Tentera Zionis semakin mengasak ke dalam Gaza. 6 jam lalu, 521 saudara Palestin telah syahid manakala 2450 cedera. Keadaan semakin kritikal.
Sesak nafas.
Astaghfirullah.
Istighfar.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua,
andainya usaha kita masih belum cukup untuk membantu mereka.
Mohonlah bantuan Allah kepada saudara-saudara kita yang
sedang mempertahankan palestina.
Dengan sepenuh hati kita.
Berazam untuk tinggalkan perkara-perkara dosa
dan berusaha untuk melakukan sesuatu untuk membantu mereka.
Teringat kisah semasa Perang Badar. Muslimin tidak bercadang langsung untuk keluar berperang kerana mahu menahan kafilah dagangan Abu Sufyan yang membawa harta mereka yang ditinggalkan di Makkah untuk dijual. Mereka hanya keluar untuk mengambil semula hak mereka tanpa persiapan perang sedikit pun. Abu Sufyan menjadi kelam-kabut bila mendapat tahu tentang kehadiran kaum muslimin. Segera dikhabarkan kepada pemimpin Quraisy Makkah untuk menghantar pasuka bantuan. Abu Sufyan melarikan diri melalui jalan yang lain sedang kaum Muslimin terpaksa berhadapan dengan tentera Quraisy yang ramai dan lengkap bersenjata daripada Makkah. Jika dilihat secara fizikal, adalah sangat mustahil untuk kaum Muslimin mencapai kemenangan. Bilangan mereka sedikit, mereka tidak bersedia dan tidak mempunyai kelengkapan perang yang cukup. Tetapi mereka berjuang dengan iman mereka. Kekuatan mereka ditambah dengan Solat Tahajjud dan berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
Rasulullah S.A.W sendiri bangun untuk solat di sepanjang malam dan berdoa dengan penuh khusyuk dan merendahkan diri. Di antara doa yang diucapkan ialah,
"Ya Allah, inilah kaum Quraisy yang datang dengan segala kebongkakan dan kesombongan untuk memerangi engkau dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, tunaikanlah janji kemenangan yang telah Engkau berikan kepadaku. Ya Allah, kalahkan mereka esok hari.."
Baginda terus berdoa kepada Allah dengan merendahkan diri dan khusyu' seraya menadahkan kedua telapak tangannya ke langit sehingga Abu Bakar berasa hiba dan berusaha menenangkan hati Nabi SAW dan berkata kepada baginda,
"Ya Rasulullah, demi diriku yang berada di tangan-Nya, bergembiralah. Sesungguhnya Allah pasti akan memenuhi janji yang telah diberikan kepadamu."
(sumber: Fiqh Sirah, Al-Buthy)
Berita terkini mengenai keadaan di Gaza boleh didapati di sini.

No comments:
Post a Comment