Dah sedia?
Perlumbaan kita hampir bermula. Sudah siap untuk memecut dan terus memecut tanpa henti?
Ah, tanya diri. Apa persiapan kita untuk Ramadhan ini.
Masa pantas berlalu, Ramadhan yang ditunggu tinggal beberapa jam saja lagi. Mungkinkah ada Ramadhan ini untuk kita?
Ya, moga-moga!
Lalu apa persiapannya?
Saat mengetahui semakin dekat dengan Ramadhan, semakin kuat debarannya. Seperti mahu masuk perlumbaan. Ah, mungkinkah aku menang dalam perlumbaan ini? Berlumba untuk menjadi yang terbaik daripada diri sendiri. Berlumba untuk terus memecut tanpa henti. Ah, sungguh aku gusar andai aku pancit di pertengahan jalan. Mohon dijauhkan ya Allah!
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
sampaikanlah aku kepada Ramadhan ini.
Muliakanlah aku dengan mulianya Ramadhan ini.
Moga aku mampu untuk mendapat yang terbaik daripada Ramadhan ini.
dan moga-moga aku bisa mengecap taqwa daripada Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment