Sunday, December 28, 2008

Please don't..



Please don't buy this products.
Saya tak pasti jika kamu kesah tentang keadaan di Palestin yang semakin dahsyat semenjak genjatan sejata tamat minggu lepas. Dari hari ke hari keadaan sudah semakin parah. Israel laknatullah 'alaih sanggup melakukan apa saja supaya rakyat Palestin dan Hamas berpaling tadah. Di Afghanistan pun begitu, Amerika sanggup berbuat apa saja termasuklah mengedarkan bahan-bahan lucah untuk menggoncangkan iman para mujahideen di sana.

Maka apa peranan kita di sini?
Duduk dengan riang gembira tanpa berbuat apa-apa?
Atau hanya melihat, berasa simpati dan tidak berasa apa-apa sepertinya ia perkara biasa?
Atau hanya diam dan bersyukur kerana di sini kita hidup tenang dan aman tenteram saja?

Pastinya tidak. Kita yang diberi kesenangan dan kemudahan masih boleh lakukan sesuatu untuk mereka. Nah, saya tunjukkan bagaimana.

Pertama, tolong jangan beli produk-produk ini. Walaupun satu sen, kita mungkin mempunyai saham dalam membunuh rakyat palestin yang tak berdosa itu. Tahukah kamu yang sekarang Israel sedang menutup laluan ke Gaza dan saudara palestin kita sedang kelaparan sehingga terpaksa makan rumput saja (sila rujuk akhbar minggu lepas). Tahukah kamu sedang kita bermewah-mewah di sini mereka hidup dalam serba kekurangan sehinggakan bekalan elekrtik dan air bersih pun tak mampu disalurkan ke rumah mereka? Tahukah kamu sedang kita menikmati hidup yang baik di sini, mereka kekurangan ubat-ubatan dan saban hari dicederakan oleh peluru-peluru Israel yang tak berhati perut.

Tolonglah...jangan beli barangan ini. Cukuplah selama ini kita bersikap pentingkan diri.
Please don't buy these products. It wasn't hard. I've tried it myself. We still have lots of choices here.

Di sini saya cuba bantu anda untuk cari pilihan yang lain bagi produk yang biasa diguna. Ini produk pilihan saya, mungkin anda juga boleh cuba yang lain :)

Nestle: Ini produk faveret rakyat Malaysia.
susu: Pilihlah Marigold HL etc.
yogurt dan yogurt drink: Liteyo (sedap, ada macam-macam perisa)
Milo: Ovaltine (product GSK, setakat ni tak ada dalam list boycott yg saya jumpa)
Susu pekat: Oh ada banyak pilihan di pasaran.
Aiskrim: Marigold pun ok je.
Cereals: Aha, cari je yang selain ini. Asal halal dan boleh dimakan sudah.

Maggi: Anak syarikat Nestle-juga pilihan rakyat M'sia
Perasa masakan: Banyak pilihan dari Adabi
Sos: Juga banyak pilihan. Adabi, Jalen etc.
Mi segera: Lagi banyak pilihan (Ruski, Cintan, Mamee)

Kimberly-Clark:
Kotex: Pakai intimate pun ok je ;) Buatan Malaysia.
Kleenex: Banyak lagi jenama tisu di pasaran

Johnson&Johnson:
Losyen: Banyak pilihan. Sekarang dah ada yang halal macam Safi & Shurah.
Baby's Oil: Juga ada pilihan lain. Safi Manjacare kot.
Baby's wipes: Anakku!!
Sabun mandian: Oh, please don't tell me you can't find other thatn J&J's!

Danone: biskut-biskutan-feveret M'sia
Jacob's: IKO pun healthy biscuits. Lagi sedap. Serius!
Tiger BisKuat: elleh, makan biskut len pun boleh.
C hipsMore: ChipsAhoy pun ada. Chippy chips ke apa ke..banyak lagi. Takde alasan ya.

Carrefour dan Tesco: Pusat beli-belah
Mydin lagi murah kan? :P Banyak lagi pilihan lain!

McD:
saya tak pasti utk KFC dan Pizza Hut. Tapi saya dah tak makan tu pun. Em, rasanya boleh je kenyang kalau makan yang lain kan? Nasi Lemak Pak Atan lagi sedap!

Coke dan Pepsi:
Saya yakin banyak lagi air yang boleh diminum sebagai penghilang dahaga. Ingat, mereka di Palestin tidak dapat bekalan air bersih pun!


dan banyak lagi. Anda pasti boleh mengubahnya!!


Oh ya, juga jangan lupa untuk mendoakan mereka (selalu). Semoga mereka terus tabah dan mampu hadapi tekanan ini. Moga Allah membalas mereka dengan Syurga pastinya. Amin~

4 comments:

Hilman Nordin said...

approach yang baik.
selalu orang beritahu untuk boikot barangan Israel. tp takde yg beri alternatif. bila buat macam ni, senang lah!

Anonymous said...

salam. thanx. sy pinjam link ke kamu juga...

Mama Hazim said...

salam.
alhamdulillah, mari kita beritahu semua mak cik, pak cik, kakak dan abang utk memboikot juga dan silalah tunjuk alternatif lainnya.

Mungkin kita belum mampu utk mengangkat senjata menolong mereka, tapi harapnya pengorbanan yang sedikit seperti ini mampu memberi sumbangan utk membantu mereka.

^___^

Mook said...

salam.

thx utk pemberitahuan. saya pinjam link ke kamu juga seperti teddy.