Monday, April 27, 2009

sang pemimpi

Dulu saya sering takut untuk meletakkan harapan yang tinggi. Takut-takut tak tercapai. Mungkin saya seorang yang pengecut dengan kegagalan. Pernah saya tidak sanggup habiskan sebuah buku kerana saya dapat jangkakan yang orang itu akan menemui kegagalan dan saya tidak sanggup membaca sesuatu yang mengecewakan.

Benar, tarbiyah mematangkan kita. Mengapa perlu takut untuk gagal, sedang kegagalan itu membantu kita untuk lebih dekat kepada kejayaan? Lihat saja hasil kreativiti masyarakat Indonesia seperti Andrea Hirata yang bangkit dari kegagalan dengan kepercayaan untuk terus bermimpi dan menjadikannya inspirasi seterusnya mencabar diri untuk mencapai mimpi-mimpi tersebut.

Mungkin silapnya saya kerana tidak bermimpi, sehingga sepertinya saya sendiri tidak yakin dengan potensi diri. Jika Danang mampu menulis 100 target beliau, dan berusaha untuk mencapainya satu demi satu.. maka mengapa tidak kita. Pastinya target kita seharusnya lebih realistik dan mampu memberi impak yang baik bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada jagat raya insya Allah.

Maka dari saat ini, saya mahu mencabar diri untuk menjadi Sang Pemimpi. Mahu mengumpulkan 100 target pertama saya dan berusaha mencapainya satu persatu. Moga-moga target saya itu benar-benar realistik dan dapat memberi sumbangan untuk jalan Allah jua. Bi iznillah.



p/s: teringat seorang pak cik yang memang punya banyak impian. Seringkali dia ungkapkan impiannya. dan kami pun turut melihat impiannya itu sebagai inspirasi kami juga.

No comments: