Monday, August 23, 2010

Kerana sifatnya mengubah!


Apa bezanya tarbiyah kita ini dengan ceramah?

Kenapa perlu susah-susah berusrah? Tak cukup ke pergi mesjid, dengar ceramah?

Tak pun dengar je halaqah dan usrah di TV9, tak boleh ke?

Kenapa kena pergi program, dauroh, mukhayyam, jaulah, rehlah, mabit segala?

Kenapa???

Kenapa bersusah-susah?


(senyum)

lihat surah al-balad ayat 4.

Allah menciptakan manusia, hakikatnya dalam sentiasa dalam keadaan susah payah.

Kalau dia tidak bersusah untuk perkara kebaikan, maka dia tetap akan bersusah tetapi untuk keburukan..perkara-perkara yang bathil.

Maka, oh..biar saja aku bersusah-susah untuk perkara baik ini kan?

moga-moga pahala dan kebaikannya juga untuk kamu yang sentiasa di hati ini.

Terima kasih kerana memahami

dan sentiasa mendukungku

ku mengharap restumu dan doa agar aku terus bersusah-susah begini.

kerana aku kerap kali memikirkan

karya apakah yang layaknya dipersembahkan buat Tuhan

dan aku mengharapkan andai tamat tempohku berada di bumi

aku bisa pulang menghadap Ilahi

dengan senyuman di wajahmu

kerana anakmu ialah seorang pejuang.


Lalu andainya masih ada yang bertanya,

apa istimewanya tarbiyah yang didukung ini?

mahu saja aku berkata begini

kerana tarbiyah ini

sifatnya mengubah!

aku yang dahulu begitu dan begitu

kini begini dan begini

ah, bagaimana itu?

aku begini kerana tarbiyah ini

hadiah indah titipan Ilahi

agar aku bisa bertemu dengan-Nya kelak

dalam keadaan suci dan terpuji.


Kerana tarbiyah ini sifatnya mengubah

maka aku di sini pada hari ini

bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam

dan betapa indahnya perubahan ini

kerana didorong atas rasa cinta

mahu mempersembahkan diri terbaik buat Pencipta

bukan atas paksaan

bukan ikut-ikutan

bukan perasan-perasan.


tentunya,

aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini

dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat

walau tidak terbalas kurniaan Ilahi yang Maha Hebat

tapi cukup menjadi tanda mensyukuri atas segala nikmat.


Oh Tuhan.

biar aku terus tsabat

berada dalam nikmat ini

dan menunjukkan kesyukuranku

dengan terus bersusah-susah untuk umat.


Umat yang tenat,

nah, aku bawakan tarbiyah sebagai ubat...

kerana tarbiyah, sifatnya mengubah!

moga ia bisa mengubah

segala sakit menjadi nikmat

segala derita menjadi cinta

segala sengsara menjadi bahagia.


ayuh,

ambil ubat ini wahai umat...

dan kita bakal bahagia kelak..

pasti, dengan izin Allah.

2 comments:

Anonymous said...

tarbiyah itu sifatnya mengubah...

buat yang sedia untuk berhijrah
buat yang ingin untuk berubah

bukan yang hanya ikut2 rakan serumah
bukan yang sudah tiada izah
bukan buat yang cepat mengalah
bukan buat yang cepat rebah,
saat diredang taufan dan mehnah...

kerana sifatnya itu mengubah,
perlu amat bersusah susah,
kerna hijrah itu susah
berubah itu susah
tarbiyah itu juga tidak mudah...


Wallahualam

-kipas-

Mama Hazim said...

Subhanallah, that's super cik kipas!