Friday, June 4, 2010

pembuli



Peristiwa yang berlaku di sekeliling saat dalam waktu yang terdekat, banyak mengingatkan saya tentang pembuli. Jangan salah anggap, saya tidak pernah membuli dan belum lagi rasanya pernah dibuli. Dibuli sedikit-sedikit oleh rakan sekerja mungkin ada, tapi cuba ikhlaskan hati moga itu satu latihan untuk menjadikan saya lebih cekatan dalam bekerja. Ah, kalau buat sesuatu dengan ikhlas, maka kita hanya mengharap balasan daripada Allah saja...lalu tiadalah persoalan terasa dibuli...bukan begitu?


Jangan silap lagi, saya bukan juga manusia yang mudah saja dibuli. Pernah saja suatu waktu lama dulu, andai ada orang yang memotong barisan..saya pasti akan menegur. Atau mungkin ada saja orang yang berjanji tetapi tidak ditepati, awaslah dengan kata-kata saya yang pedas tu nanti. Mungkin suatu ketika dahulu, sebelum saya betemu dengan tarbiyah..saya akan jadi manusia yang sangat reaktif apabila menemui pembuli. Tentu saja lebih kepada emosi, lalu bagaimana mahu mengawal ikhlas di hati jika begitu? Tarbiyah mengajar saya untuk lebih tenang dan diam untuk memikirkan impak-impak daripada setiap tidakan. Lihat saja bagaimana peribadi Rasulullah, walau dicerca dan disakiti tidak pernah bertindak melampau emosi.


Melihat kepada situasi tegang sekarang, banyak mengingatkan saya akan filem animasi kegemaran semasa kecil dahulu, "A Bug's Life". Kisah belalang pembuli dengan satu koloni semut. Belalang pembuli yang sedikit bilangannya, tetapi berjaya menakut-nakutkan satu koloni semut yang bilangannya entah berapa juta. Biasanya memang begitu, pembuli bilangannya sedikit dan mungkin kelihatan sedikit berkuasa, lalu sangatlah ditakuti oleh mangsa buli walaupun bilangan mereka lebih ramai. Aneh? Tidak. Inilah hakikat yang berlaku dalam dunia masa kini.


Lalu apa yang harus dilakukan? Memberitahu kepada semua mangsa bahawa hakikatnya jika kita bersatu, kita pasti lebih kuat dan mampu mengalahkan pembuli-pembuli itu semua? Tidak semudah itu. Mereka yang dibuli selalunya tidak mudah menerima hakikat mereka sebenarnya mampu mengalahkan pembuli tanpa dibuktikan dengan sesuatu yang nyata dapat dilihat oleh mata dan dikesan oleh pancaindera lainnya juga. Atau mungkin saja mereka yang dibuli tidak merasa langsung persis dibuli...seolah-olah telah dihipnotis lalu terus-terusan melakukan sesuatu yang sebenarnya memberi faedah yang banyak kepada pembuli dan membiarkan mereka dianiya oleh diri sendiri tanpa disedari. Hakikatnya itulah yang berlaku kepada masyarakat manusia yang banyak pada hari ini. Tanpa disedari, mereka mengikut saja telunjuk boneka-boneka zionis dan yang paling menarik, mereka melakukannya dengan sukarela dan gembira.


Berdasarkan animasi "A Bug's Life", Flik, salah seorang ahli koloni yang sedikit ghuroba',
berkelana dan mempelajari kehidupan sebenarnya (mungkin ditarbiyah, tetapi aksi ini terpaksa disunting supaya tidak kelihatan begitu radikal)...maka dia kembali ke koloni untuk membebaskan perhambaan sesama serangga kepada perhambaan kepada Allah semata-mata. Flik yang kembali dengan visi dan misi yang baru, bertemu dengan pucuk pimpinan koloni..menyatakan pendapatnya untuk menghentikan perhambaan seisi koloni kepada si belalang pembuli. Rupanya, tidak mudah untuk memberi kefahaman kepada pemimpin yang sudah tentunya punya visi dan misinya yang tersendiri dan kembalilah Flik untuk memikirkan cara yang lain untuk tetap menegakkan kalimah Ilahi di koloninya.


Flik bertemu dengan sekumpulan anak-anak muda (Dot dan kawan-kawannya) lalu mereka ditarbiyah menjadi jundi-jundi yang siap berkorban. Flik merupakan murabbi yang sangat sukses, kerana jundi-jundi yang dihasilkan sentiasa siap siaga pada setiap saat mereka diperlukan. Lalu berbekalkan tenaga daripada para jundi, Flik mengatur rencana agar dapat menghasilkan satu ainul yaqeen, untuk menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan, koloni semut yang lainnya dan tentu saja kepada si belalang pembuli.


Dengan izin Allah, rencana mereka kelihatannya kurang sukses. Si belalang pembuli nampaknya berang sungguh bila mengetahui ada di kalangan koloni semut yang pengecut itu sudah menjadi pemberani. Koloni semut yang pada awalnya gembira dan menyokong usaha flik kembali mengecut diri...dan mula hilang keyakinannya.


Tetapi Flik lebih tahu, andainya dia terus menyerah...maka tiada siapa yang akan memandang tinggi kepada Allah lagi. Usahanya adalah untuk kembali menyinari bumi dengan pancaran nur Ilahi, tetapi andai dia menyerah... impaknya pasti lebih buruk lagi. Lalu Flik, bertindak untuk menjadi Ghulam. Budak yang sehingga ke hujung hayatnya tetap berusaha membawa da'wah Islam biarpun harus dibayar oleh nyawa...kerana dia yakin bahawa syurga itu lebih tidak ternilai harganya.


Di saat-saat akhir itulah, Flik lantas bangkit...memberi kata-kata yang menyemarakkan kembali semangat teman-teman semut yang lainnnya lalu mereka bersatu menentang si belalang pembuli. Pengakhiran yang sangat indah.


Kita sedang dibuli, disepak terajang oleh para zionis laknatullah.
Tetapi kita tetap membisu, membiarkan berlalu dengan doa cuma.
Kemudian melakukan kerja sehari-harian tanpa merasa berdosa.
Kita berani bersorak sorai, mengutuk dan mengeji tindakan ganas pembuli-pembuli di sana.
Tetapi kita kecut perut tidak berbuat apa-apa untuk bangkit menghalang mereka.
Bukan ertinya kita harus mengangkat senjata.
Tetapi untuk kita kembali melihat segala usaha, adakah benar-benar di tahap maksima
sehingga seluruh dunia bisa bangkit dari lena
dan percaya bahawa mereka harus melakukan perubahan untuk dunia
percaya bahawa mereka mampu untuk menjatukah si pembuli
mengembalikan khalifah ke tempat asalnya..


Tak usah bermimpi mahu menakluk dunia
andai usaha tidak seberapa
jangan merasa sudah selesa
berada dalam konvoi Flotilla menuju syurga
andai niat kita tidak satu rentak dengan mereka yang lainnya
andai usaha kita tidak semurni mereka yang benar-benar meletak Allah dihatinya.
Berada di dalam kapal bersama mereka, belum ada jaminannya bahawa destinasi kita ialah syurga
kerana mungkin saja kita menjadi mangsa bedilan peluru hidup is-ra-el
saat hati entah ke mana
saat amal tidak seberapa
lalu adakah silapnya pada konvoi Flotilla?
atau silapnya diri saat sudah dipilih di dalam konvoi ke syurga
masih lembam dan malas berbuat apa-apa
masih seronok berlibur dengan jahiliyah menggoda
atau mungkin merasa diri hebat kerana berada dalam konvoi ke syurga?


Ya ayyuhal muddattsir!
Qum Faanzir!
wa Robbaka fakabbir!
wa tsiyabaka fatohhir!

5 comments:

Auni Nur Fatin said...

Semoga kita semua jadi macam Flik dab Ghulam.
Dah penat kumpul makanan. =)

Mama Hazim said...

pertama kali dapat komen cik aunaz kot. hehe.

tafaddhal, sis =)

aizadiha said...

salam.moga konvoi kita semua adalah ke syurga dalam meraih redha Allah semata..

jzkk cik kuchinque~!:)

Anonymous said...

mnarik sungguh...
leh copy x??

Mama Hazim said...

aizadiha
wsalam. ameen. moga konvoi kita selamat tiba di syurga, beserta dengan semua anak-anak kapalnya =)

anon
sila2. maaflah, boleh kopi je..lain kali boleh teh juga kan? heh.