Astaghfirullah.
Mungkin itu kata layaknya kau ucap setiap saat.
Tanpa henti, dosa berganti.
Ah, penyakit hati!
Bisikan kecil yang tidak diwaspadai
Kadang terjelma dalam kata dan peribadi
Lalu mungkin ada yang merasa aneh
dalam kau sentiasa terhegeh-hegeh
konon merasa dirimu yang paling letih
ke sana sini untuk memberi penuh jerih
dan kamu tetap kembali dengan hati pedih.
Maka di mana sebenarnya letak imanmu?
yang kau kutip saban minggu?
yang kau harap menjadi bekal dalam hidupmu?
persis hilang dalam bayu yang berpuput sendu
sekelip mata
kau kembali menjadi manusia biasa
yang hidupnya masih sama
melalui setiap hari tanpa cita melangit pada agama.
Apakah kerana kau merasa yang puncak itu cuma fantasi?
kerana kau sedang mendaki dunia realiti yang terhambur di kanan dan kiri
puncak-puncak harapan yang hanya tinggal impian
lalu sanggup kau punahkan segala jerih perih perjalanan sukar yang kau lakukan
berterabur menjadi keping-keping berserakan
mereka akan terus mendaki
kerana puncak itulah realiti.
No comments:
Post a Comment