Cik Norma pura-pura sibuk. Dibuka segala macam lagi dan almari untuk menyembunyikan diri. Kali ini ejen takaful itu berada dekat dengan meja kerjanya. Cepat-cepat Cik Norma menyorokkan muka sambil berkata, "Oh, saya dah daftar takaful lain dah. Satu keluarga pun. Terima kasih". Acuh tak acuh saja dia melayan. Ejen takaful itu masih tidak mahu berganjak. "Oh, ye ke? Suami sekali? Anak-anak pun? Berapa orang anak?" Cik Norma malas mahu melayan dan tetap memalingkan muka menjauhi ejen itu,"Satu keluarga dah daftar takaful!". "Ye ke, satu keluarga? Atau masih `cik` lagi sebenarnya?", ejen takaful itu semakin berani bertanya soalan peribadi. Cik Norma terasa panas telinga. Kalau ikutkan emosi, mahu saja ditonyoh muka tak tahu malu ejen takaful berkopiah putih bersih persis ustaz itu dengan tapak kasutnya yang 1 inci tebal.
Hikayat 2:
"Cikgu, Badrul buat hal lagi. Dia ponteng sekolah!" Berdesing telinga Puan Aini mendapat tahu pelajar wanted kelasnya itu kembali beraksi. Kadang-kadang Puan Aini hairan, "apa punca si Badrul ni berkelakuan macam ni agaknya?" Kali ini Puan Aini nekad, dia mahu bertemu dengan ibu Badrul dan membincangkan soal anaknya. Hairan, ibu Badrul seorang ustazah di sekolah berdekatan. Tetapi si Badrul pula berperangai setan.
Pagi itu, Puan Aini bertemu empat mata dengan ibu Badrul, Ustazah Salmah. Sungguh tidak terduga Puan Aini untuk melihat ustazah dengan gaya serba moden dan kuku yang ehem, agak panjang kiranya. Kontra sungguh dengan gaya Puan Aini yang agak konservatif, bertudung labuh tanpa secalit makeup pun. dan oh ya, Puan Aini mengajar Bahasa Inggeris.
Hikayat yang ditampilkan tidak bermaksud untuk dikenakan kepada siapa-siapa. Tetapi ini adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat kini. Kadang-kadang mudah saja kita menunding jari dan menyalahkan ustaz-ustazah yang kurang bagus dalam menggunakan posisi mereka sebagai tempat rujuk hal ehwal agama dalam masyarakat. Kadang-kadang kita mudah saja marah apabila ustaz-ustazah ini tidak beraksi selayaknya dengan ilmu yang mereka ada. Tetapi, sejauh manakah kita turut merasakan bahawa apa yang berlaku kini juga berpunca daripada kita?
Ya. Kita yang dianugerahlan Allah dengan kelebihan akal kebanyakannya memilih untuk jurusan yang kononnya lebih hebat. Jurusan agama hanya untuk mereka yang kurang cemerlang atau tidak berpeluang mendapat jurusan yang hebat-hebat, kononnya. Lalu, begitulah yang terjadi. Mereka yang tidak berapa bagus memilih untuk mengambil jurusan agama, lalu terhasillah ustaz-ustazah yang tidak mendapat kefahaman Islam itu dengan sebaiknya. Lalu haruskah, ustaz-ustazah ini yang dipersalahkan? Atau kita sendiri adalah puncanya?
Seperti yang berlaku di sekolah saya sendiri, kelab yang paling tidak mendapat sambutan seperti Rakan Surau, merupakan pilihan terakhir dan selalunya mereka yang selalu ponteng dan bermasalah delinkuen ditempatkan di kelab ini kerana kelab-kelab lain telah penuh. Cuba bayangkan kalau pelajar daripada kelab Rakan Surau ini diminta mengajar solat atau menjadi imam kepada pelajar lainnya. Lalu, bagaimana? (bukan hendak pesimis, tapi ini ialah realiti. Selalunya mereka yang delinkuen ini juga lemah dalam agama. Selalunya, bukan semestinya)
Itu saja hikayat pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

1 comment:
menarik...
Post a Comment