Wednesday, March 25, 2009

cuti di sekolah

Saya sakit dan saya gembira.
Alhamdulillah.. Allah memilih saya untuk merasai sedikit sakit lagi. Semalam ke klinik dan dapat cuti dua hari. Mahu terus pulang ke rumah dan berehat tetapi kunci tertinggal di kereta kawan saya pula. Akhirnya, kembali ke sekolah dan mc di sekolah saja. Apekah? (maksudnya tak jadi mc dan berehat di rumah. Ke sekolah macam biasa walaupun mata saya dah jadi luar biasa. huhu)

Saya tak pasti tersalah makan apa, mungkin nasi kerabu yang sudah diminta tanpa budu itu menjadi penyebab alergi saya. Tapi, kehendak Allah juga. Nasi kerabu tanpa budu pun boleh jadi penyebab alergi saya kembali. Mungkin ini petanda kali terakhir untuk saya menjamah nasi kerabu, seperti mana kali pertama dan terakhir saya menjamah mee bandung muar yang sangaaaat lazat itu.

Saya suka diperingtkan oleh Allah setiap kali dianugerahkan dengan rasa sakit. Bila reaksi alergi saya bertandang, selalunya saya akan mendapat pengalaman menjadi 'orang buta' sementara kerana nikmat penglihatan itu ditarik sementara. Ketika itu terasa betapa hidup ini memerlukan sahabat yang benar-benar memahami dan sanggup membantu. Terima kasih buat mereka yang membantu memimpin saya dan melakukan apa saja buat si buta ini.

Oh, hari ini saya benar-benar cuti. Dengan sebelah mata tertutup, saya menulis blog pada hari ini. Alhamdulillah, nikmat mempunyai sebelah mata yang boleh berfungsi sepatutnya benar-benar disyukuri. Saya teringat kepada Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta tetapi memberi sumbangan yang besar terhadap Islam. Ah, apakah saya mampu menjadi sepertinya. Lebih hebat lagi, surah Abasa dimulakan mengenai peristiwa beliau bertandang untuk bertemu Rasulullah. Sungguh, kita yang masih banyak nikmat kurnianNya ini sepatuntya mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dengan amanah nikmat yang diberi.

(sedang berfikir, bagaimana mahu ke kelas esok? dengan 'patch' sebelah mata? atau dengan spek hitam persis seorang diva? Oh..doakanlah supaya mata saya sehat sejahtera semula)

1 comment:

Sufi is me said...

wow
qadarullah, wama syaa-a fa'ala..
hehe. bergembiralah dengan sakitmu.
dosamu berguguran kerana kesakitan itu.. so sabarlah, dan kuatkan kesabaranmu...

hm.
akak pun mc 2 hari haritu
musim mc kot? hu..

erm. mungkin spek diva tu bagus utk kamu.