Usrah semalam telah membawa saya berfikir sejenak tentang betapa hebatnya langit ciptaan Allah. Perasan tak, bila waktu siang langit sangat biru dengan cantiknya dan pada waktu malam seolah-olah langit menjadi transparent dengan memperlihatkan bintang-bintang dan kegelapan tanpa batas. Pada waktu siang, bintang-bintang masih tetap di langit, cuma warna biru yang terang-benderang itu seolah-olah menutupi gugusan bintang yang tak henti-henti berkedip di belakang sana. Seolah-olah langit biru itu seperti tabir yang menutupi bintang-bintang di belakang. Sangatlah sesuai bila Allah menjelaskan perubahan malam dan siang itu dengan menggunakan perkataan yang mengumpakan pergerakan tirai dibuka dan ditutup. Masya Allah!
Pagi ini saya terfikir lagi tentang langit. Dengan sedikit bantuan daripada encik Gugel, Alhamdulillah Allah menemukan saya kepada jawapan. Rupanya teori langit berwarna biru kerana memantulkan warna laut yang biru adalah salah! Padanlah saya terfikir, kalau dikawasan seperti gurun yang tidak berlaut, bukankah langitnya tetap kelihatan biru!
Maka jawapan bagi kenapa langit berwarna biru telah dijelaskan melalui teori Rayleigh Scattering. Serakan daripada cahaya matahari apabila melalui atmosfera bumi yang dipenuhi dengan gas bermacam bagai. Lalu oleh kerana warna biru mempunyai wavelength yang lebih pendek lebih mudah terserak dan menyebabkan kita melihat langit sebagai warna biru. Begitu juga mengapa pada waktu senja atau subuh langit tampil dengan warna berbeza adalah keranan kedudukan matahari dan cahaya yang melalui atmosfera pada wavelength yang berbeza.
dan pada waktu malam tanpa cahaya daripada matahari, langit seolah-olah tembus sehingga kita dapat melihat terus ke angkasa! Masya Allah. Hebatnya ciptaan Allah. Betapa kecilnya kita dan betapa Maha Hebat Allah dan segala keagungan penciptaan-Nya.
Berulang kali dalam al-Qur'an Allah menceritakan tentang langit, kerana Allah tahu dan pasti bahawa setiap manusia di ceruk manapun, tetap akan dapat melihat langit!

No comments:
Post a Comment