Tuesday, January 27, 2009

menjadi dewasa?

em, saya sudah tua kah?
22 tahun menjadi 'earthling'
tapi apa sumbangan saya pada dunia?
atau apakah saya cuma sampah dan lebihan dunia saja?

Saya segan untuk mengaku menjadi dewasa.
Fikiran dan perangai pun masih seperti kanak-kanak.
Bagaimana?

Bertemu dengan anak-anak murid yang jauh lebih muda menyebabkan saya sering tertanya-tanya.
Apakah saya benar-benar matang dan bersedia untuk melangkah ke alam dewasa yang menakutkan itu?

Pesimisnya.
Tapi saya benar-benar risau jika tak bersedia.
Bila menjadi dewasa bukan lagi ada masa untuk bersuka-suka.
Saya perlu fikirkan tanggungjawab dan peranan yang lebih besar kepada dunia.
Layakkah saya?

Jika mengikut fikiran kurang matang saya, mahu saja saya minta masa diputar semula.
Supaya saya boleh berada di alam kanak-kanak lebih lama.
Tapi itu pasti bukan kehendak Tuhan pada kita.
Bila sudah tiba masanya, kita mesti bersedia.

Oh, sudah tidak ada masa untuk saya menjadi kanak-kanak lagi.
Saya perlu belajar untuk menjadi dewasa.
Dunia perlukan orang-orang yang matang untuk membuat perubahan.
Bukan kanak-kanak yang hanya seronok dengan dunianya sendiri.

Apa yang menakutkan saya bila menjadi dewasa bukan pada tanggungjawab semata.
Tapi kepada perubahan yang bakal dilalui.

Saya takut menjadi orang dewasa yang tidak memahami jiwa kanak-kanak lagi.
Sedang dahulu mereka juga pernah mengalami transisi itu.

Saya takut menjadi orang dewasa yang hanya merasa bahawa mereka saja yang betul
dan melihat sesuatu mengikut tanggapan mereka sahaja..

Saya takut menjadi orang dewasa yang tidak sukakan perkara-perkara remeh sedangkan perkara kecil itu mampu memberi makna yang besar kepada orang lain.

Saya takut menjadi orang dewasa yang stress dengan kerja-kerjanya, sehingga tidak bijak dalam menyantuni mereka yang lainnya biarpun dia hanyalah seorang kanak-kanak.

Saya takut menjadi orang dewasa yang cepat bosan dengan karenah kanak-kanak kerana dunia mereka yang berbeza dan bersikap seperti budak-budak.

Saya takut menjadi orang dewasa yang pentingkan diri dan merasa dirinya lah yang paling 'bizi'.

Saya takut menjadi orang dewasa kerana takut saya menjadi bukan diri saya yang ini lagi...

Atau apakah saya hanya takut kepada perubahan??

Petikan filem "I Not Stupid 2" yang sangat memberi kesan.

1 comment:

Hilman Nordin said...

ini entry untuk beberapa hari lagi?

~seriously touching. memang memberikan kesan. itu ialah dunia orang dewasa yang sangat menakutkan ; once you are in, you forgot how is it like to be a child.