. Tapi seolah-olah mulutku terkunci dari memanggilnya lagi, kakiku dibelenggu dari berlari mengejarnya dan tanganku sudah lemah untuk menggapai tangannya semula.
Pernah aku jelaskan dahulu, biar apapun berlaku takkan ku biar dirinya ditolak ke lembah berapi. Tapi sekiranya dia yang memilih untuk jadi sebegitu, jika dia yang memilih ke jalan itu... apakah aku masih punya peluang untuk membawanya kembali? Aku tahu aku tidak harus berputus asa. Harus terus berusaha selagi aku punya upaya. Tapi... aku kian lemah melihat keadaan dirinya yang semakin hari kian merosak diri. Aku... aku menjadi buntu. Lidahku kelu. Hanya air mata yang mengalir menjadi luahan hati betapa aku sedih melihat ini terjadi. dan ini.. pilihan terakhir. Dan aku telah menyebabkan hati orang-orang yang paling aku sayangi berada dalam dukacita pabila mengetahui rahsia besar ini. Aku kasihankan dirinya, aku tahu rahsia ini merupakan rahsia paling dukacita yang bakal menggores hati mereka. Bagaimana... aku terpaksa kerana aku tidak punya cara lagi. Aku mahu mereka menghentikannya dengan kuasa yang ada pada mereka. Aku tidak sanggup membiarkan dia terus lolos ke jalan gelap itu. Aku tidak sanggup...
Ya Allah, kadang-kadang aku rasa seperti aku tidak punya kuasa lagi. Seperti aku buntu tanpa cara. Seperti tiada lagi yang ku mampu lakukan pada dirinya. Jauhkanlah aku daripada perasaan ini. Berikanlah aku cahaya petunjuk Mu. Agar aku dapat melakukan sesuatu.
Ya Allah, ampunkanlah aku kiranya aku belum kuat berusaha. Belum menggunakan sepenuh upayaku. Belum menggunakan segala kelebihanku yang telah kau kurniakan.. untuk membawanya kembali, kepada-Mu.
Ya Allah, sekiranya apa yang telah terjadi merupakan akibat dari diriku sendiri. Ampunkanlah aku. Sesungguhnya pengetahuanku amat sedikit dan aku manusia yang lemah, sering berlumuran dosa. Ampunkanlah dirinya dan bawalah dia kembali, di bawah rahmat dan kasih sayang Mu. Berilah dia cahaya petunjuk Mu agar dia temui jalan kembali.
Ya Allah, andainya dia masih jahil. Berikanlah cahaya petunjuk Mu. Sekiranya dia alpa, peringatkanlah dia. Sekiranya hatinya masih keras, maka lembutkanlah. Bantulah dia memilih jalan Mu yang benar. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati.
Ya Allah, aku memohon dengan sangat. Aku tidak sanggup lagi melihat mereka berdukacita memikirkan tentang dirinya.

Ampunkanlah aku, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
No comments:
Post a Comment