Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah; dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya suatu ketika, atau sekali-sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaannya yang dahulu, atau kalau dia merasa lemah dari melaksanakan tugas dan kewajipan keislamannya, nescaya dia merasa bersalah atau berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh al-Qur'an.- Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Bab Generasi al-Qur'an yang Unik)
Mereka, generasi al-Qur'an yang unik itu
saat menerima Islam
merasakan dengan sepenuh jiwa mereka
lantas menanggalkan segala pakaian Jahiliyah
biar yang ada pada dirinya, cuma Islam
dengan pakaian taqwa.
Generasi manusia yang hebat itu
bukan para malaikat
lantas adakalanya langkah mereka tersasar
adakalanya tertipu jua dengan godaan dunia
tapi mereka pantas kembali
bergegas mencari al-Qur'an buat panduan diri
sedia menanti
arahan Tuhan
dari setiap kalam-Nya lewat Nabi
seperti perajurit perkasa
senantiasa siap siaga
menerima arahan dari komandernya.
Al-Qur'an itu bukan rujukan mereka sekali sekala
bukan juga bacaan saat berduka lara
tetapi mereka hidup dengan bayangannya
hidup berorientasikan setiap arahannya
menjadikan al-Qur'an itu sumber rujukan hidup yang utama.
Hebatnya mereka bukan kerana istimewa berada di sisi Nabi
tapi kerana sedaya upaya
menyahkan jahiliyah daripada diri
dan setiap masa
cuba meletakkan dalam landasan kalam Ilahi.
Lalu itu yang membuatkan mereka
mampu berubah 180 darjah
dari manusia entah siapa-siapa
kepada mereka yang terhebat dalam sejarah manusia biasa
mereka yang bisa mengubah dunia
kembali sejahtera.
Saturday, August 28, 2010
180 darjah
Tags:
quotes,
tulisan hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.
Saja bagi tanda saya menyinggah sini :) Sebenarnya selalu jadi silent reader je.
Saya suka post ni, sangat mendalam maksudnya. Syukran atas perkongsian, KD :)
BTW, selamat menempuh fasa terakhir ramadhan.
wsalam, wanz!
tabarakallahulak.
semoga sama2 berusaha meningkatkan diri dan menjadi yg lebih baik.
moga ramadhan kali ini membawa erti yang istimewa buat diri.
jemput ke rumah! =)
Post a Comment