Wednesday, April 8, 2009

Have you put your trust to Allah?

Bismillah.

Entah kenapa rasa berdebar pula untuk penyeliaan terakhir esok. Perancangan awal untuk mengajar kelas Biologi Tingkatan 4 terpaksa ditukar di saat-saat akhir apabila mereka terpaksa terlibat dengan acara sekolah. Yang tinggal hanyalah kelas Tingkatan Dua yang agak bermasalah itu. Risau juga dibuatnya memandangkan kelas ini seringkali membuatkan saya pening kepala ketika mengajar mereka. Tidak reti duduk diam, suka berkelahi dan bercakap kurang sopan.

Semalam saya bertemu mereka dan beritahu mereka yang kelas mereka akan dipantau. Harapan saya ialah supaya mereka dapat memberi kerjasama yang baik pada hari penyeliaan nanti. Tiba-tiba seorang pelajar yang paling suka menimbulkan masalah berkata kepada saya, "Cikgu, kalau cikgu nak saya buat baik..cikgu kena belanja saya burger special double!". Saya beritahu dia, "tengoklah nanti awak 'behave' macam mana esok..". "Cikgu, cikgu nak ke kena ulang praktikum?". Ah, kali ini dia mencabar saya. Geram, saya menjawab kembali "saya tak takut dengan awak!"

Kalau sudah suratannya saya terpaksa mengulang praktikum, mungkin itu yang terbaik buat saya. Aha, kalau boleh saya mahu kekal di sini juga. Bukan mahu membalas dendam kepada pelajar itu, tetapi saya gembira berada di sini. Oh, bukan di sekolah ini..tapi bertemu dengan adik-adik saya yang kolejnya berdekatan dengan rumah kami. Adik-adik yang sangat menghiburkan hati =)

Namun begitu, kadang-kadang tempias kegusaran terpercik dalam hati. Bagaimana kalau esok pelajar-pelajar tu memang buat masalah. Bagaimana kalau..bagaimana kalau...

Lalu saya cepat-cepat bisikkan pada hati,
"Have you put your trust to Allah?"
berulang-ulang kali saya ingatkan diri..


Allah is the best planner and He knows better.
Walau betapa teruk kelihatan keadannya..
saya kena optimis
dan berusaha sedaya mampu saya

kerana segala yang bakal terjadi
telah ditentukan olehNya.

Jika teruk
itulah yang terbaik untuk saya.

Jika baik,
Allah jua yang lebih tahu hikmahnya.

dan saya mohon,
moga Allah bantu saya untuk terima apa jua keputusannya dengan lapang hati
juga sentiasa bersyukur atas apa saja nikmatnya.




Allah hafiz.

1 comment:

Anonymous said...

Salam, tawakal & sabar k!
Allah bersama denganmu..
Gud luck!
budak tu x kan buat hal..

dont worry, dia sayang awak.