Semenjak melibatkan diri dalam dunia persekolahan ni, semakin rajin pula saya menulis di ruangan ini. Bosan sangat ke? Haha.. taklah. Cuma, nak berkongsi perasaan menjadi seorang cikgu yang tak berpengalaman. Hari ni saja cari masalah dengan pakai heels pergi sekolah. Bukan apa, kasut bertumit tinggi merupakan pakaian rasmi sebagai guru di sekolah-sekolah kebangsaan. Saya pun saja nak uji kesesuaian kod pakaian itu. Aduuuh.. siksanya kaki! saya tak ada kasut bertumit tinggi. Ini pun saya pinjam kasut kakak saya. Selalunya pakai kasut yang leper je. Senang nak bergerak dan tak menyakitkan kaki. Sebenarnya kasut saya tertinggal dan saya hanya meminjam kasut mak saya sepanjang tiga hari ke sekolah. Baru hari ni saya mengada-ngada sikit nak cuba pakai heels ni. Takpe lah, lepas ni walaupun diwajibkan pakai kasut macam ni. Saya protes, tak nak pakai. Sebenarnya mak dah banyak kali suruh saya pakai kasut tumit tinggi tu, dia kata saya ni rendah, nanti sama tinggi dengan budak-budak je, takpun budak-budak tu lagi tinggi. Hu..tak kisahlah rendah pun... saya tetap tak nak pakai. Sampai sekarang masih terasa sakitnya kaki ni. Tadi dah letak minyak, harap-harap esok dah ok. Kesian kakiku!
Hari ni dapat kelas relief! Wah, saya sangat teruja. Hari tu hanya dapat satu masa, hari ni Allah bagi saya tiga masa. Ambik kau! Kelas tingkatan 3M. Kelas bawah-bawah juga. Tak kisahlah, cari pengalaman. Berdeba-debar juga pada mulanya. Biasalah kelas bawah ramai budak bermasalah. Jangan ada yang cari masalah dengan saya sudahlah. Kali ni cikgu kelas tidak ada meniggalkan apa-apa pesan atau kerja untuk disiapkan oleh para pelajar. Maka 3 masa ini adalah dibawah kuasaan saya sepenuhnya Hehe..
Mula-mula masuk, saya terus minta pelajar memperkenalkan diri mereka. Seorang demi seorang. Saya meminta mereka memberitahu tentang hobi dan cita-cita mereka. Rata-rata majoriti daripada mereka ingin menjadi polis tak kira pelajar lelaki mahupun perempuan. Kenapa ya? Seingat saya cita-cita nak jadi polis ni cita-cita budak sekolah rendah. Tapi saya tak adalah komen apa-apa. Ada juga sebahagian yang masih tak tahu apa cita-cita mereka. Selepas selesai sesi mengenal merekam, saya pun membetritahu mereka yang saya dahulu pun tidak ada cita-cita. Soalan mengenai cita-cita adalah soalan yang paling saya malas untuk menjawab. Kebanyakan cita-cita saya tidak realistik. Contohnya, saya pernah menyatakan yang saya bercita-cita ingin menjadi bos syarikat toyota ketika saya di tingkatan 4. Mengarut je.. Rasanya pada masa itu, saya masih belum cukup matang untuk membuat pilihan mahupun menggambarkan masa hadapan.
Saya pun memberitahu mereka yang saya kini telah mempunyai cita-cita. dan saya pasti cita-cita saya lagi best daripada cita-cita mereka. Saya pun meminta mereka meneka apakah cita-cita saya. Setelah memberi hint, mereka akhirnya dapat meneka jawapannya, iaitu Superhero. Saya meminta mereka memberi kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang Superhero. Tugas utama Superhero ialah menyelamatkan manusia dan seluruh alam. Juga boleh dikenali sebagai penyelamat dunia. Semua orang pun boleh jadi Superhero, tapi yang utama satu sifat seorang Superhero ialah dia seorang yang baik. Sok-sek-sok-sek...
Mereka juga meminta saya memperkenalkan diri saya tetapi saya malas untuk membiarkan diri saya menjadi seorang yang dikenali ramai (ceh, perasan!). Maka, saya pun sengaja menulis nama saya dalam tulisan jepun dan menyuruh mereka supaya mencari jawapannya nanti. Salah seorang pelajar lelaki bertanya, "Cikgu duduk (menetap) kat mana?". Secara refleks saya terus bergerak ke arah kerusi, tetapi belum sempat saya duduk pelajar itu berkata semula "Cikgu nak kata cikgu duduk atas kerusi ye?". "Haha.. pandainya awak. Tahu je apa saya nak cakap". "Cikgu ni macam budak sekolah je, cikgu ni umur berapa?" "Saya dah cakap saya ni tengah sekolah lagi, tengah belajar. Belum jadi cikgu." Saja saya mengelak. Haha.. Umur tu kan sensitif! ;p
Sebenarnya waktu yang saya ganti ini ialah waktu subjek pendidikan islam. Kata seorang pelajar, ustaz mereka rajin bercerita. Maka, disuruhnya saya untuk bercerita ataupun menyanyi di hadapan. Apalah, tak ada ke pilihan yang lebih baik? Saya tak tahu nak bercerita apa dengan mereka. Saya beritahu mereka kalau saya bercerita, mesti cerita yang berat-berat dan mereka kena berfikir untuk faham. Mereka kata yang mereka tak kisah. Maka saya pun masukkan cerita mengenai IQ dan EQ untuk memberi mereka semangat bahawa, kepandaian bukanlah segala-galanya. Tetapi dengan hati yang baik dan bersemangat, kita boleh lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Bebel punya bebel, dari air muka mereka saya dapat lihat yang mereka sukar untuk mencerna apa yang saya terangkan. Nampak macam berat sangat, sampai kepala pun senget-senget belaka. Saya pun tak mengulas panjang-panjang dan lebar-lebar lagi.
Tiba-tiba saya teringat kisah Nabi-nabi yang saya cerita-ceritakan kepada adik-adik di UPSI dan INTI. Saya pun bangun untuk bercerita kepada mereka kisah Nabi Ibrahim dengan panjang dan lebar. Nampak pelajar-pelajar pun bersemangat nak dengar. Pelajar lelaki yang duduk di barisan belakang pun bergerak dan duduk di hadapan. Saya bermula dengan kisah Nabi Ibrahim A.S dan Sarah di Mesir. Kisah bagaimana Hajar boleh berkahwin dengan Nabi Ibrahim. Kisah Nabi Ismail di Makkah. Kisah Nabi Ishak di Palestin sehinggalah Nabi Yusuf ke Mesir membawa keturunan Bani Israil tinggal di Mesir. Nabi Musa daripada kalangan Bani Israil bangkit menentang Firaun dan membawa kembali Bani Israil dari Mesir kembali ke Palestin. Panjang dan lebar sehingga saya berasa lelah sekali. Sesekali saya bertanya kepada mereka sekiranya mereka telah penat untuk mendengar, tetapi mereka tahu saya yang sebenarnya kelelahan. Penat sungguh. Jam 12.35 saya benar-benar pancit. Alhamdulillah saya sempat menceritan secara ringkas yang kaum Bani Israel setelah diperintahkan oleh Allah untuk masuk ke Palestin dengan sombongnya berkata kepada Nabi Musa, "Kau masuklah dahulu dengan Tuhan engkau. Sekiranya keadaan di dalam baik, kami akan menyusuk kemudian." Punyalah sombong, dan Allah pun mengharamkan tanah palestin untuk Bani Israil. Sekarang, tengoklah sendiri. Beria-ia mereka claim yang tanah tu tanah orang Israil (Yahudi), sedangkan dulu mereka yang sombong tak mahu masuk. Tapi kalau mereka nak masuk juga, mereka hanya perlu menjadi Muslim. Tapi, punyalah sombong mereka ni tak nak mengaku Nabi Muhammbad S.A.W sebagai Rasul terakhir, mereka tak nak juga. huuu... habis je bercerita, rasa suara pun macam dah tak boleh keluar je. Terjelepok saya di atas kerusi. Baru lebih kurang 1 jam setengah bercakap. Tapi sebab saya tidak biasa bercakap kuat dan heels yang juga menjadi faktor kaki saya menjadi stress, saya rasa seperti hilang tenaga. Tapi, alhamdulillah. Everythings went fine. dan saya rasa sangat gembira hari ini sebab dapat share sesuatu dengan orang. Heee... :D
Macam makanlah, kalau makan ramai-ramai dan berkongsi-kongsi lagi seronok daripada makan sorang-sorang. Begitu juga nikmat Islam ni, akan menjadi lebih indah dan bahagia jika semua orang dapat berkongsi merasai nikmatnya. Tapi, kita kenalah rasa yang islam tu best, baru boleh ceritakan kat orang yang islam ni sebenarnya memang best. Yelah, kalau tak pernah makan ikan bakar Umbai, macam mana nak cerita kat orang yang rasanya memang sedap. Kenalah rasa dulu, kan?

No comments:
Post a Comment