Sunday, June 1, 2008

Tagged: Usrah itu sedap dan perlu dinikmati selalu


Salam.
I have been tagged... haha.

So here it goes, every thing to do with Usrah and me..
BTW, what is usrah?

Of course it's not a name of someone, duh.
It's the other name for halaqah, liqa', circle, support system.. what ever you call it. it just goes the same. A group of friends that wants to do more than what normal friends do. A group of friends who supports each other, to share, remind and create a bond of love that will goes forever. Usrah is great! and I just discover it not very long ago...

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Hmm, sejak dari sekolah. Usrah terpakse, namanya. Kadang-kadang tu malas juga nak pergi. Tapi masa kat SEMASHUR dulu, dilantik jadi naqibah. I'm not that 'baik' pun.. even my juniors dalam dorm pun terkejut. Some of my friends called me 'Naqibah Rock' masa tu. Haha.. malu je. Maybe I was in the good book of my ustazah kat sana. Masa awal-awal masuk pun ada ustaz dan ustazah yang cari. Istimewanya saya ni, kan? Haha..perasan! ;P

Masa kat MCS pun ada lecturer yang cari saya untuk buat usrah. Jadi join je la..dah orang susah-susah cari kita.. Lagi pun benda baik..takkan nak tolak, kan? Tapi usrah tu hanya usrah, hanya mengambil ilmu dan tak ada apa-apa perubahan signifikan dalam hidup saya.

Dan bila dah melangkah kaki ke IPT.. Hm, dua tahun hidup hanya untuk diri sendiri...Alhamdulillah selepas tu saya menemui Usrah yang sebenar. Sehinggalah saya dapat rasai sendiri nikmat usrah tu..yang sangat dan teramat best, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..

Jadi, berapa lama dah sertai usrah ni? Usrah yang tak best, lama gak. Usrah yang best, 1 tahun. Dan nikmat yang teramat dirasai..baru je beberapa hari ni. Alhamdulillah, ada peristiwa yang memang sigifikan dalam diri.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Alkisahnya, saya dipanggil oleh seorang pensyarah di IPT saya. Haha..tak habis-habis ada orang cari saya ;P Masa tu dah sem 2 tahun 2. Pensyarah tu tanya pendapat saya tentang usrah kat tempat tu, minta pandangan saya tentang apa yang boleh buat dan sebagainya. Sehinggalah suatu hari, pensyarah itu mengajak saya untuk menyertai satu program kat Fraser's Hill. (Macam skema jawapan pulak..hehe). hm..mase tu ingat nak gi camping. Saya pun sangat excited. Tiba hari tu, rupanya program tu dah ditukar tempat ke tempat yang tak best, jauh di pinggir bandar. Memang bila saya dapat tahu, saya rasa nak memberontak masa tu. Geram sangat sebab rasa macam kena tipu. Dahlah masa tu yang datang spesies orang yang macam alim-alim sangat. Rasa inferior pun ada. Tapi saya buat cool je la, sebab saya memang (ehem) cool. dalam hati..oooohh! Hm, rupa-rupanya Allah nak beri saya sesuatu yang lebih berharga daripada itu. Lebih-lebih berharga.. sesuatu yang tak pernah saya fikir sebelum ni. Di sana saya dapat kembali apa yang telah saya hilang selama ini. Saya temui... Islam. Pertemuan saya dengan orang di sana membuahkan sesuatu yang sangat bermakna. Precious! Kerana mereka telah membawa saya ke sini dan menjadi diri saya yang kini. dan mereka mengajar saya erti usrah sebenar. Alhamdulillah =)

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Sebab:

- memang saya nak. Saya rasa perlu. Sebab saya seorang yang cepat lupa dan perlu selalu diingatkan.
- Usrah is a form of support system. Usrah bukanlah sesuatu yang skema. Kalau nak rasa usrah tu best, semua orang dalam usrah tu perlu buat dia jadi best. Usrah bukannya sekadar nak berkongsi dan memperdalam sesuatu dalam Islam. It's more than that. It's depends on the members to make it more.
- usrah saya best!! ;p Kalau tak best, saya tak join la. Haha! Sebab apa usrah saya best? Sebab kitorang sempoi je, tak skema dan muda2 belaka. err..kalau dah tua pun, tetap berjiwa muda! ;p


The most important point of being in this circle or usrah is not just to improve myself, but to improve myself so I can help others to improve themselves too. There's no point of being good but not helping everyone to be good too. Itu namanya pentingkan diri, adik-adik...
Makanya, usrah saya bukanlah bertujuan untuk saya menjadi saya yang baik, tetapi untuk saya menjadi saya yang mampu membaikkan dan menyedarkan orang lain bahawa kita mempunyai tugas yang amat besar sekarang. Tugas untuk mengembalikan Islam kepada dunia supaya alam ini selamat, aman dan damai di bawah lembayung rahmat Allah.

Usrah hanyalah satu medium untuk mencapai matlamat besar ini, iaitu mengembalikan Islam untuk diaplikasikan secara menyeluruh di atas dunia ini. Tetapi, sekiranya usrah/alat ini tidak mampu mencapai matlamat, then there's no point of having that usrah. Usrah is not everything, but everything starts from usrah.


Kenapa saya membebel dengan panjang lebar semata-mata untuk menjawab soalan yang nampak remeh ni? Sebab saya nak jelaskan, pentingnya kita faham kenapa kita ikut usrah sebenarnya. Usrah bukan sesuatu untuk anda ikuti ketika waktu lapang, usrah bukan hanya sebagai satu cara menambah ilmu dan iman, tapi saya memilih usrah ini untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu membawa perubahan dan kebaikan kepada dunia dan seluruh isinya. Jika saya menyertai usrah hanya untuk menjadi baik dan membaikkan kawan-kawan sahaja, saya seorang yang selfish. Tapi saya perlu berusrah untuk bersama-sama menjadi penyelamat dunia. Sounds ridiculous? I believe it's not impossible. But you just need to know HOW. (and you can always ask me, anyway)

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

Sangat amat bersyukur..Alhamdulillah, Allah menemukan saya dengan sesuatu yang sangat baik. Anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Pernah sebelum ini saya ragu-ragu dan saya berdoa agar Allah memberi petunjuk sekiranya jalan yang saya pilih ini benar. Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya jalan ini =)

Gembira. Kalau dapat benda best, mestilah gembira kan?Begitulah juga saya. Saya seorang manusia yang dianugerahi dengan hati dan perasaan. Maka, sepatutnya saya berasa gembira dengan kurniaan yang sangat besar ini. Dan sejak akhir-akhir ini saya berasa lebih-lebih gembira lagi. Bersemangat!!!!

Usrah membuatkan saya terus dan lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari muka dengan lebih positif dan optimis. Saya menjadi lebih yakin kerana Allah sentiasa di sisi. Dan apa sahaja pilihan Allah, adalah yang terbaik untuk saya. Yah, bersemangat waja!! Saya ingin menjadi logam berharga yang bersinar! p(^_^)q "YUK, BERUSAHA!!"

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Nikmat yang tidak terhingga nilainya. Nikmat Islam dan Iman. Kesedaran yang hidup ini hanya bererti apabila digunakan untuk mengecap Redha-Nya. Dan nikmat ini pastinya... INDAH.

Ukhuwwah yang hebat. dan di atas ukhuwwah yang ditunjukkan mereka, saya terpaut. Bermula daripada mereka tolong mengangkat beg saya, saat mula-mula perkenalan dengan mereka dan saat itu saya tahu, mereka memang istimewa. Ukhuwwah ini indah dan sangat istimewa. Sangat-sangat istimewa =)


Peringatan. Saya manusia yang sering alpa. dan usrah ini mengingatkan saya akan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Bukan hanya dengan kata-kata, tapi perlakuan mereka sahaja sudah cukup mengingatkan saya, apakah sudah cukup pengorbanan yang saya lakukan. My sisters are really great people, some of them reallly made me jealous. Saya cemburu melihat pengorbanan mereka. Dan daripada itu, saya cuba untuk membuat yang lebih baik. Saya ingin menjadi lebih baik.

Ubat Hati. Yang ketiga, bersama orang-orang Soleh. Ya, saya dapat mengubat hati saya bersama mereka. Ibarat mengecas semula iman saat ia mula turun merudum. Tazkiyatun nafs, penyucian hati dengan mendengar kata-kata penawar, dengan melihat pengorbanan dan kesungguhan mereka.


Perjuangan untuk menegakkan semula Islam. Perjuangan yang saya telah fahami dan yakini, Insya Allah. dan yang utama, saya mohon Allah tunjukkan saya jalan yang benar. Insya Allah, inilah jalannya. Moga terus tsabat di jalan ini.... Tsabbit qulubi 'ala dinika, ya Rabbi


Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain


Oleh yang demikian, saya pun ingin men'tag' kalian:

-Mak cik Max yang bekerja sebagai Seorang Supir,

-Mak cik afie911 yang asyik mencari dirinya,

-Sis Intan Nadia of Notts,

-Sis Intan of UM,

-Cikgu Ai yang suka berkata-kata..

-dan sesiapa yang sudi mentagkan dirinya sendiri ;p

2 comments:

Intan said...

alamak...saya kena tag!!aaAAaa~haha!

hidden_fareha said...

bilamana kite terlanggar dengan hidayahtuLLAh... ia adalah suatu nikmatdan perasaan yang sukar dilafazkan atau digambarkan...

syukur padaMu ya Allah atas nilai hidyah ini...

kd, saya rindu kamu fiLLAH...