Berakhirnya kejohanan olahraga minggu lepas, rasa badan lebih ringan lagi. Alhamdulillah. Berpanas, busuk, masam, terbakar yang berbaloi kerana rumah biru kembali menaiki tangga pertama. Saya yang sebenarnya sangat suka mengambil gambar, langsung tak sempat nak memegang kamera pun. Hanya mengangkut ke hulu ke hilir dalam beg. Siapa-siapa yang tak tahu beratnya menjadi ketua rumah sukan, pastinya mengangkat muka dan berkata "apa susah, budak-budak yang main..bukan cikgu!".
Oh, ingat dah tamat hari sukan tamatlah kerja saya. Tiba-tiba dapat lagi arahan, cikgu terpilih untuk membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat daerah. Heh, akibatnya daripada nama dimasukkan dalam ajk majlis sukan sekolah. Jadilah saya cikgu sukan sepanjang tahun. Saya suka sukan, tapi hm.. banyak yang perlu diperbaiki. Kalau lebih Islami, tentunya lebih menyenangkan hati.
Melihat acara sukan terutamanya acara balapan memang menyeronokkan. Semua orang bertepuk sorak-sprai memberi semangat. Entah kenal, entah tak. Tapi kerana masing-masing berasa kebersamaan sebagai ahli rumah biru, tetap memberi semangat. Mungkin begitulah Islam. Kenapa masih ramai yang memandang usaha menaikkan Islam dengan sebelah mata cuma? Kerana masih ramai yang tidak rasa kebersamaan sebagai muslim itu. Mungkin kerana kita terlalu ramai, atau mungkin saja ikatan darah dan tanah itu masih merajai diri sehingga tak terperasan ikatan suci aqidah yang dibawa oleh Nabi. Kebersamaan sebagai muslim yang telah hilang dek tenggelamnya kita dengan kehidupan nafsi-nafsi.
Saya suka melihat pelajar-pelajar yang semangat berlari. Bijak mereka menyusun strategi. Di awalnya mungkin kelihatan sedikit perlahan tetapi di akhir-akhir larian mereka menyusup laju sehingga yang lain tidak terkejar dan tercicir di belakang. Mungkin begitu juga kita, mungkin di awal sedikit perlahan, tetapi seharusnya dengan semakin meningkat usia dan semakin kita menghampiri garisan penamat, amal kita seharunsya lebih melesat laju. Bukan semakin perlahan dan kemudiannya terhenti, lalu tersembam ke tanah kerana kepenatan. Hidup ini seperti berlari juga, perlu ada strategi supaya tidak mudah 'pancit' di tengah larian!

No comments:
Post a Comment