Adik-adik selatan dunia,
izinkan kakakmu berbicara sedikit cuma
mohon diberi sedikit ruang untuk menambah rasa
sebagai pesan dalam mengatur langkah-langkah kecil kita
dalam mencari redha-Nya.
Kakakmu masih ingat lagi,
adik-adik selatan dunia yang persis permata manikam jiwa
semakin digilap semakin menyerlah kilauannya
semakin dilihat semakin indah mempesona.
Adik-adik selatan dunia,
Tempoh hari dengan hikmah Ilahi
dan kasih-sayang Nya yang melangit tinggi
kita dipilihNya untuk menjadi SAKSI.
Saksi akan jahilnya seorang manusia,
andai jahiliyahnya masih berkuasa.
Saksi akan jahiliyah yang berkuasa,
dan merosakkan seorang manusia
dari menuju jalan Tuhannya.
Saksi akan rosaknya manusia
bila jahiliyah yang semakin berkuasa
menjadi raja dan mengaburkan hati dengan noda
lantas mengheret diri menjadi binasa.
Kita telah menjadi saksi.
Akan manusia yang persis diseksa.
sehingga kita sendiri..tak sanggup mahu memandangnya.
Kita telah menjadi saksi.
Peri hidup seorang manusia
seperti tidak bererti lagi
dek hati hanya tunduk pada diri sendiri.
Kejam, zalim!
atas sebab apa mereka diperlaku sebegitu rupa?
kita sendiri keliru.
akan tindakan tidak manusiawi manusia yang tidak buta dan bisu.
Lalu kita terpaku,
dengan realiti
jahiliyah sebenarnya yang sedang menguasai bumi.
Adik-adikku,
atas kurnia Allah jua,
kita tidak dijadikan seperti mereka.
lantas,
bagaimanakah caranya
untuk tunjukkan syukur kita atas kurniaNya?
Bagaimana,
jika yang diseksa itu ialah kita?
yang dihina itu ialah kita?
yang dipaksa dan dijerkah dengan ganasnya itu ialah kita?
Bagaimana jika kita sebenarnya yang berada di tempat mereka?
Lantas,
apakah kita masih tidak mampu untuk menzahirkan syukur itu?
dengan membuang sejauh-jauhnya,
membakar dan menyental segala jahiliyah yang ada.
agar di hati kita..
cuma ada
satu ruang untuk meletakkan cinta padaNya.
Atau apakah kita
masih mahu tunduk kepada jahiliyyah
yang merampas tampuk khalifah
lalu menjadi raja
buat diri mereka yang alpa.
Apakah kita mahu tunduk pada jahiliyah itu?
sehingga bibir dan mulut kita tergumam
membisu dan membiru.

No comments:
Post a Comment