Bicara mereka bukan seleranya. Dipandangnya sebelah mata. Dibiarkan saja seperti siraman air di daun keladi... Ah..bosan!
Bukan dia tidak tahu itu semua: Bicara syurga dan neraka, tentang kehidupan dunia yang sementara atau soal-soal ibadah yang masih tersisa. Bukankah sudah dipelajari itu semua? Kenapa perlu diulang-ulang pula! Saya sudah TAHU!!!
***
Maaf, tahu bukan bermakna kamu mengerti. Seperti tahunya seseorang akan seorang miskin yang berjiran dengannya, tetapi tidak berbuat apa-apa untuk membantunya.
Mengerti juga tidak bererti kamu sudah boleh berhenti. Dengan pengertian itu seharusnya disusuli dengan tindakan. Kerana dengan tindakan barulah menunjukkan pilihan yang kamu lakukan.
Life is about making decision.
Membuat keputusan adalah sebahagian dalam kehidupan.
Proses dalam membuat sesuatu keputusan seperti yang ditunjukkan oleh al-Ghazali 1000 tahun yang lalu.
Tahu (knowledge) --> Mengerti/faham (feelings/affection) --> Amal/tindakan (psychomotor)
Akal --> Hati --> Jasad / fizikal
Maka cukupkah apabila kamu sudah TAHU?
atau cukupkah apabila kamu sudah MENGERTI?
Tidak.
Sehinggalah kamu mengambil TINDAKAN. dan tindakan itu seharusnya menjadi sesuatu yang berterusan ^__^
Cuba fikirkan, setakat manakah ilmu yg kita ada kini benar-benar dimengerti dengan hati, dan menjadi tindakan kita yang berterusan...
Act now!
Allahu a'lam.

No comments:
Post a Comment