Wednesday, January 21, 2009

the teacher diaries (week 2)


"Cikgu, cikgu kena sabar..". Pandangan saya beralih pada seorang pelajar. Dia tersenyum saja. Saya senyum semula. Benar, saya agak kurang sabar dalam mengejar silibus. Sudah seminggu mereka tertinggal tanpa cikgu, banyak juga yang perlu dihabiskan dalam minggu ini. Bulan depan akan mula ujian. Ah, banyak betul yang saya fikirkan. Kasihan pelajar-pelajar. Saya seolah-olah mendesak mereka untuk belajar dengan lebih pantas.

Sekolah bukanlah tempat untuk saya mengajar semata-mata, tetapi saya juga dapat belajar banyak perkara. Kesungguhan, kesabaran dan sentiasa optimis untuk hari-hari mendatang. Kehidupan ini satu tarbiyah dan alhamdulillah, saya pula diajar oleh Allah di sini. Melihat seorang pelajar OKU yang begitu gigih ke sekolah mengingatkan saya kepada kisah Aya dalam One Litre of Tears. Memang tidak mustahil untuk pelajar seperti mereka ditempatkan bersama-sama dengan pelajar lain. Setiap hari dengan sorotan kerusi roda dan dibantu oleh rakan-rakan sekelas untuk menaiki tangga ke makmal. Rakan-rakannya pula begitu bersungguh-sungguh untuk membantu, menyorong kerusi roda dan mengangkatnya menaiki tangga hingga ke makmal di tingkat tiga.

Seorang pelajar 'slow-learner' di kelas 1x sentiasa membuatkan saya tersenyum. Dia juga manusia istimewa. Pada mulanya saya fikir rakan-rakannya mahu membulinya. Disuruhnya mengira dan mengeja. Dia patuh saja. Tapi mereka benar sungguh-sungguh mahu membantunya. Setiap kali dia berjaya melepasi satu tahap, mereka puji dia dan beri kata-kata semangat lagi. dan dia turut gembira dan tertawa.

Dan baru tadi saya bertemu dengan Ati, pelajar sekolah rendah di sebelah. Juga pelajar istimewa. Dia menyorot kerusi rodanya ke meja saya lantas menegur saya. Oh, anak seorang guru rupanya. Abangnya pula anak murid di kelas saya. Ati cakap perlahan saja. Susah juga saya mahu menangkap bicaranya. Saya cuba melayannya seperti biasa. Saya bukanlah ada kemahiran untuk berhubung dengan orang-orang istimewa. Risau juga jika buat mereka tidak selesa. Namun Ati nampaknya gembira. "Kak, kita jumpa lagi esok ya!" dan kami lantas bersalam dan mengharap supaya hari esok masih ada.

Subhanallah.
Saya sememangnya harus banyak-banyak bersyukur ditempatkan oleh Allah di sekolah nan permai ini. Pelajarnya tidaklah membuat aksi-aksi yang memeningkan kepala. Sekurang-kurangnya mereka masih punya rasa hormat yang tinggi terhadap guru-guru. Walaupun kelas yang tercorot sekali... Bergaduh dan bergasak sesama mereka, itu perkara biasa. Darah anak mudalah katakan...

Peluang menjadi seorang guru ini bagi saya sangatlah istimewa. Perkataan yang sentiasa berlegar-legar di dalam fikiran saya ialah "mould" atau acuan. Guru mampu menjadi acuan yang paling berkesan kepada pelajar-pelajar. Cuma saya masih mencari cara terbaik untuk menjadi acuan yang dapat menghasilkan bentuk yang benar-benar cantik. Dalam usaha membentuk acuan yang sesuai itu, tidak dinafikan saya juga akan menemui kegagalan dengan menghasilkan bentuk-bentuk yang tak seberapa cantik. em, tapi bukankah usaha untuk membentuk acuan itu yang lebih penting dari menunggu-nunggu hasilnya?

Mohon Allah beri petunjuk kepada saya dalam membentuk mereka juga mohon ditunjukkan logam bersinar yang bakal bersinar dengan lebih menyerlah di masa depan. Semoga mereka mampu menjadi pelapis generasi remaja baru untuk masa depan dan mengubah arus kembali kepada yang Haq.

5 comments:

Raudhah said...

wah,cik kuchinque rupanya seorang guru! hehe..saya salute!

saya memang tak boleh jadik guru rasanya sebab saya ni kelam-kabut sikit.. :)good luck to u!

Mama Hazim said...

hehe...awak ingat saye ni tak kelam kabut ke?
erk, org kelam kabut sesuai jadi doktor yek? ehe..

Anonymous said...

subhanallah..best sangat baca pengalaman kd jadi cikgu huu..klau nanti saya bukak skolah, saya amik kd jadi cikgu la wahaha..wink3

the left wing said...

' em, tapi bukankah usaha untuk membentuk acuan itu yang lebih penting dari menunggu-nunggu hasilnya?'

betul! tepat skali.. plus.. Allah x lihat hasil yg kita dapat!tapi..USAHA yg kita dah buat!!

the left wing said...

Allah sangat Hebat.. dan Allah juga yg memberi 'kehidupan' kpd kita..

syukur pd Allah..

org kata.. "kehidupan perlukan tarbiyah.." sy stuju kata2 tu.

tapi,bg sy.. sy lebih terkesan belajar dr kehidupan..

plus bila baca blog kak kd neh!huhu

kehidupan lah yg mentarbiyah kita. kita belajar dr pengalaman, blajar dr kesilapan. blajar mengawal emosi, blajar untuk bergerak pantas,blajar untuk mematangkan diri.. dsb.

kesimpulannya.. kehidupan dan tarbiyah itu berkait rapat dan saling memerlukan.. setuju x??

from : *.* babykhuchin yg dah x notty huhuhu~