Jika saya memberitahu anda mengenai sejenis haiwan yang berbulu pelepah seperti ayam, berkaki dua seperti ayam, berparuh seperti ayam, berbalung merah seperti ayam, bertelur seperti ayam, mematuk nasi seperti ayam dan berkokok seperti ayam tetapi kemudiannya saya menggantungkan satu tag dengan nama 'kucing', maka adakah anda akan mengenalnya sebagai kucing?
Mungkin ada sesetengah orang akan berfikir, "ini adalah seekor ayam yang bernama kucing!". Tetapi pastinya tiada yang akan menyatakan bahawa ini sebenar-benarnya ialah seekor kucing kerana haiwan ini berbulu pelepah seperti ayam, berkaki dua seperti ayam dengan segala-gala ciri-ciri ayam padanya. Maka tentu saja haiwan ini ialah ayam. Bukan begitu?
Tetapi jika haiwan ini berbulu pelepah seperti ayam, bertelur seperti ayam, berkaki empat seperti kucing, bermisai seperti kucing dan mengiau seperti kucing, maka kita mungkin kita akan memanggilnya dengan nama lain. Mungkin Kuyam atau Aycing atau apa saja nama yang pastinya tidak boleh dimasukkan dalam kategori ayam atau pun kucing. Ah, lihat saja haiwan yang manusia anggap aneh seperti platipus dan haiwan echinoderm yang lainnya. Walaupun berparuh dan berkaki seperti itik, tetapi kenapa tiada langsung nama platipus itu persis nama itik walau sedikit. Ah, adakah saintis yang aneh kerana tidak mengklasifikasikan platipus dalam kumpulan itik? Oh, tidak. Pastinya keranan ciri-ciri platipus itu tidak sepenuhnya seperti itik kerana berbulu dan menyusukan anak persis mamalia. Lalu haiwan ini juga dianggap ganjil.
Seorang muslim itu punya ciri-ciri khas yang telah digariskan oleh Allah. Pakaiannya bagaimana, perlakuannya bagaimana, ibadatnya bagaimana, sifatnya bagaimana..semuanya harus kita usahakan bagi memastikan kita ini benar-benar dikategorikan dalam golongan muslim seperti yang ditetapkan oleh Allah.
Andainya kita berfikir bahawa kita masih muslim walau dengan pakaian jahiliyah, tindaktanduk jahiliyah, percakapan jahilyah dan sifat-sifat jahiliyah kerana kita punya nama seorang muslim yang sungguh indah. Maka kita silap. Kerana kita tidak ubah seperti seekor ayam yang hanya memakai tanda nama 'kucing' sedang seluruh keadaanya kelihatan seperti seekor ayam.
dan jika kita memilih untuk mengambil sebahagian Islam dan masih sayang dengan sebahagian jahiliyyah maka kita tak ubah seperti haiwan aneh lagi ganjil, dan tentu-tentunya tidak juga layak untuk digolongkan dalam kelompok muslim yang digariskan oleh Allah itu.
Lalu, untuk memastikan kita benar-benar berada dalam kelompok muslim yang diterima oleh Allah, harusnya kita membersihkan diri daripada segala bentuk jahiliyah yang mungkin ada. Kerana jahilyyah itu ialah apa saja yang tidak Islami.
dan Islam itu selama-lamanya tidak berkrompomi dengan jahiliyyah.