Alhamdulillah. Tamat perlawanan dengan tiga kertas, cuma tinggal satu kertas lagi Selasa depan. Kertas ketiga baru-baru ini sememangnya bersifat seperti NKC (Natural Killer Cells). Rasanya hampir seluruh dewan merasai bahang Apoptosis. Tamat saja masa perlawanan, riuh kedengaran suara-suara meraung kesakitan. Antibodi yang digunakan pun tidak mampu melawan serangan pathogen disepanjang perlawanan tersebut. Mana taknya, pathogen menyerang serentak dengan mendadak. Sistem imunisasi pun tak sempat membina antibodi. Hanya beberapa Helper T-Cells yang sempat dikerah untuk menjejaki pathogen yang mengganas.
Sudahlah, kalau ada rakan-rakan saya yang membaca tulisan ini pasti mereka akan pening kepala. Keluar saja dewan, ada yang seperti nak menangis. Entah kenapa, tapi saya berasa begitu gembira pula. Tak dinafikan, soalan-soalan ini tersangatlah di luar jangkaan. Siapa sangka, kebanyakan soalan memang tidak pernah langsung diajar oleh pensyarah. Bukan itu saja, ada pula kira-kiraan yang sememangnya tidak pernah dipelajari dan diketahui pun. Semasa peperiksaan, sengaja saya mengambil peluang bertanya kepada pensyarah tersebut mengenai rumus untuk kiraan yang perlu dilakukan. Pensyarah itu hanya menjawab dengan selamba yang saya hanya perlu gunakan rumus fizik sahaja. Saya pula tertanya-tanya, sejak bila ada penggunaan rumus fizik dalam subjek yang diajar ini. Walau bagaimanapun, saya sangat seronok menjawab soalan-soalan ini. Seronok mengira dan membuat rumus sendiri!
Serious, I really enjoy doing the calculations. Especially, on calculating the calories on how to lose weight. Tak pernah belajar pun, tapi seronok sebab saya boleh perasan jadi dietician sekejap. Haha..Soalan past years pun tak ada langsung seperti yang ada dalam perlawanan semalam. Benar-benar memerlukan pelajar untuk berusaha lebih mencari maklumat dan sentiasa berfikir jauh ke hadapan (dengan mencakupi pelajaran yang tidak diajar dan disentuh langsung oleh pensyarah semasa kuliah).
Susahnya..kalau tak dapat ‘hint’ untuk soalan susah macam ni.
Tak ada soalan bocor pun…
Kalau macam tu, ada ujian lebih senang daripada ujian peperiksaan ni la.
Lihat ini...
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya, (8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (10)
(Asy-Syams, 91: 8-10)
Ini soalan bocor yang Allah beri dalam ujian kehidupan kita.
Dalam kehidupan ini, kita berdepan dengan dua jalan, kefasikan dan ketakwaan.
(Allah beri kita pilihan dalam kehidupan ini untuk pilih jalan yang mana sebagai satu ujian)
Kemudian Allah beri pula jawapan untuk ujian 'memilih jalan yang benar' itu..
(beruntunglah orang yang mensucikan jiwa --> memilih jalan yang benar) dan rugilah orang mengotori jiwa sebab akan membawa kepada jalan kefasikan.
Soalan bocor.
Sepatutnya ujian dalam kehidupan ni lebih mudah sebab sudah diberi jawapannya.
Sepatutnya lebih mudah daripada kertas 'Animal Physiology' saya tempoh hari sebab tak ada 'hint' jawapan yang betul seperti dalam surah Asy-Syams di atas.. (kan??)
Semua jawapan untuk ujian kehidupan ada dalam Qur'an, kan?
Tak ada pun 'rules' yang kata tak boleh rujuk Qur'an dalam menghadapi ujian kehidupan ni. Final exam lagi la susah sebab tak boleh tengok buku, nota apatah lagi bertanya kepada yang lebih arif..
Cuma terletak pada diri kita..
nak sukses dalam ujian kehidupan ini
ataupun ujian kertas ni saja?
Tinggal lagi perlawanan dengan satu kertas.
Minit-minit terakhir ini, sempat pula saya berniaga nasi lemak dan karipap 'home-made' dari KAMI (kuchinque, ainsei, mas ayu dan iJ) :P
Seronok!!
(Respon dari kawan-kawan: WHAT??!! sempat lagi?? ish3)
(Respon dari pembeli: Wah, bagusnya! Exam pun sempat buat nasi lemak dan karipap. Jual lah lagi, kami malas memasak..)
Sometimes, we can be impossible. I mean, Kim Possible. ^_~
(saya suka gambar di atas tu. Very funny..kalau ada anak murid saya jawab macam tu, ish3...)
1 comment:
I found x too!
there.
tinggal satu lagi perlawanan ya. samalah.
kalau tetibe lecturer bagi soalan tak pernah diajar, yang takde dlm examples, dalam tutorial or even dalam past years - soalan bentuk aplikasi,faktor2,dan contoh kita boleh goreng.
tp calculation mmg tak lepas dari buat rumus sendiri. paling best, tengok coefficient yang dia bagi, apa unit dia. pastu kait je la dengan apa variable yg dia nak.
soalan bocor? kalau lah ada, memang best dan gembira setiap kali kua dewan. masalah sekarang, ada yg membocorkan jawapan dengan buka nota etc. aiyoo.. nasib bukan buat pada final exam. tp amanah tetap amanah.
kenapalah aku, yg tau soklan bocor terbesar untuk ujian terbesar yang dijalankan secara terus menerus sepanjang hidup ni, tak guna pulak jawapan yang sesuai.
thanks for sharing.
Post a Comment