Ada banyak perubahan yang berlaku dalam seminggu ini. Dari sistem politik hinggalah sekecil-kecil perkara. Sekolah saya pun ada perubahan. Perubahan jadual..hehe. Tapi saya cukup terasa dengan perubahan ni. Perbahan jadual sekolah menyebabkan dua kelas saya bertindan pada satu masa yang sama. Akhirnya saya ditukarkan ke kelas lain sebab takkanlah kerana saya yang hanya menumpang praktikum di sini nak dibuat rombakan jadual secara besar-besaran pula. Dulu saya mengajar Sains tingkatan 1, kini dinaikkan pangkat ke tingkatan 2 pula (perasan sendiri, heh.). Pada mulanya rasa berat juga nak meninggalkan kelas kanak-kanak cilik tu. Mereka sangat teruja dengan apa saja yang saya ajar. The sparkles in their eyes, the smiles..wuwu. I really enjoy to be in that class. Hari isnin tu baru start buat challenge between groups. Sangat mengujakan! Tapi kejutan pada hari selasa, saya ditukarkan ke kelas 2A. ok, sedih sikit mula-mula. Tapi tenangkan hati sebab semestinya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik.
Semalam baru mula masuk kelas 2A. Pertama kali saya keluar kelas dalam keadaan kepala rasa pening dan nak pecah. Whoa, kejutan baru! Kelas A di sekolah ni kelas yang istimewa. Juga dipanggil kelas aliran agama. Pelajar semua muslim dan belajar subjek bahasa Arab. Dulu kelas 1B tu kelas pertama yang terbuka untuk semua. Hm, ingatkan ajar kelas special ni senanglah..tapi rupanya lagi besar cabarannya. Asyik bergaduh, yang perempuan bermasam muka sesama sendiri. Umur transisi nak ke alam remaja agaknya. Yang lelaki pula ada yang suka menyampuk dan menjawab dengan jawapan yang mengada-ada. Geram juga. Ada pula yang panggil saya 'Cikgu kakak'. Apa kes.. Tapi bukan semua yang macam tu. Masalahnya yang mengada-ada tu yang mengganggu pelajar yang nak belajar betul-betul.
Tak apalah. Perubahan ini pastinya dah ditentukan oleh Allah dengan kesesuaian saya.
Saya juga percaya Allah pasti mahu saya lakukan sesuatu kepada mereka. Sayang betul, pelajar muslim semuanya. Ada kelebihan dapat belajar bahasa Arab, tapi tak mempamerkan peribadi muslim yang sepatutnya. Semoga Allah buka hati mereka dan bantu saya untuk terus melakukan perubahan yang baik untuk mereka dan diri saya. Ayuh, terus bersemangat! Harapnya kepala saya tak cepat meletup..mungkin sebab asyik dengar orang cerita tak baik tentang orang lain. Panas telinga.. Saya memang tak suka kalau orang cakap-cakap belakang ni. Kalau tak puas hati, silalah beritahu empunya badan. Supaya ada perubahan ke arah yang lebih baik..oh-oh~
(*hope with doa*)

1 comment:
sabar ye cik kuchinque.. awak bertuah sbb dipilih utk menggalas amanah besar ni..
btw, kamu dah dpt award! sila ke blog sy ye :)
Post a Comment