Thursday, July 8, 2010

duniaku

Allah menguji kita berdasarkan kemampuan yang telah diberinya kepada kita. Saya percaya itu. dan Alhamdulillah, saya diberi ujian lagi dan lagi oleh Allah. Saya juga percaya, dengan ujian itu tandanya Allah mengasihi hamba-Nya dan mahu menjadikan hamba-Nya itu lebih baik daripada tahap sebelumnya. Cuma, saya tidak pasti andainya saya melalui ujian itu dengan baik atau tidak. Apakah langkah yang saya ambil itu bertepatan atau tidak, atau mungkin saja saya telah mensia-siakan banyak peluang untuk saya skor dengan lebih baik dalam ujian tersebut. Oh, dunia yang seharusnya disepak terajang seperti bola agar bisa memberi mata gol untuk akhirat kita!

Dunia penuh cabaran, begitu juga dunia yang saya tempuh sekarang. Masuk saja semeseter kedua, pelajar-pelajar sudah semakin naik tocang. Pelajar tingkatan satu yang awalnya comel-comel semakin mengganas dan membuatkan guru-guru tak henti geleng kepala. Astaghfirullah. Moga Allah mengampuni dosa kita andainya kita secara tidak langsung menjadi asbab kepada keadaan mereka. Bagaimana tidak, mungkin saja kita tidak melaksanakan semaksimanya tugas sebagai khalifah itu, lalu mereka semakin teruk dijerat dengan tipu-daya jahiliyah. Kerana pendakwah Islam itu tidak bekerja sekeras pendakyah jahiliyah, maka mungkin saja itu menjadi punca mereka tidak kedengaran langsung laungan kepada kemurnian dan keindahan Islam.

Petang tadi, sedang saya memandu keluar daripada pagar sekolah, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Hanya beberapa langkah keluar daripada pagar sekolah yang sedang luas terbuka, pelajar lelaki itu memegang tangan pelajar perempuan itu lalu mencium pipinya kiri dan kanan. Ah, saya yang betul-betul berada di hadapan pagar itu terus menghalakan kereta ke arah mereka dan menekan hon dengan sekuat-kuatnya sehinggakan mereka terpaksa berpecah untuk mengelak dan menutup telinga kerana bunyi hon yang kuat. Astaghfirullah. Saya benar-benar tidak tahu adakah saya melakukan perkara yang betul.

Beberapa hari yang lalu, saya juga ke hulu ke hilir mengejar pelajar perempuan dan kumpulan pelajar lelaki yang sama di blok sekolah. Ah, saya benar-benar takut andainya mereka berani-berani berzina apatah lagi di sekolah. I had to climb 5 flight of stairs and round all the 3 academic blocks just to find them. Tapi, mereka ni sangat bijak. Selalunya mereka akan menyorok di bahagian tangga. Jadi sangat senang nak lari ke atas dan ke bawah bila ada cikgu yang datang. dan selalunya cikgu tak larat nak kejar pun sebab tangga banyak sangat. Tapi sekurang-kurangnya, bila kena kejar tu mereka penat dan kelam-kabut sikit, jadi mungkin tak sempat nak fikir buat perkara tak senonoh. Oh!

Nak cerita semua yang berlaku di sekolah memang tak larat. Menyedari nikmat dan kelebihan yang Allah beri kepada saya untuk digunakan di sini, membuatkan saya lebih banyak berfikir andainya saya sudah memberikan yang terbaik. Dikurniakan deria bau yang sensitif terhadap bau rokok, selalunya berjaya mengkantoikan pelajar lelaki yang merokok.

"Awak merokok tadi?"

"Mana ada, cikgu!"

"Awak merokok kat mana?"

"Tak adalah, cikgu!"

"Awak merokok kat mana, tadi?"

sengih.

"Awak merokok kat mana tadi?"

"Kat luar, cikgu. Sumpah!"

"Bila?"

"Pukul 4 tadi. Waktu rehat"

Saya mengerling jam. Pukul 6 petang.
Pengawas. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Kalau pengawas buat masalah sama saja macam pelajar lain, patutkah?

Kalau cikgu buat masalah sama saja macam budak-budak, patutkah?

Kalau daie buat masalah sama saja macam manusia jahiliyah... Bagaimanakah?

"Doakan saya terus tsabat, terus kuat dan terus memekat. Moga bisa menjadi nila yang mewarnai dunia ini dengan sibghah Allah"

5 comments:

Unknown said...

jangan daie sama saja macam yang lain.. jom berusaha!

Anonymous said...

assalamualaikum kak!

wah! stuju2.. things are really rotten..

dlu kat asrama sy, cikgu/warden bukan main banteras sal kapel..

pastu ade kas student outing nmpk cikgu kuar pekan pegang tangan dgn tunang die..[sy F1 time tuh, pastu plik, nape cikgu x kasi kapel, bukan pg tgn bukan muhrim lg obviously haram]

kes lain, ade cikgu prmpn smbng2 dgn cikgu prmpn lain sal pnglmn bilik tidor n ade student around tuh..

huhu.. gambatte kak!

samirah said...

Assalamualaikum ukhti fillah..

MasyaAllah..hati senang mendengar pengalaman2 pendidik pemuda2 harapan Islam ... Moga 'mendidik' dengan sepenuh jiwa.

Moga tsabat..Allah mentarbiyyah kita dengan caraNya yang tak kita sangka-sangka.Kemudian Allah menguji pula bukanlah lebih kepada mahu kita 'fail' ,tapi Allah nak jadikan kita lebih hebat dari sebelum-sebelumnya..

Moga sentiasa jelas matlamat dan tujuan mengapa kita ingin menerima kerja sebagai 'daie' itu..

Allahua'lam..semoga Allah redha

Anonymous said...

salam.
buat cikgu.
saye juga sering trtanye2
kngkadang bile kite 'kejar' or 'buru' pelaku2 mksiat ini...
is it thebest way...sy prnh try tegur direct...indirect..sume laaa..but hakikatnye, saye juga tertanya2, adakah die berubah hanya dpn kita?hanya bila kita tegur?...

mungkin mslah sbnrnye bermula dgn hati...ntah la,sy Pon msh tercari2 apakah cara plg sesuai utk mnegur..mungkin cikgu leh share..

wallahualam...

--yg konpius---

Mama Hazim said...

Cik anon kedua.
Thx for coming here, but I really hope that you can come up at least with a nickname so I can address to you easily, and I would know that the questions actually come from the same person.

I really appreciate your presence here, dear. Hopefully I can answer you questions in my next writing :)