Baru pulang daripada kem dengan pelajar-pelajar sekolah. Bila saya tahu bahawa kem ini dikendalikan oleh pasukan fasilitator yang sama seperti tahun lepas, saya berasa sedikit kecewa. Cuba untuk berfikiran positif tapi mungkin kerana pengalaman yang lepas membuatkan setting kompas saya sendiri di awalnya sedikit tidak betul.
Alhamdulillah. Segala puji-pujian bagi Allah. Saya tetap pulang dengan sesuatu, bukan dengan tangan kosong saja. Mungkin sebenarnya Allah juga sedang menguji saya. Di saat-saat akhir, saya masih menggagahkan diri untuk bersama-sama meneliti setiap rentak fasilitator. Cuba belajar daripada pengalaman orang lain!
Kata-kata terakhir sebagai penutup, sekurang-kurangnya sangat menarik untuk dikongsikan. Lebih menarik daripada pengalaman memberanikan diri memegang sendiri ular sawa dan mengucupnya dalam salah satu aktiviti kem tersebut. Quote yang sangat disukai oleh inche' fasilitator itu,
"Man gets and forgets, but Allah gives and forgives"
Seringkali kita lupa, nikmat yang diberikan oleh Allah sangat-sangat banyak. al-Kautsar. Nikmat yang melimpah ruah. Kita diberikan nikmat Iman dan Islam, diberi rasa suka dan cinta kepada Islam, diberi kemahuan untuk mencari dan berusaha untuk mencapai redha Allah dalam setiap perbuatan kita, diperlihara diri kita daripada terus-terusan dalam maksiat dengan berusaha memperbaiki diri. Melihat pelajar-pelajar delinkuen di sekolah, membuatkan saya bermuhasabah sendirian akan nikmat yang Allah berikan kepada saya selama ini. Ah, tidak dapat membayangkan bagaimana keadaanya jika saya berada di tempat mereka. Tetapi tidak, Allah memilih saya untuk berada dalam keadaan yang lebih baik pada hari ini. Allah memberi nikmat yang sangat banyak dengan menemukan saya dengan jalan dakwah dan tarbiyah. Allah menemukan saya dengan akhawat yang begitu mencintai Allah, yang sentiasa menyuntik rasa kepada saya untuk berlumba-lumba kepada kebaikan dan meraih cinta-Nya. Ah, terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada saya. Tersangat-sangat banyak.
Subhanallah.
Bagaimana mungkin saya dapat membalasnya?
Maka Allah menjawab dengan lembut dalam ayat kedua surah al-Kautsar.
Dengan menambahkan amal ibadah kepada Allah,
juga dengan melakukan sebanyak-banyak pengorbanan kebaikan kepada manusia lainnya!
Bersyukur itu tidak cukup dilahirkan dengan lidah.
Juga tidak cukup dengan amalan secara langsung kepada Allah.
Tetapi perlu juga dengan menambahkan amal kebaikan kepada manusia lainnya.
Maka tiada amalan kepada manusia lain yang lebih hebat dan bernilai,
daripada menyeru manusia kembali kepada Allah. Meletakkan seluruh jiwa dan hidup kita hanya kepada-Nya. Mengembalikan Islam sebagai order bumi yang menjadi titik rujuk sekalian manusia jagat raya.
Alhamdulillah. alhamdulillah. Allahu akbar!
pic: Rantau Abang. breathtakingly beautiful and clean. Suka!
No comments:
Post a Comment