Tuesday, March 10, 2009

wahai hati!

Wahai hati!
Kamu adalah raja dalam diri.
Baiknya kamu, baiklah seluruh diriku.
Buruknya kamu, buruklah seluruh diriku.
Namun, mengapa aku masih mengambil mudah dalam menjagamu?

Wahai hati!
Apa khabar mu?
Maafkan aku jika aku terlalu sibuk sehingga aku hanya menegurmu di hujung-hujung waktu.
Maafkan aku jika aku kerap terlupa untuk menyediakan makanan berkhasiat untukmu.
Maafkan aku andai aku selalu saja melengah-lengah dalam mengubatimu.

Wahai hati!
Andai kamu merasa puas dengan amal.
Andai kamu merasa gembira dengan hasil.
Awas.
Apakah kamu benar-benar telah mencapai IKHLAS?

Wahai hati!
Sang syaitan suka benar menyelinap dan berbisik-bisik padamu.
Andai kamu membenarkannya, binasalah seluruh jiwa.
Tetap teguhlah, wahai hati!
Jangan biar satu saat pun terleka
kerana syaitan itu menjadi raja di hati orang-orang yang alpa.

Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetap teguhkan hati ini di jalan Mu.
Satukan hati ini dengan orang-orang yang berusaha mencari RedhaMu.
Penuhkanlah piala hati ini dengan hidayah iman dan kasih-sayangMu.
Jadikanlah cintaku pada Mu sebagai puncak tertinggi dan Raja di dalam hatiku.

2 comments:

Raudhah said...

Berkata Sufyan Ats-Tsauri dalam kitab Jami' Al 'Ulum Wa Al Hikam;

"Tidak ada sesuatu yang paling berat yang aku hadapi daripada niat, kerana niat itu selalu berubah-berubah"

Mama Hazim said...

wah! bestnye..
bg la byk lagi komen mcm ni yek.

jzkk!!!

^____^