Tuesday, April 14, 2009

why 2, what 4 II?

Bismillah.

"Kita membicarakan soal matlamat dalam 'why to' dan 'what for'. Kerana kita percaya bahawa sesuatu amal itu belum terlaksana hanya dengan terlaksananya 'how to' andainya 'why to' dan 'what for' tidak tercapai"

Yang diatas adalah hipotesis saya sendiri kerana saya belum berkesempatan untuk mendengar penjelasan sebenar untuk 'why to' dan 'what for' itu. Alhamdulillah, ditakdirkan Allah untuk 'browse' DDI sebentar dan membaca sebahagian karangan Maududi di bahagian ibadah yang sangat menarik untuk dikongsi.

Ibadah selalunya didefinisikan dalam dua bentuk. Yang pertama dengan tercapainya matlamat sesuatu ibadah itu, atau yang kedua, dengan terhasilnya cara yang terlihat secara fizikal.
Mana satukah yang betul?

Maududi memberi contoh tentang perbuatan makan. Jika kita definisikan makan mengikut cara pertama, maka makan ialah satu perbuatan yang dapat memberi tenaga, nutrisi dan pertumbuhan yang sehat kerana itu adalah matlamat kenapa kita perlu makan. Jika makan didefinisikan mengikut cara yang kedua, makan ialah satu perbuatan yang memasukkan sesuatu ke dalam mulut lalu dikunyah-kunyah dan kemudiannya ditelan.
Jika mengikut definisi yang kedua, bagaimana jika yang dimakan itu ialah plastik atau serbuk kayu? Secara fizikal memang kelihatan seperti sedang makan, tetapi matlamat makan itu tidak tercapai.

Kita bukan membicarakan soal bahasa di sini, tetapi tentang bagaimana kita melihat sesuatu amal itu.
Sekiranya kita melihat tercapainya satu amal itu dengan tercapainya perbuatan-perbuatan (cara) yang lahiriah tetapi tidak pada tercapainya matlamat amalan itu, maka adalah sangat rugi.

Contohnya,
matlamat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Betapa ramai orang yang secara fizikalnya kelihatan bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran?

matlamat puasa adalah untuk menghasilkan ketaqwaan. Tetapi betapa ramai orang yang masih buat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah secara terang-terangan sedang dia berpuasa, bersahur dan berbuka?

Maka, saya membuat hipoteisis sendiri bahawa kita tidak boleh berpuas hati hanya dengan tercapainya amalan secara lahiriah sebagai satu amal jika matlamat amal tersebut belum tercapai.
Tidak boleh berpuas hati, oleh itu perlu berusaha seboleh mungkin untuk memperbaik amalan sehingga boleh mencapai matlamatnya =)

2 comments:

Anonymous said...

salam, complicated nye.. saya x faham.mmm..part bawah tu aje kut saya faham.

Mama Hazim said...

terima kasih utk komen jujur itu..
hehe..
nanti bila ada kesempatan saya cuba ringkaskan ek..

:P