Sunday, January 25, 2009
ubi menjadi tapai
Ubi menjadi tapai
Sekali pandang masih sama
kelihatan tapai ubi itu seperti ubi yang biasa
dari kejauhan, masih seperti ubi yang lama
bila didekati, jelas ia berbeza.
Tapai kini bukanlah lagi ubi yang dulu
ubi yang dulu teguh dan kukuh
kini lemah dan lembik saja
dicucuk terus berderai
dihimpit terus berkecai.
Ubi menjadi tapai
tanpa sebarang tanda
tiada siapa yang ambil tahu
bila mereka bukanlah lagi ubi yang dulu
kerana telah menjadi tapai yang akan disudu.
gambar: sumber
Pengajaran terbesar dalam sesi semalam menyebabkan saya terlalu teruja untuk menulis. Tapi, bila dibaca semula rasa janggal pula. Mungkin ada saja yang tidak faham maksud 'puisi' di atas. Huhu..
Beginilah, proses untuk menghasilkan tapai ubi dipanggil proses penapaian. Melalui proses penapaian, ubi yang dahulunya keras menjadi lembut tanpa menukarkan bentuknya. Proses penapaian mengambil masa tanpa menunjukkan perubahan yang drastik terhadap struktur ubi tersebut.
Apaa yang ingin dikaitkan ialah mengenai keadaan kita umat Islam yang telah melalui proses penapaian ini sehingga kita menjadi tapai yang lemah dan mudah dihancurkan. Proses penapaian hasil daripada jahiliyah yang diserap masuk tanpa disedari dan akhirnya membawa kita kepada kehancuran.
Lihat saja kepada keadaan umat Islam sekarang. Tidak perlu saya jelaskan dengan lebih lanjut. Tanpa kita sedari, proses penjinakan (penapaian) yang dilakukan kepada kita terlalu senyap sehingga kita sendiri tidak sedar bahawa dahulu kita adalah sang singa yang gagah berani.
Pastinya singa yang gagah berani itu tidak sama dengan kijang yang pengecut mahupun tapai-tapai yang sudah lembut dan menjadi pencuci-pencuci mulut sahaja layaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment