Thursday, August 5, 2010

Macam mana sekolah?


Soalan senang yang kadang-kadang susah untuk dijawab, "Macam mana sekolah?"


Oleh itu, mari saya ceritakan sedikit tentang muda-mudi masa kini di sekolah saya yang indah itu.

Kata seorang guru yang baru bertukar ke sini, "Sekolah ni macam zoo!"

Bising, gamat yang amat. Ya. Tapi itu bukan masalah utama.


Tetapi yang merunsingkan saya ialah hati mereka yang keras amat. Seolah jasad tanpa ruh sedang berlegar-legar di serata pelosok sekolah itu. Jasad yang dipandu oleh al-hawa'.


Kasihan. Malah saya semakin risau kerana pengikut al-hawa' ini semakin bertambah ramai. Cepat saja mereka mencari 'apprentice' baru yang sama-sama mula menakluki sekolah dengan budaya-budaya pelik. Tambah merisaukan andainya pelajar-pelajar yang sekarang baik, akan bertukar menjadi sebaliknya kerana budaya pelik ini sangat hebat kesan penyerapannya. Oh, tentu saja itu sangat menyedihkan. Moga Allah tetap memelihara iman mereka.


Semalam, saya kaget sebentar. Pelajar-pelajar pelik meminta izin untuk belajar di kelas saya. Seorang daripadanya adalah pelajar lelaki yang saya ternampak red-handed mencium pelajar perempuan dalam entri saya yang dulu. Memang ada 4 orang geng mereka dalam kelas itu, tetapi mereka tidak pernah membuat hal-hal pelik sepanjang saya mengajar (walaupun memang selalu perkataan-perkataan mereka yang pelik tu terbabas keluar. they are very loud anyway). Pelajar-pelajar pelik ni memang budayanya suka membuat bising, attention seeker. Kurang kasih-sayang agaknya. Jadi bila saya mula benarkan mereka untuk masuk (kerana memikirkan daripada mereka berada di tempat-tempat tak patut, lebih baik berada di kelas), mereka jadi sangat bising. "Nak jadi garang atau tidak?" Saya membuat pilihan dalam hati. Bukan mudah nak tangani pelajar pelik dalam kelas. Lagi-lagi kalau mereka dah jadi ramai. Pelajar-pelajar baik mula berasa tidak senang. Kasihan mereka!


"Baik, kalau awak nak belajar dalam kelas saya..mesti salin nota dan senyap." Wah, alhamdulillah. Mereka betul-betul salin nota dan diam. Walaupun kadang-kadang bising juga, cuma tidak terlalu bingit seperti sebelumnya. Dua orang lagi pelajar lelaki geng mereka meminta izin untuk belajar sekali (mungkin bosan kerana ahli geng yang lain tidak ada untuk melepak bersama). Seorang daripada pelajar ini ditangkap red-handed dalam tandas dengan pelajar perempuan. Saya memandang ke dalam kelas, tiada kerusi kosong lagi. "Tak muat dah. Kelas dah penuh". "Ok, takpe." Oh, alhamdulillah. Mood mereka baik agaknya hari ni.


Dalam diam-diam saya berfikir. Apakah geng-geng mereka sedang menguji saya hari ini? Atau ada apa sebenarnya dengan tindakan mereka? Sudah berubah? Saya rasa belum lagi. Kerana mereka masih seperti dulu. Melepak, bergaduh, mengugut. Entah. Tidak tahu mahu letak ekspektasi bagaimana. Tapi tentunya lebih dulu, ini ujian Allah untuk saya.


Benar, banyak yang saya pelajari saat menjadi guru. dan saya harus berterima kasih pada Allah atas kurniaan yang sungguh banyak.


Sedikit cerita dari cikgu di pojok sini. Maaf andainya kalian sudah bosan dengan cerita-cerita sekolah. Mungkin penulisan kali ini kelihatannya lebih 'selfish'.

1 comment:

Anonymous said...

salam...
susah ek jadik cikgu..
amat besh bace entry2 dari cikgu
xde rase selfish pom.
cikgu tuh kan murobbi(ah)...
so...some of the stories
are applicable...
oh ini ke jwapan utk 2 entri sblom
ni?

-kipas-