Tarbiyah dari Allah itu tiba dengan bermacam cara dan rupa. Saat saya minta untuk diberikan yang terbaik, Tuhan juga berikan pada saya yang terbaik. Tentunya yang terbaik dari Tuhan itu adalah yang terbaik daripada apa saja bentuk terbaik yang saya dapat fikirkan. Andai perit bagaimanapun, tarbiyah dari Tuhan itu petunjuk untuk saya terus berjalan di jalan ini.
Tuhan, tabahkan hati ini untuk menerima segalanya, teguhkan hati ini untuk sentiasa bersangka baik denganMu.
Tuhan, betapa hati ketika ini saya berasa mahu berlari kepadaMu. Menangis dan meluahkan segala yang tersepit di jiwa ini.
Tuhan, terima kasih atas peringatan ini.

No comments:
Post a Comment