Friday, March 12, 2010

ghulam taman bunga


Ditakdirkan Allah, suatu hari seorang ghulam ditemukan dengan rahib yang bersendirian menaiki tunggangannya di taman bunga. Lalu, bermulalah episod hari-hari baru rahib yang menemui ghulam idamannya. Walau hanya 10 minit tempoh setiap sesi pergi dan pulang daripada menuntut ilmu sihir, rahib berharap moga 10 minit itu ialah 10 minit yang sangat bermanfaat buat ghulam dan dirinya sendiri. Apatah lagi, bila ghulam membawa pula ghulam jr. yang baru darjah 3 bersama-sama menaiki tunggangan rahib.

Moga dengan takdir Allah ini, memberi peluang dan semangat baru untuk rahib lebih bersemangat menjalankan tugasnya. Masya Allah, ghulam yang dihantar oleh Allah ini bukan calang-calang. Semalam saja rahib melihat ghulam tekun berdoa ketika mula menjawab soalan. Subhanallah, moga Allah memberi limpahan hidayah dan membuka pintu taufik untuk ghulam dan rahib. Moga mereka bisa mewarnai taman yang penuh dengan bunga raya itu dengan bunga-bungaan yang lebih mekar mewangi.

Lalu, rahib setiap pulang ke rumah cuba menyudahkan bacaan kitab Abbas as-Siysiy dan resolusi rahib setiap hari ialah untuk memperbaiki diri dan membina ghulam ad-da'wah di sini. Sama-sama doakan =)

2 comments:

Abu Khalid said...

Semoga Rahib tersebut beroleh kejayaan dalam usahanya

Membuahkan tsabat bukan sahaja pada si adik ghulam,

Tapi memberi bekal taqwa kepada Rahib yang akan menjadi tua

iman said...

chayo2 rahib.. nnt bleh lah iman tumpng juge tunggangan rahib..

(my fave part of hadis ghulam - ghulam jumpe raksasa tgh jln)

hari tuh share hadis ghulam dgn adek2, sronok tgk mrk excited..

:P