Tuesday, January 6, 2009

Packing


Sedang packing barang-barang sebelum terbang ke sarang baru esok. Masalah betul, saya memang tak suka packing barang sebab bilik saya akan jadi bersepah-sepah. Kena selongkar balik habis semua benda untuk cari barang yang perlu. My bad. Masih tidak sistematik lagi.

Minggu depan akan bermula satu fasa baru dalam hidup saya. Fasa yang agak menakutkan, iaitu alam pekerjaan. Huhu..

Saya sendiri belum membuat apa-apa persiapan lagi. Esok cadangannya mahu ke sekolah untuk melihat subjek apa yang telah ditempatkan oleh pihak sekolah kepada saya. Di awal cuti saya fikir mahu buat persiapan yang rapi, tapi memikirkan kemungkinan untuk tidak mendapat subjek Biologi menyebabkan saya langsung tidak membuat apa-apa persiapan. Saya harap saya mampu bertahan dengan kehidupan baru ini. Secara fizikal saya akan menghadapi cabaran seperti kepenatan, kelenguhan, kehilangan suara dan juga kesakitan kaki kerana perlu banyak berjalan dan berdiri. Secara emosi pula saya perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai kerenah pelajar, penerimaan guru-guru serta berurusan dengan manusia dengan pelbagai ragam dan rencahnya. Ya Allah, saya mohon ketabahan untuk menghadapi itu semua.

Saya sangat berharap yang saya telah menjelaskan akan tugas saya nanti. Sentiasa bersedia dan bersabar menghadapi apa jua keadaan. Juga yang paling utama, sentiasa optimis setiap hari! Mendengar keluhan daripada para senior kadang kala membuatkan saya sedikit gundah. Mereka yang saya lihat jauh lebih hebat mengaku turut menghadapi masalah ketika praktikum. Bukan masalah dari sudut pengajaran, tetapi menghadapi satu kehidupan yang cukup berbeza daripada alam semasa menjadi pelajar. Alam pekerjaan lebih memerlukan kita untuk bijak dalam skil PR, menghadapi masalah dan keadaan-keadaan tegang. Jika yang demikian, saya rasa mahu menjadi pelajar saja untuk selama-lamanya. ehe.

Looking at the bright side, saya cuba untuk menjadikan pengalaman semasa empat bulan praktikum ini untuk menggali seberapa banyak mutiara berharga sebagai pengalaman, melatih diri untuk menghadapi masyarakat yang sebenar dan menggilap skil PR. Juga mengukuhkan lagi tingkatan kesabaran supaya benar-benar menjadi manusia yang tabah dan cekal menghadapi ujian. (Cakap macam senang je, kan? Kembali pada Allah saya mohon untuk diberi kemudahan..)

Mungkin selepas ini saya akan semakin jarang menulis (tsk..tsk..sebab sarang baru tu belum ada internet lagi). Saya juga akan berada lebih jauh daripada rumah tapi mungkin lebih dekat di hati mereka (kecuali jika TV9 menjadi lebih dekat di hati mereka, ish!).

Baiklah, kembali untuk mengemas barang dan packing. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Jika ada peluang saya akan ceritakan pula pengalaman menjadi guru yang tak berpengalaman. hehe.

Hari Rabu ada tetamu khas. Saya menunggu kedatangan anda semua! Semoga selamat sampai. Sedang menyediakan kejutan-kejutan khas buat kamu! Kalau kamu tidak shock pun, harapnya tetap siyok!! ^___^

3 comments:

Anonymous said...

alam pekerjaan akan menguatkanmu wahai sayangku, aku mula mengenal erti perjuangan dalam alam pekerjaan sebelum aku bertemu kamu semua yang mulus wahai sayangku, engkau kini menjengah dunia yang telah aku tinggalkan dan aku masih terkapai-kapai bergelumang kembali dalam dunia yang telah engkau tinggalkan..moga Allah kuatkan kita dan jangan biarkan kita terus jadi orang yang berdosa, amin!

Mama Hazim said...

Kak Ainun, jazakillah. I don't know if I can ever be as tough as you..huhu.

Semoga Allah kuatkan kita, amin.

niesa.imana said...

salam wbt...

huhu.. faham akan perasaan itu.. tapi selama 4 bulan?? hurm, selama 6 minggu placement pun sy asyik tertanya bila semua ni akan berakhir??

all da best, insyaAllah 4 bulan itu akan terisi dgn pengalaman yg baru & menarik.. i know u can do it.. +)