Thursday, March 18, 2010

With great power comes great responsibility


"With great power comes great responsibility", kata Uncle Ben kepada Peter Parker sebelum menghembuskan nafas terakhir. Daripada kata-kata yang berhikmat itu, Peter Parker bangkit untuk menyelamatkan dunia daripada kejahatan sehingga dikenali ramai sebagai Spiderman. Itu mungkin satu daripada kisah-kisah bagaimana seorang yang biasa-biasa bertukar menjadi Superhero. Mungkin ada berjuta-juta lagi Superhero seluruh dunia yang kita belum kenali atau mungkin saja sedang dalam proses transformasi. Mungkin juga ada berjuta-juta manusia yang sedang menanti-nanti untuk dieksplor kehebatan mereka agar dapat digunakan untuk kebaikan sejagat. Superhero yang membawa kebaikan kepada dunia dengan membawa kembali Islam sebagai panduan kehidupan setiap manusia.

Kita semua percaya bahawa Allah memberi kelebihan-kelebihan yang berbeza kepada manusia. Kita juga percaya bahawa Allah menilai usaha seseorang berdasarkan kemampuannya. Siapa yang mujahadahnya lebih besar tentu nilainya berbeza dengan orang yang sudah dipermudahkan oleh Allah sejak awal lagi. Lalu, mereka yang diberi anugerah yang lebih, semestinya tanggungjawabnya lebih banyak lagi. With great power comes great responsibility! Sungguh tidak adil pastinya, jika kita punya Spiderman atau Superman, tetapi mereka tidak perlu buat apa-apa dan menyerahkan segala kerja bulat-bulat kepada polis atau tentera kerana kata mereka, "oh..itu sudah tugas mereka. Pihak polis dibayar gaji untuk menangkap penjenayah" dan mereka (spiderman dan superman) pun berehat-rehat saja minum kopi kerana nak buat apa buat kerja yang tidak ada gaji kan? Tapi ini tidak berlaku, kerana mereka tahu bahawa dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada mereka itu, ada tanggungjawab besar yang mereka perlu laksanakan!

Maka polisi da'wah kita ialah mencari mereka yang punya superpower dan menyedarkan mereka bahawa ada tugas besar perlu diiringi dengan anugerah kelebihan yang diberi oleh Allah. Juga kerana kita sedar bahawa untuk apa segala nikmat yang telah Allah anugerahi ini kita gunakan, akan disoal-siasat kelak. Lantas kita yang telah juga dianugerahkan oleh Allah nikmat kefahaman akan tanggunjawab ini, mesti bertindak segera menyedarkan mereka yang sepertinya biasa-biasa tetapi punya superpower untuk bangkit menjadi superhero dan menyelamatkan dunia (baca: dengan Islam).

Tetapi dalam banyak-banyak masyarakat dunia, terdapat juga golongan kebanyakan iaitu mereka yang tidak punya superpower yang sama seperti kebanyakan superhero lainnya. Adakah kita perlu meninggalkan mereka begitu saja dan tidak perlu diingatkan tentang tanggungjawab? Sudah tentu tidak. Oleh kerana kehebatan mereka mungkin tidak kelihatan outstanding seperti para superhero lainnya, tapi kita masih perlu untuk menyedarkan mereka untuk menerima apa yang dibawa oleh sekalian superhero itu ialah untuk kebaikan seluruh jagat raya. dan apa yang dapat disumbangkan oleh orang kebanyakan ini ialah dengan menjadi 'good samaritan'.

Lalu, tentunya cara untuk melatih golongan superhero-to-be berbeza dengan cara mendidik golongan good samaritan-to-be. Bukan bermaksud untuk mendiskriminasi, tapi kita perlu memikirkan cara yang terbaik supaya kedua-dua golongan ini dapat dibentuk untuk menjadi manusia yang mampu memberi sumbangan positif kepada dunia. Pasti kita mahu semua manusia menghirup dan menikmati manisnya iman kepada Allah dan mengamalkan Islam dengan sebenarnya-benarnya. Maka, cara menyantuni kedua-dua golongan ini harusnya saksama, iaitu kena dengan keadaan, kelebihan dan kekurangan mereka.

Mungkin dengan cara menghasilkan lebih banyak superhero, kita akan mendapat lebih banyak tenaga pendidik untuk menghasilkan good samaritan (kerana superhero kan ada superpower!) seterusnya menjadikan kerja membawa keamanan kepada dunia itu lebih efektif.

Sepanjang diberi pengalaman bersama-sama dengan masyarakat kebanyakan, alhamdulillah Allah memberi saya peluang untuk belajar memahami mereka sedikit demi sedikit. Bukan mudah untuk memberi mereka kefahaman seperti yang kita faham dan tekniknya juga berbeza. Contohnya, jika mengajar pelajar yang agak lemah saya perlu mengulang-ulang beberapa kali sehingga mereka mampu untuk cerna, faham. dan ingat. Jika terlalu banyak mengulang dengan pelajar yang sudah bijak, pasti mereka cepat bosan. Gaya pengajaran juga berbeza, pelajar yang slow-learner perlu diberi arahan satu persatu, ditanya masalah mereka sebelumnya dan diulang-ulang peringatannya. Banyak kali saja saya masuk kelas dan perlu bertemu seorang demi seorang pelajar, "where's your book? open up your book, take your pen and copy the notes, please". Mereka juga golongan yang cepat hilang fokus, fikiran cepat menerawang ke tempat lain, lalu perlu melakukan sesuatu yang extravaganza untuk memastikan fokus tidak lari. dan selalunya, apa yang saya buat ialah membuat sedikit gimik (i.e tiba-tiba jadi garang, tutup pintu dengan kuat, semua orang kena berdiri etc.) dan seriously, memang kena sangat kreatif untuk memastikan mereka memberi perhatian.

Sebenarnya dahulu, saya sangat berharap untuk bertemu dengan mereka yang punya lebih banyak peluang untuk menjadi superhero. Tapi, ditakdirkan Allah saya lebih banyak ditemukan dengan mereka yang perlu dididik untuk menjadi good samaritan dan Alhamdulillah, saya banyak belajar daripada mereka. Tetapi jauh di satu sudut hati, saya tetap percaya yang good samaritan juga bisa saja menjadi superhero andai mereka punya jiwa yang kuat, dan jiwa yang kuat itu pastinya datang daripada iman yang mendalam dan kefahaman yang benar tentang Islam.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

2 comments:

fieqa said...

salam kak kd.

thumbs up for this post!
suke2..
makna2 setiap bait kata2 dlm post ni sgt mendalam..
bacalah ia dgn hati kan! :)

insyaAllah, jom kita menjdi superhero dan melahirkan lebih byk lagi superhero dgn izinNya..insyaAllah..:)

Mama Hazim said...

wsalam.
All praises back to Allah.
seposen 2posen to remind this old self of mine.