Arakian sudah sepekan lamanya hakir tidak menulis di sini. Bukan tidak mahu, bukan juga tiada ceritera.. tapi hakir tetap sibuk jua dengan urusan lainnya. Maaf andai hakir berbahasa Melayu ala zaman Melaka. Kena tempias dijamu Ketupat Cinta agaknya.
Adapun hakir di sini menanti hari tamatnya tugas hakir di madrasah ini. Sekali-sekali terasa sayu di hati. Biar muridnya kadang-kadang menjengkelkan hati, itu juga pelajaran terbesar buat hakir yang berguru di sini. Hakir belajar untuk mengenal ragam manusia, melatih kesabaran dan pelbagai pelajaran lainnya.
Hakir sedar juga, banyak pendapat hakir yang berbeza dengan tok-tok guru yang pengalamannya luas bak gurun sahara. Hakir guru cuba-cuba saja. Masih belum ditauliah katakan. Masih banyak compang-camping dan koyak-rabaknya. Adapun itu, hakir masih tidak mampu ikut kemahuan semua tok guru lainnya. Andai mereka tidak gemar murid bermain di dalam kelas, hakir pula suka biarkan saja. Bagi tok-tok guru, murid-murid selakunya hendaklah diam saja. Tunduk dan dengar saja bicara guru. Bukan berhibur dan bercanda, tidak juga bergelak ketawa. Tapi hakir tidak juga setuju, usia muda penuh tenaga.. takkan mahu dibiar saja berdiam diri seperti patung cendana? Andai dibiar diam-diam saja, fikiran mereka yang akan hanyut entah ke mana. Mungkin sudah ke kayangan dalam sekelip mata.
Lantas, hakir suka andainya pelajaran hakir penuh warna. Bermain sambil ilmu dicerna. Mungkin kelihatan kurang sempurna kerana murid berbuat sesuka mereka. Tapi begitulah, hakir lebih suka andainya murid-murid hakir menuntut ilmu dengan gembira. Kadang-kadang hakir sengaja mencipta pelajaran supaya mereka ke sana, ke sini, bergerak dan berlari. Takut mereka kebosanan dan tersengguk jika hanya disudu saja.
baiklah, sedikit coretan dari hakir.
moga bertemu lagi dalam pekan yang lain..

No comments:
Post a Comment