Wednesday, March 25, 2009

cuti di sekolah

Saya sakit dan saya gembira.
Alhamdulillah.. Allah memilih saya untuk merasai sedikit sakit lagi. Semalam ke klinik dan dapat cuti dua hari. Mahu terus pulang ke rumah dan berehat tetapi kunci tertinggal di kereta kawan saya pula. Akhirnya, kembali ke sekolah dan mc di sekolah saja. Apekah? (maksudnya tak jadi mc dan berehat di rumah. Ke sekolah macam biasa walaupun mata saya dah jadi luar biasa. huhu)

Saya tak pasti tersalah makan apa, mungkin nasi kerabu yang sudah diminta tanpa budu itu menjadi penyebab alergi saya. Tapi, kehendak Allah juga. Nasi kerabu tanpa budu pun boleh jadi penyebab alergi saya kembali. Mungkin ini petanda kali terakhir untuk saya menjamah nasi kerabu, seperti mana kali pertama dan terakhir saya menjamah mee bandung muar yang sangaaaat lazat itu.

Saya suka diperingtkan oleh Allah setiap kali dianugerahkan dengan rasa sakit. Bila reaksi alergi saya bertandang, selalunya saya akan mendapat pengalaman menjadi 'orang buta' sementara kerana nikmat penglihatan itu ditarik sementara. Ketika itu terasa betapa hidup ini memerlukan sahabat yang benar-benar memahami dan sanggup membantu. Terima kasih buat mereka yang membantu memimpin saya dan melakukan apa saja buat si buta ini.

Oh, hari ini saya benar-benar cuti. Dengan sebelah mata tertutup, saya menulis blog pada hari ini. Alhamdulillah, nikmat mempunyai sebelah mata yang boleh berfungsi sepatutnya benar-benar disyukuri. Saya teringat kepada Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta tetapi memberi sumbangan yang besar terhadap Islam. Ah, apakah saya mampu menjadi sepertinya. Lebih hebat lagi, surah Abasa dimulakan mengenai peristiwa beliau bertandang untuk bertemu Rasulullah. Sungguh, kita yang masih banyak nikmat kurnianNya ini sepatuntya mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dengan amanah nikmat yang diberi.

(sedang berfikir, bagaimana mahu ke kelas esok? dengan 'patch' sebelah mata? atau dengan spek hitam persis seorang diva? Oh..doakanlah supaya mata saya sehat sejahtera semula)

Monday, March 23, 2009

Anugerah yang terindah

Alhamdulillah.

Sudah lama tidak mengalami perasaan begini. Hati yang berbunga-bunga dan bersemangat untuk melalui hari-hari seterusnya. Seperti merasakan mendung dan gerhana hari ini akan berlalu dan membawa bumi terang-benderang kembali. Setiap kali bertemu mereka saya amat mengharapkan untuk mencari semula spirit yang hilang.

Kembali merenung diri, terlalu banyak anugerah Allah buat saya. Saya saja yang sering lalai dalam melaksanakan tanggungjawab saya kepada Nya sedang dia siang dan malam memelihara saya tanpa cacat celanya. Subhanallah, tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menyatakan rasa syukur saya atas anugerah ini.

Pastinya apa yang saya lakukan tidak mampu membalas kurniaNya yang Maha Hebat itu. Tapi, cukuplah agar apa yang saya usahakan ini didasarkan atas rasa cinta terhadap kurniaNya kepada saya. Cukuplah agar apa yang saya cuba lakukan ini adalah untuk meraih redha Nya terhadap apa yang telah dikurniakan kepada saya.

Berada di kalangan masyarakat yang semakin parah, kadang-kadang membuatkan saya lemas. Terasa seperti berada di dunia yang manusianya sibuk bermain dengan angan-angan. Mereka tenggelam dengan dunia kosong ciptaan mereka yang penuh tarikan yang mengusik jiwa untuk terus larut selama-lamanya. Rimas..lemas...jelik.. kadang-kadang saya terfikir untuk keluar dengan pantas dan lari meninggalkannya jauh-jauh.

Tapi itu bukanlah sikap seorang mu'min yang beriman dengan syahadahnya. Mu'min yang jelas dengan tanggungjawab yang dipikulnya tidak akan melarikan diri daripada masyarakat, tetapi akan cuba untuk meletakkan diri di kalangan masyarakat untuk merawat penyakit-penyakit yang ada. Mu'min ini juga seharusnya peka untuk sentiasa menyiapkan dirinya untuk memastikan dirinya tidak larut bersama-sama dengan masyarakat tetapi membawa masyarakat untuk mengikut rentak hidup sebenar yang seharusnya seimbang dengan alam.

Mu'min itu membawa tanggungjawab besar.....
lantas perlunya ada resolusi-resolusi baru untuk memperbaiki diri dan menyiapkan diri untuk bersama mewarnai masyarakat sekelilingnya dengan warna-warna indah Islam.

Masih mengharapkan hari esok yang cerah. Saya perlu kembali ke sekolah dengan penuh semangat!

Sunday, March 22, 2009

soalan cikgu

Soalan cikgu benar-benar mengejutkan saya hari ini. Saya ni ada nampak macam orang yang ada buah hati ke? Mungkin cikgu hanya bergurau, tapi mungkin soalan cikgu juga ada benarnya kerana saya paling susah untuk berbincang perkara sebegini. Kadang-kadang saya biar saja bila ada orang mengatakan yang saya sudah berpunya. Bukan apa, kononnya takut diganggu bila diketahui yang kita masih single :p

Kalau saya beritahu yang saya tidak pernah ber'kapel' mungkin ramai yang akan berasa pelik dek fenomena ini adalah satu norma buat masa sekarang. Tidak mempunyai BF mungkin dianggap sangat pelik. Teringat seorang kawan yang berbangsa cina bertanya soalan yang sama. Bila saya menjawab tiada, dia lantas memberi respon sambil tertawa, "Eh, awak ni lesbian ke?". Apekah?? Walaupun dia memberitahu yang dia hanya bergurau, tapi sekurang-kurangnya ini menunjukkan seseorang yang tidak mempunyai buah hati sememangnya sesuatu yang luar biasa.

Saya bukanlah seorang yang tidak langsung berhubung dengan lelaki suatu ketika dulu. Sebelum menerima tarbiyah, saya juga memandang budaya 'kapel' itu sebagai sesuatu yang biasa. "Ala..asalkan tahu jaga batas-batasnya...", mungkin itu asas saya pada ketika itu. Kerana itu, saya tidak pernah menghalang mahupun memandang pelik rakan-rakan yang seorang demi seorang mula mempunyai teman istimewa masing-masing. Tetapi kerana merasakan diri saya yang masih terlalu muda untuk menjalinkan apa-apa hubungan emosi dan bermain-main dengan soal hati, saya memilih untuk mengatakan tidak terhadap sesiapa sahaja.

Peristiwa yang paling hampir ke arah 'kapel' dalam pengalaman saya merupakan sesuatu yang tidak dapat saya lupakan. Saat saya menerima mesej daripada si dia, seperti ada perasaan yang meresahkan dan menyesakkan. Saya lantas menangis dan seperti tidak tahu mahu berbuat apa. Kemudian saya terus menulis e-mel kepada dia untuk menyatakan yang saya tidak dapat menerimanya.

Baru sahaja menyelongkar bahagian 'sent items' dalam e-mel dan saya menemui e-mel saya hantar pada tarikh 16/6/2006 itu. Kelakar juga membacanya kembali :P

"...i don't know if i'm ready to have any relationship with anyone yet. the fact is, i never fall in love and i don't know how does it feels like. i know it sounds ridiculous, but i have my own thoughts about that. i hope my first love is my one n only love. i don't know why i tell u this, but just accept it as i'm sharing my thoughts with u here..."*

(*sila baca petikan dari emel ini dengan rasa kelakar. Jika anda tidak ketawa, sila buat-buat ketawa juga :P)

Saya pun tidak pasti apa yang saya sedang fikirkan waktu itu, tapi saya pasti setiap peristiwa yang terjadi ini ada hikmahnya. Pastinya Allah mengetahui yang saya tidak mampu menanggung jahiliyyah yang sebegini lantas jahiliyyah saya dalam bentuk yang lain pula. Jahiliyyah yang cukup kuat dan membuatkan saya tersedar untuk melihat kilauan hidayah Allah yang amat indah.

Sedikit demi sedikit saya sedar yang jahiliyah itu perlu dibuang, dibersihkan dan dilupuskan dengan apa cara jua kerana ia akan memakan diri saya kelak. Mungkin dahulu dek bergelumang bersama jahiliyah yang langsung tidak kelihatan berbahaya, saya tidak merasa apa-apa. Tidak langsung melihat itu sebagai satu jahiliyah pun. Harapnya, saki-baki jahiliyah itu bakal dibersihkan sebersih-bersihnya dengan tarbiyah berterusan. Ah, tentu saja indah mempunyai hati yang cantik bersinar tanpa ternoda sedikit pun dengan debu-debu jahiliyah.

Mempunyai ramai teman mungkin menjadikan saya tidak berasa apa-apa jika tidak mempunyai teman istimewa (istimewa sangat kah?). Atau mungkin saya yang masih bersikap kurang matang dan suka bermain-main saja. Walaupun demikian, ujian Allah datang untuk melihat sejauh mana saya benar-benar bertekad. Di tempat baru, orang lain pula yang bertandang. Seperti biasa, saya mengambil langkah untuk melarikan diri saja. Bukan menjadi pengecut, tetapi saya selesa dengan kehidupan ketika itu. Bersama teman-teman saja sudah membuatkan hidup saya gembira.

Allah masih mahu menguji saya dalam proses tarbiyah juga. Orang lain yang bertandang juga menyesakkan hati. Tindakan luar biasa seseorang terhadap kita mungkin saja mengundang gundah dan malapetaka. Saya lantas mengelak pada mana-mana sudut yang mungkin. Kadang-kadang saya menangis kerana tidak tahu berbuat apa. Takut sekali andainya hidayah ini ditarik balik kerana kelalaian saya dan terdorong dengan perasaan sendiri. Ketika itu saya tidak tahu kepada siapa mahu mengadu selain daripada Allah.

Tamat episod di sana, destinasi seterusnya juga menemukan saya dengan ujian yang menggoncangkan perasaan. Saya cuba melatih diri untuk melihatnya sebagai ujian daripada Allah dan saya perlu membuat tindakan yang sewajarnya supaya tidak gagal dalam ujian sebegini. Saya mohon diberi kekuatan terus daripada Allah. Mungkin ini tarbiyah untuk diri saya, mungkin juga pengalaman dan pengajaran untuk saya memahami masyarakat dengan lebih baik. Segalanya saya kembalikan pada Allah untuk menentukan yang terbaik buat saya.

Mungkin ada yang tertanya sampai bila saya mahu melarikan diri? Bagaimana dengan membina 'langkah seterusnya' dalam maratib amal? Maka saya serahkan semuanya pada Allah. Jika melihat keadaan sekarang, saya merasakan diri saya masih belum bersedia. Terlalu banyak yang perlu saya perbaiki dan hadapi. Perkara ini tentunya tidak semudah dengan hanya mengimpikan yang indah-indah. Lantas, semuanya dikembalikan kepada Allah untuk menunjukkan saat dan siapa yang terbaik buat saya. Andainya saya kembali dulu menemuinya, harapnya si dia sedang menanti di syurga buat saya. Mengapa perlu berasa gundah andai masih belum ber'punya'? Persiapkanlah diri sebaiknya kerana 'langkah seterusnya' itu juga satu ibadah penting dan tanggungjawab besar untuk kita membina tangga-tangga seterusnya. Pintalah pada Allah untuk menetapkan yang terbaik mengikut kehendakNya pada kita.

Saya tidak pasti apa persepsi orang lain terhadap saya. Mungkin juga saya malas untuk membuat persepsi sendiri terhadap persepsi mereka. Tapi, harapnya tidak pula menimbulkan prasangka yang tidak baik pula kerana persepsi kita mungkin silap jika dilihat dari sudut yang berbeza. Cara terbaik adalah dengan bertanya kepada si empunya untuk mengesahkannya. Insya Allah, saya cuba bersikap terbuka dan berlapang dada untuk menerima apa saja persepsi dan prasangka. Tetapi, alangkah baiknya jika apa saja persoalan terus ditanya kepada saya seperti mana yang dilakukan oleh cikgu saya? ;)

Tuesday, March 17, 2009

A tak berkualiti

Hari itu sempat duduk sembang-sembang dengan cikgu-cikgu senior. Hari selepas keluarnya keputusan SPM, maka yang diboraknya tentulah tentang keputusan peperiksaan baru-baru ini. Rata-rata cikgu mengeluh, "dalam kertas saja A, tapi A tak berkualiti!"

Seorang cikgu bercerita yang baru-baru ini dia ke sebuah sekolah berasrama penuh untuk menmbantu dalam peperiksaan. "Budak-budak yang masuh SBP, memanglah A belaka. Tapi, terkejut betul. Ada yang tak boleh jawab soalan mudah!".

Cikgu yang lain menambah, menceritakan tentang pengalaman dia di kelas tingkatan empat. "Bila saya tanya keputusan PMR hari tu, rata-ratanya kata dapat A dalam matematik. Tapi bila tanya dapat berapa dalam percubaan, paling tinggi pun dapat A. Terkejut saya budak yang gagal dalam percubaan, tiba-tiba boleh dapat A dalam PMR. Ni mesti kes graf direndahkan serendah-rendahnya supaya lebih ramai yang dapat A. Harap dapat A dalam slip periksa, tapi hakikatnya kita yang lebih tahu budak tu macam mana.."

"Yelah, semalam punya lah berlagak mereka ambil result. Dapat A. Tapi, itu A dalam kertas je. Kalau nak harap percubaan. Memang teruk!"

"Pihak ni tak sedar ke sebab mereka sesuka hati turunkan graf, hasilkan pelajar-pelajar dengan keputusan A yang tak berkualiti akan membawa akibat yang lebih besar? Macam-macam boleh jadi nanti.."

oh, itulah masalahnya bila isu pendidikan di politikkan. Saya malas nak membebel panjang-panjang tentang isu PPSMI atau politik di sebaliknya. Cuma saya geram, sebab yang menjadi mangsanya ialah pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu yang terpaksa mengikut arahan mereka saja.

Hakikatnya, hanya mereka yang berada di sekolah saja yang tahu mudah atau tidak untuk para pelajar belajar dalam Bahasa Inggeris. Baru-baru ini, seorang pelajar saya menulis di atas kertas ujiannya, "Saya minta maaf sebab tidak jawab soalan. Saya tidak pandai bahasa Inggeris". Saya mengajar mereka dalam Bahasa Inggeris dengan terjemahan atas permintaan mereka. Kelakar juga bila ada yang bertanya, "Teacher, pancreas dalam BM apa?" dan saya menjawab, "Pank-kree-yas (pankreas)".

Penat juga sebab banyak masa terbazir sebab kena buat ulangan dalam bahasa melayu pula. Apa guna cakap bahasa itik bila semua orang pun faham bahasa ayam. Budak-budak ni dah la tak tahan kalau tengok soalan dalam bahasa inggeris yang panjang-panjang. Ini pun saya ajar kelas A, kalau yang kelas E tu memang dah tak nak pandang soalan pun kalau masa ujian. Kalau soalan dalam bahasa melayu, sekurang-kurangnya akan membantu mereka untuk cuba berfikir sebab boleh faham soalan.

Pada saya, bukan kita tak boleh maju jika tidak belajar dalam bahasa Inggeris. Lihat saja masyarakat jepun. Gah dengan bahasa mereka! Satu sudut yang saya nampak baiknya belajar dalam bahasa sendiri ialah pelbagai lapisan masyarakat boleh menghargai ilmu itu. Teringat cerita "One litre of tears" yang semua orang beria-ia nak tahu penyakit tu dan buat carian maklumat sendiri. Kalaulah semua maklumat yang ada dalam bahasa inggeris dan orang yang mencari tu tak faham bahasa inggeris, maka susahlah.

Saya tidak pula membantah jika ada pihak yang ingin membuktikan ada kebaikan dalam PPSMI ni. Tapi, kelihatan keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Sistem pendidikan menjadi semakin rendah kualitinya. Pelajar yang mendapat A tak berkualiti dan syok sendiri kerana sistem pendidikan yang telah dipolitikkan. Mahu saja saya minta mereka yang masih ego dengan PPSMI tu untuk turun sendiri dan mengajar pelajar-pelajar di luar bandar selama sebulan. Hanya kerana pelajaran itu dalam Bahasa Inggeris sahaja mereka jadi kurang minat untuk belajar, alergik mungkin!

Pening-pening..

(sedang sibuk menanda kertas ujian)

Monday, March 16, 2009

hijab is extreme?

"I'm so tired."

"Tired of what?"

"Of all these people judging me."

"Who judged you?"

"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."

"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"

"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"

"Maybe she was just giving you advice."

"I don't need her advice. I know my religion. Can't she mind her own business?"

"Maybe you misunderstood. She was just being nice."

"Keeping out of my business, that would be nice..."

"But it's her duty to encourage you do to good."

"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"

"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."

"Says who?"

"It's in the Quran, isn't it?"

"Yes. She did quote me something."

"She said Surah Nur, and other places of the Quran."

"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."

"True. But big things start with small things."

"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."

"What you wear is not important?"

"That's what I said."

"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"

"What do you mean?"

"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."

"So?"

"So, your appearance IS important."

"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."

"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Noble Quran?"

"You know I can't follow all that's in Quran."

"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"

"Yes. God is forgiving."

"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."

"Says who?"

"Says the same book that tells you to cover."

"But I don't like hijab, it limits my freedom."

"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What's your definition of freedom anyway?"

"Freedom is in doing whatever you like to do."

"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."

"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people."

"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."

"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."

"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."

"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"

"So all these people with hijab never get married?!"

"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"

"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"

"That's irrelevant, bank robbery is a crime."

"Disobeying your Creator is not a crime?"

"But then who would hire me?"

"A company that respects people for who they are."

"Not after 9-11"

"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"

"Yasmeen?"

"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."

"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"

"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"

"You didn't answer my question."

"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants…"

"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women."

"Really? I did not know men could control women by hijab."

"Yes. That's what it is."

"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"

"Well, that's different."

"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"

"Right, but…"

"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"

"Wait, let me finish, I was saying…"

"Saying what? You think that men control women by hijab?"

"Yes."

"Specifically how?"

"By telling women how and what to wear, dummy!"

"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be`attractive' ?"

"Of course, it's fashion."

"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"

[Silence]

"Not just controlling you, but also controlling the market."

"What do you mean?"

"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."

"I don't get it. What does hijab have to do with products."

"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."

"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"

"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism. "

"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ...Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"

"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."

----------


"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."

[Noble Quran 87:16-17]


"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."

[Noble Quran 3:110]



-taken from http://serambidakwah.blogspot.com

yang istimewa

saya cemburu.
istimewanya dia.
sudah mampu membawa bukti sebagai saksi.
darah, tulang dan kesakitan yang dikendong sepanjang hayat.
bukti pengorbanannya di jalan Tuhan.
oh, dia menjadi yang istimewa.
di mata Tuhan.

Sunday, March 15, 2009

karipap ekstrim?

Anda mempunyai 15 saat untuk menjawab soalan ini.
Soalan:

1) Bagaimana mungkin seseorang itu mengatakan karipap adalah karipap, jika pada masa tertentu ia kelihatan seperti kuih ketayap?

2) Adakah karipap yang kelihatan seperti karipap pada setiap masa dan ketika, ialah karipap yang ekstrim? Tetapi karipap yang kelihatan seperti kuih ketayap ketika diletakkan di pinggan-pinggan khas adalah karipap yang normal?


Jawapan bukan skema:

1) Itu bukan karipap. Itu kariyap atau ketapap, atau apa-apa saja nama yang sesuai. Tapi sememangnya tidak layak digelar karipap.

2) Tidak. Karipap yang kelihatan seperti karipap pada setiap masa ialah karipap sejati. Tapi karipap yang bertukar-tukar tu ialah karipap yang tak sedar diri dan sungguh tidak normal sekali! Mana ada karipap boleh bertukar-tukar jadi kuih yang lain!


Sungguh pelik, bagaimana pula dengan pendapat kebanyakan orang terhadap Islam yang ekstrim?
Adakah mereka yang kelihatan mengamalkan islam, atau tertampak ciri-ciri Islam pada setiap masa dan ketika itu mengamalkan Islam yang ekstrim?
Adakah mereka yang hanya kelihatan amal islamnya pada masa-masa tertentu itu ialah Islam yang normal?

Oh, pening kepala~
(sedangkan saya dulu pun pernah terfikir tentang mereka yang mengamalkan Islam secara sangat-sangat itu orang-orang yang ekstrim)

Friday, March 13, 2009

uzlah

Hidup dalam hiruk-pikuk
dunia penuh carca-marba
kadang-kadang
saya terfikir untuk bersendiri
uzlah
mencari ruang waktu
hanya denganNya

Tuhan,
hati ini merindui
untuk rasa kasih padaMu dengan sepenuh hati

Tuhan,
harapnya hidup ini masih tersisa
untukku kecapi rasa
bercinta dengan Yang Maha Esa
dengan sepenuh jiwa dan raga.

Apakah hati ini semakin mengeras
dek jahilyah yang berleluasa?
oh Tuhan,
aku tidak mahu tewas!

Thursday, March 12, 2009

nikmat dan amanah

Adik saya si kucing parsi telah mendapat keputusan SPM nya.
Alhamdulillah, 10 A1.

em, lagi besar nikmat.. lagi besar amanah dan tanggungjawab untuk memikulnya.
keputusan itu kurnia dari Allah, mungkin juga jadi ujian untuk kita.
Harus lebih berhati-hati.
Andai ada bisikan-bisikan riak dan ujub, lekas-lekas tangkis dengan istighfar dan ingat kembali bahawa natijah itu daripada Allah. Bukan usaha kita yang menghasilkan natijah. Seperti kereta dengan peminjamnya.

takut-takut syaitan cuba mengambil peluang untuk merosakkan pahala amal kita.

oh, adakah kucing parsi akan datang terbaca blog ini?
i wonder..

...

how does it feels when someone said,
"I HATE YOU"


entah.

Wednesday, March 11, 2009

bicara dengan Tuhan dalam solat?

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah Ta'ala:
"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian,separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku,"

apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku"

apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku"

apabila hamba itu berkata:(malikiyaumiddin)
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku

dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in)
Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku"

apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi'alaihim waladdha lin)
Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."

Tuesday, March 10, 2009

wahai hati!

Wahai hati!
Kamu adalah raja dalam diri.
Baiknya kamu, baiklah seluruh diriku.
Buruknya kamu, buruklah seluruh diriku.
Namun, mengapa aku masih mengambil mudah dalam menjagamu?

Wahai hati!
Apa khabar mu?
Maafkan aku jika aku terlalu sibuk sehingga aku hanya menegurmu di hujung-hujung waktu.
Maafkan aku jika aku kerap terlupa untuk menyediakan makanan berkhasiat untukmu.
Maafkan aku andai aku selalu saja melengah-lengah dalam mengubatimu.

Wahai hati!
Andai kamu merasa puas dengan amal.
Andai kamu merasa gembira dengan hasil.
Awas.
Apakah kamu benar-benar telah mencapai IKHLAS?

Wahai hati!
Sang syaitan suka benar menyelinap dan berbisik-bisik padamu.
Andai kamu membenarkannya, binasalah seluruh jiwa.
Tetap teguhlah, wahai hati!
Jangan biar satu saat pun terleka
kerana syaitan itu menjadi raja di hati orang-orang yang alpa.

Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetap teguhkan hati ini di jalan Mu.
Satukan hati ini dengan orang-orang yang berusaha mencari RedhaMu.
Penuhkanlah piala hati ini dengan hidayah iman dan kasih-sayangMu.
Jadikanlah cintaku pada Mu sebagai puncak tertinggi dan Raja di dalam hatiku.

Thursday, March 5, 2009

ikhlas?

"Susah rupanya nak capai ikhlas ni, kan?", kata seorang sahabat.
"Betul, betul, betul!!" , saya mengangguk. Terpana sebentar.

Ah, rugi-rugi-rugi!!!
Kalau selama ini merasakan diri sudah beramal, mungkin kita perlu melihat kembali..

Apakah amal kita selama ini benar-benar tulus suci keranaNya?
Apakah amal kita selama ini tidak ada walau sebutir debu ujub yang menghinggap?
Apakah kita benar-benar perhatikan niat di sepanjang pelaksanaan amal tersebut?
Apakah kita benar-benar menjaga amal tersebut dari perasaan dan perasan-perasan yang tidak elok?

Mungkin saja di awal pelaksanaan amal itu kita berniat tulus untuk mencari redhaNya. Tapi syaitan juga sangat rajin untuk merosakkan amal kita dengan menyucuk racun-racun perasaan dan perasan-perasan yang tidak elok. Maka perlunya untuk 'recheck' dan 'refresh' niat di sela-sela ingatan.

Juga perlunya kita saling ingat-mengingatkan untuk sentiasa memperhatikan niat dan membersihkan hati dari perasaan dan perasan-perasan yang tidak elok.

Merasakan hasil yang diperoleh adalah atas usaha kita juga mampu merosakkan amal dan mengakibatkan rosaknya ikhlas. Bukankah segala natijah adalah ketetapan dan di bawah kekuasaan Allah?

Terlalu yakin dengan kebolehan diri juga mampu merosakkan ikhlas dek terlupa segalanya tidak mungkin berlaku tanpa iradah Allah juga. Maka, tunduklah ke bumi. Ingatkan diri yang kita ini lemah dan tidak mungkin punya apa-apa tanpa kuasa dari yang Maha Kuasa.

amal tanpa ikhlas, rugi!!!
rosaknya amal akibat rosaknya keikhlasan diri.

Oh, hati..
kembalilah ke fitrahmu yang suci.


mode: sedang mencuba dalam ikhlas.

kucing menjadi singa

hari ini saya bertukar menjadi singa.
pelajar buat perangai. saya ganti kelas 4X dan ada pelajar lelaki sesuka hati berjalan-jalan keluar masuk kelas. Saya panggil tapi mereka toleh dan senyum sinis saja. Bila mereka kembali ke kelas saya cuba tahan mereka. Tindakan refleks, saya angkat kaki dan tahan mereka di pintu dengan kaki saya (tapi saya tak sepak pun!). Mereka betul-betul terkejut dan ingat saya dah nak tendang.

Lepas tu saya jerit, "Masuk kelas sekaraaaaang!!"
sabar-sabar...
tapi saya tak lah marah sangat pun, cuma berlakon macam garang je.
(gelak-gelak dalam hati. hihihi)

Tapi, pening kepala sebab kena jerit kuat-kuat. ohh~

Sunday, March 1, 2009

iman

"Mari kita duduk dan beriman sejenak"
- Muaz bin Jabal


Saya teringat semasa kakak mula-mula menceritakan kisah ini. Kisah sahabat-sahabat di zaman selepas kewafatan Rasulullah. Masing-masing sibuk untuk cuba mengingatkan satu sama lain untuk sentiasa memelihara iman dalam setiap urusan kehidupan. Ah, para sahabat tentunya orang-orang yang hebat dan tinggi imannya berbanding dengan kita. Jika mereka berusaha sedaya upaya untuk saling mengingatkan untuk memelihara iman, kenapa kita tidak pula?

Kita yang berada di zaman yang semakin melupakan Tuhan dan penuh dengan tarikan-tarikan Taghut sepatutnya berusaha dengan lebih giat lagi untuk saling mengingatkan untuk memelihara iman. Hati itu ibarat gelas, jika tidak diisi dengan air ia akan terisi dengan udara. Jika hati tidak diisi dengan iman, ia akan diisi dengan kebatilan.

Kadang-kadang kita memandang remeh soal iman. Atau mungkin mempunyai keyakinan tahap tinggi bahawa diri kita dapat memelihara iman sehinggakan merasa tidak perlu untuk melakukan sesuatu yang dapat menambahkan iman.
Ingatlah, Allah yang memegang hati kita. Bagaimana mungkin kita mampu berbicara seolah-olah kita terlalu pasti dengan iman kita? Bagaimana mungkin kita terlalu pasti seolah-olah kita tahu yang Syurga itu untuk kita?

Dunia kini telah membingungkan kita. Masyarakat memandang ilmu, pangkat dan harta sebagai segala-galanya. Siapa yang tinggi ilmunya, berpangkat tinggi dan kaya raya itulah yang menjadi sebut-sebutan dan kelihatan hebat di mata mereka. Namun, pastinya bukan itu semua yang akan kita bawa bila kita kembali padaNya tetapi sekeping iman untuk membuktikan kita benar-benar hambaNya yang bertakwa.

Bingung. Seolah-olah kita sedang dikelirukan dengan memberikan jawapan yang salah dalam ujian kehidupan ini. Tuhan meminta kita untuk membawa hasil iman kita tetapi kita hidup berhabis-habisan untuk mengejar cita yang entah apa-apa.
"Saya mahu jadi akauntan yang berjaya!"
"Saya mahu menjadi jutawan!"
"Saya mahu jadi wanita Malaysia pertama di angkasa!"
dan kita berusaha sekeras-kerasnya untuk mengejar cita-cita. Sedangkan bukan itu yang Tuhan maksudkan dalam ujian kehidupan ini. Sayang sungguh, kita sedang menjawab soalan yang salah dalam ujian kehidupan ini.

Hm, tapi tidaklah saya bermaksud supaya kita meninggalkan terus apa yang sedang kita usahakan sekarang ini juga tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa mengejar cita-cita itu adalah entah apa-apa.

Cuma, kita perlu berhati-hati andainya apa yang kita cita-cita itu tersasar daripada matlamat utama penciptaan kita. Berusaha sehabis daya untuk mengejar cita-cita sehingga terlupa untuk berusaha sehabis daya untuk memelihara iman kita.

Pastinya, kita harus jelas..kita bercita-cita untuk apa?

Adalah lebih baik, jika kita bercita-cita besar tetapi semuanya difokuskan untuk Islam.
"Saya mahu jadi akauntan berjaya dan islami. Moga-moga orang lebih tertarik untuk mendengar saya berbicara tentang Islam dengan kejayaan saya ini."
"Saya mahu jadi jutawan seperti Abdul Rahman bin Auf. Menggunakan hartanya semata-mata untuk Islam"

oh, cita-cita ini bukan hanya bicara penyedap rasa tetapi sesuatu yang benar-benar lahir dari hati dan tentunya bermula dengan jelasnya IMAN.

Sudah jelas tentang jawapan kehidupan?
Oh, masih ada masa. Ujian belum tamat lagi, kita masih boleh membetulkan jawapan yang salah ini. Tapi, perlu dibetulkan SEGERA kerana kita pun tidak pasti bila masa tamatnya ujian ini.