Thursday, March 5, 2009

kucing menjadi singa

hari ini saya bertukar menjadi singa.
pelajar buat perangai. saya ganti kelas 4X dan ada pelajar lelaki sesuka hati berjalan-jalan keluar masuk kelas. Saya panggil tapi mereka toleh dan senyum sinis saja. Bila mereka kembali ke kelas saya cuba tahan mereka. Tindakan refleks, saya angkat kaki dan tahan mereka di pintu dengan kaki saya (tapi saya tak sepak pun!). Mereka betul-betul terkejut dan ingat saya dah nak tendang.

Lepas tu saya jerit, "Masuk kelas sekaraaaaang!!"
sabar-sabar...
tapi saya tak lah marah sangat pun, cuma berlakon macam garang je.
(gelak-gelak dalam hati. hihihi)

Tapi, pening kepala sebab kena jerit kuat-kuat. ohh~

3 comments:

yEm ^^ said...

adoi... lawak la kd ni nak berlakon jadi garang..hehe..

budak2 zaman sekaranag pon satu. dah hilang rasa hormat pada cikgu... kalau aku la, masa lecture, sanggup tahan nak pergi toilet semata2 sebab hormat pada lecturer...(ayat macam budak baik je. perasan btol puji diri sendiri plak.. haha)

kuchinque said...

huhu..tu la pasal.
hari tu ada budak2 yg main dlm kelas lps tu tertolak cikgu yg tgh mengajar kat depan smpai cikgu tu kena papan hitam.

geram juga. memang dah kurang hormat kat cikgu..eeeee

sebab tu kena berlakon jd garang kdg2..

yAmNa~ said...

ha? main2 sampai tertolak cikgu??

dahsyatnyer... kena banyak sabar nih.. kalau tak tahan, dah makan pelempang agaknya.. hehe..