Thursday, August 7, 2008

diari kampus

I
Saya nampak mereka dari jauh, masih dengan gaya riang-ria kanak-kanak. Sengaja saya mencuba, mana tahu tekaan saya tepat.
"Ehem, semester satu ke?"
"Ha? A'ah.. Awak?"
"Oh, saya semester tujuh.."
(Mereka berpandang sesama sendiri)
"Bukan awaklah, kakak!", temannya membetulkan.
Saya hanya tertawa.
Mahu meneruskan perbualan tetapi kelihatan mereka ada urusan yang perlu diselesaikan.
Oh, saya masih kelihatan muda rupanya.. (perasan :P)


II
Dalam bas.
"Akak sem 7 ke? Bestnyer.. dah tahun akhir"
"Erk, best? Taklah.. kalau boleh nak jadi student lama-lama. Itu baru best!"


Semasa mula-mula di semester satu, saya begitu teringin segera ke semester akhir. Itu semua sebelum saya lihat matlamat hidup saya sekarang. Oh..saya mahu jadi pelajar yang belajar dan terus belajar.

III
Beberapa minggu lalu saya bertemu dengan teman di zaman kanak-kanak saya dahulu. Rakan senakalan saya semasa di sekolah rendah. Mereka seperti kelihatan seperti sangat gembira bertemu saya sedangkan saya biasa-biasa sahaja (oh, teruknya. Rasa bersalah pula...). Kami bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. Seorang bakal doktor, bakal biomedik dan bakal cikgu (oh, saya lah tu ;P).

Saya: Saya rancang mahu sambung belajar.
Mereka: Oh, baguslah. Awak nak ambil masters?
Saya: Hm, mungkin. Tapi saya sangat teringin nak belajar Bahasa Arab. Belajar sampai boleh
faham macam bahasa melayu.
Mereka: Wahhh...
Saya: Erk, boleh ke ni? (dalam hati)

p.s: juga mahu share entri teman-teman saya yang sangat menarik. Tahniah untuk mereka. Klik sini dan sini.

3 comments:

Hilman Nordin said...

salam... pnyelamat dunia memang perlu berbahasa dalam pelbagai bahasa. usaha yang baik!

oh, memang dari sekolah lagi orang akan silap menganggap umur si penyelamat dunia nih..

anugerah Allah. dengan perawakan begitu, mungkin lebih mudah untuk mendekati ramai orang untuk diselamatkan!

Anonymous said...

salam,
good things starts with intention, moga ALLAH permudahkan jalanmu~
{kita pon ade niat nak blaja bahasa arab sama cam awak!)

ur long lost friend...hoho kengkunun jer laa
-salwa sofian-

Mama Hazim said...

Baik!!!
Tapi saya nak belajar bahasa Arab sebab saya nak faham al-Qur'an --> intention sebenar.

Al-Qur'an tu kan surat cinta dari yang Tercinta. Nak cinta pada yang Tercinta mestilah kena faham suratnya..sebab tu saya nak sangat belajar bahasa Arab =D Supaya bila baca al-Qur'an tu nanti ada 'feel'. Huhu..