Seorang sahabat pernah bertanya, "Macam mana awak boleh rajin sangat tulis blog?". Saya menjawab, "Tak lah rajin sangat, cuma saya selalu tulis apa yang ada dalam hati. Harapnya tulisan dari hati akan sampai juga ke hati yang membacanya."
Buat para pengunjung yang budiman, saya bukanlah seorang penulis yang pandai bermadah. Andai selama saya menconteng dan mencoret di sini banyak yang kurang cantik, saya mohon kemaafan. Mungkin ada yang saya tulis sangat membosankan, tapi mungkin itu yang sedang bersarang dan berkecamuk dalam hati saya ketika itu. Mohon maaf sekali lagi.
Menulis membantu saya untuk membuat refleksi diri. Bagi seseorang yang sangat mudah lupa, sekurang-kurangnya menulis mampu membuatkan saya untuk berfikir semula.
Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Maaf, internet di sekolah agak bermasalah dan saya pula terpaksa menggunakan internet secara sembunyi-sembunyi jika mahu menulis di sini. Ah, seganlah kalau dilihat sedang menulis blog!
Kehidupan baru saya di sini sarat dengan tarbiyah. Saya banyak berfikir daripada apa yang berlaku di sekeliling saya. Hikmah Allah yang Maha Bijaksana, tidak mungkin dapat dirungkaikan dengan akal yang terbatas ini. Namun begitu, saya harus berbanyak bersyukur atas peringatan yang diberikan oleh Allah ini.
Saat ini saya mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk menulis. Mungkin terlalu banyak perkara yang berlaku sehinggakan terpaksa pula dilimpahkan di sini. Masalah? mungkin. Tapi masalah itu adalah cabaran dalam kehidupan. Cabaran yang dapat mematangkan diri dan memberi pengalaman baru untuk meniti hari esok. Life without challenges would be boring. Macam main game, kalau tak mencabar tak adalah orang yang seronok nak main kan?
Selalunya bila saya bertemu dengan teman-teman, mereka akan bertanya, "Macam mana sekolah?". dan saya dengan gembiranya akan menjawab, "Best, seronok!". Mencabar, tapi saya sangat hargai setiap cabaran itu. Bukan kerana hati saya telah tersangkut dengan sekolah, tapi dengan pelajaran yang saya dapat dalam menjalani hari-hari di sekolah. Oh, saya bukan lagi pelajar di sekolah. Tapi, sekolah juga dapat mengajar pelbagai perkara kepada saya (jadi saya masih dikira sebagai 'pelajar' la. ehe).
Menghadapi pelbagai jenis ragam manusia mengajar saya untuk menerima pandangan yang berbeza oleh manusia lainnya. Mungkin saya lihat dari sudut A, orang lain pula lihat dari sudut B. Siapa yang betul? Mungkin dua-dua juga salah, atau gabungan kedua-duanya betul. Pernah juga saya hampir-hampir mengalami depresi (dan saya belajar bagaimana perasaanya orang yang mengalami depresi). Saat itu saya rasa seperti mahu membenci diri sendiri (which I have never felt before) dan pening memikirkan kesilapan saya. Saya diam dan lebih banyak berfikir. Mahu menangis tapi tidak tahu bagaimana. Lalu, semuanya dikembalikan kepada Allah. Walau saya terkadang malu, kerana terasa Tuhan sedang memberitahu kesilapan besar saya waktu itu. Tapi pastinya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dia mahu saya segera kembali padaNya dan berusaha meraih tempat istimewa di sisiNya.
Terkadang saya juga terperangkap dalam emosi yang pelbagai rupa. Masalah hati yang mungkin tidak dibersihkan secara konsisten mengundang pelbagai penyakit. Kulat-kulat yang suka mencuri-curi peluang untuk tumbuh dan tambah merosakkan lagi keteguhan hati. Jika dibiar lama, mungkin semakin teruk keadaannya. Ah, apakah masalah saya? Mungkin saya yang asyik merasakan seperti tiada siapa yang dapat memahami diri saya yang sedikit aneh ini. Maka saya lebih senang untuk meluahkan segalanya pada Allah saja. Mungkin juga saya yang perasan dapat menyelasaikan segala masalah tanpa bantuan siapa-siapa. Atau mungkin saya yang berasa segan atas kelemahan diri saya sendiri?
Dalam jiwa yang semakin tersiksa dan iman yang masih tersisa, saya mohon rahmat dan kasih sayang Allah untuk sentiasa membimbing saya. Saya mohon Dia untuk selalu memimpin tangan saya di kala saya rasa seperti dunia ini semakin menghimpit jiwa. Saya gusar, jika saya terlepas dari pimpinan tanganNya saya akan tersalah arah lalu tersasar. Saya mohon kasih sayangNya untuk menuntun saya kembali ke pangkuanNya dan mendapat redhaNya.
Perjalanan hidup ini sementara, sekejap cuma. Lalu, bagaimana seseorang boleh berperilaku seperti dia akan hidup selama-lamanya? Hidup sebagai musafir yang berpergian, kita ini hanya duduk menyinggah dalam sebuah perjalanan panjang. Ambillah apa yang ada di sekeliling yang kita mampu capai sebagai bekalan. Andai terlalu banyak, buanglah apa yang tidak diperlukan dalam perjalanan panjang ini. Takut-takut terlebih beban dan kita akan kelelahan. Lantas, tersungkur di tengah jalan.
Jika anda merasakan kejayaan itu adalah dengan mencapai kekayaan, kekayaan itu tidak bisa dibawa ke penghujung jalan ini.
Jika anda merasakan kejayaan itu adalah dengan mencapai gred tertinggi dalam peperiksaan, itu juga bukan apa yang kita akan bawa di akhir nanti.
Jika anda merasakan kejayaan itu adalah dengan dianugerahi pangkat dan jawatan, itu juga bukan yang dilihat oleh Allah kelak.
Lalu,
hati yang bersih dengan iman yang menyinar yang akan kita persembahkan di penghujung jalan ini. Hati dengan iman itulah yang akan menjadi kunci, untuk kita ditempatkan di neraka atau syurga.
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dalam Deen dan ketaatan kepada Mu"

No comments:
Post a Comment