Salam.
Sudah hari kedua saya berpraktikum di desa yang indah ini. Sedang mencuri peluang dengan menggunakan internet sambil menyiapkan 'Lesson Plan' untuk pengajaran Biologi sebentar lagi. Dalam bilik guru tiada plag untuk digunakan, jadi saya terpaksa duduk di anjung pentas di dataran perhimpunan untuk menggunakan plag yang ada. Oh, saya tak kisah. Selamba je. Setakat ni dah ada berpuluh pasang mata yang sedang melihat saya buat kerja pelik ni. Saya nak pergi PSS tapi ada ke patut dikunci pula. Huhu..
Semalam saya hanya sempat masuk kelas untuk relief. Pening kepala tak tahu nak buat apa dengan budak-budak ni. Akhirnya saya cerita pasal palestin dan minta mereka untuk turut serta berdoa dan memboikot. Tak sangka, lepas saya bercerita je ada budak yang cakap, "Cikgu saya sedih..rasa nak nangis..." Ehe..besar juga pengaruh cikgu ni ye.
Pagi tadi saya masuk kelas relief juga. Cerita tentang palestin lagi. Mana tak nya, kelas semalam pun ramai yang tak tahu apa-apa. Tentang boikot apatah lagi. Oh, harapnya mereka fahamlah apa yang saya cakap. Kalau tak, syok sorang-sorang lah saya agaknya :P
Seminggu tak tulis blog, banyak juga yang saya sibukkan. Ikut hati, memang mahu cerita satu persatu. Tapi sekarang saya sedang mengejar masa. Ada tiga 'Lesson Plan' kena siapkan untuk hari ini saja. Bahan-bahannya, kejap lagi saya kena cari cepat-cepat.
Masa jangan lari laju sangat. Tunggu saya!

No comments:
Post a Comment