Monday, March 22, 2010
filling up our cup
Hati itu ibarat gelas
hanya gelas yang penuh mampu melimpahkan air
hanya hati yang basah bisa membasahkan hati yang lainnya
lalu bagaimana saat gelasmu hanya tinggal separuh?
dan terbiar lama...
hingga lebih banyak air yang tersejat.
Apakah kamu mahu membiarkan hatimu dehidrasi
saat cuaca bumi tidak mahu berkrompomi?
ayuh, penuhkan kembali gelas itu.
siramlah kembali hati yang mungkin tandus
dan pecahkan ais yang membeku
moga hati ini mengalir dengan degupan iman
sehingga membasahi hati yang lainnya.
Bumi semakin panas
tanah semakin gersang
jangan biarkan hatimu membahang kering kontang.
Andai gelasmu retak
dan air mencuri keluar di rekahannya
maka segeralah membaikinya
mohon kepada Pencipta agar dipulihkan segera
kerana hatimu hanya satu
dan dari hati itu kau memandu segala sesuatu
bila kompasmu tidak bisa lagi memandu
lalu arah mana lagi yang mahu kau tuju?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wahh!!!
entri yg memberi peringatan.. bila dah kering.. cepat2 basahkan.
bila gelas retak.. cepat2 baiki !!
caya lah sis!
Post a Comment