Dulu semasa saya di zaman budak-budak, saya selalu geram bila ada orang cuba untuk mengatakan bahawa banyak daripada perkara masa lapang saya adalah salah satu agenda musuh Islam. Dari permainan komputer, muzik hinggalah kartun. Kononnya, ada udang di sebalik batu di setiap perkara yang dihasilkan itu. Saya yang degil ketika itu hanya menganggap semua itu adalah taktik orang Islam sendiri untuk mencari alasan supaya budak-budak tak main-main sangat dan rajin beribadat. Astaghfirullah, mohon Allah ampunkan kejahilan saya dulu.
Selepas diri dipancari cahaya Islam yang indah, alhamdulillah beransur-ansur pudar noda jahiliyyah (dan harus masih terus mujahadah!). Menariknya, Allah memberi tarbiyah kepada saya dalam bentuk yang berbeza. Bukan daripada slot Sayonara Jahiliyah mahupun Ghazwatul Fikr, tetapi cukup dengan ayat cintaNya lewat memahami matlamat hidup pertama, 51:56.
Manusia diciptakan dengan tujuan sebagai abid, hanya untuk beribadah kepadaNya! Lalu apa saja perkara yang bukan ibadah, mestilah ditinggalkan kerana bukan itu tujuan kita diciptakan. Semudah itu, bukan? Misalnya, kerusi diciptakan dengan tujuan supaya kita dapat duduk di atasnya. Mungkin tidak tercatat secara rasmi, tetapi kita faham-faham saja bahawa kerusi itu layaknya supaya kita dapat duduk di atasnya. Lalu bayangkan, andainya setiap kali kita mahu duduk dan kerusi itu bertindah dengan melarikan diri, melompat ke sana ke mari, bermain bola atau apa-apa saja yang bukan menjadi tujuan penciptaanya, pasti kita sendiri berasa geram. Ah, mahu saja dipatah-patahkan kerusi itu dan buat saja kerusi baru yang lebih baik dan mampu mencapai tujuan kerusi diciptakan.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Manusia diciptakan dengan tujuan sebagai abid, hanya untuk beribadah kepadaNya! Lalu apa saja perkara yang bukan ibadah, mestilah ditinggalkan kerana bukan itu tujuan kita diciptakan. Semudah itu, bukan? Misalnya, kerusi diciptakan dengan tujuan supaya kita dapat duduk di atasnya. Mungkin tidak tercatat secara rasmi, tetapi kita faham-faham saja bahawa kerusi itu layaknya supaya kita dapat duduk di atasnya. Lalu bayangkan, andainya setiap kali kita mahu duduk dan kerusi itu bertindah dengan melarikan diri, melompat ke sana ke mari, bermain bola atau apa-apa saja yang bukan menjadi tujuan penciptaanya, pasti kita sendiri berasa geram. Ah, mahu saja dipatah-patahkan kerusi itu dan buat saja kerusi baru yang lebih baik dan mampu mencapai tujuan kerusi diciptakan.
Kalau dahulu mungkin kita tidak nampak kesan secara langsung bagaimana wasilah-wasilah dakyah musuh Islam itu mampu memberi kesan kepada masyarakat Islam, tetapi kini dengan meluasnya telah terlihat impak besar daripada wasilah yang pada pandangan kita dahulu tidak terlihat bahayanya. Pada saya, antara bahaya besarnya ialah fenomena masyarakat masa kini yang membesar dengan jiwa budak-budak. Andai kita menyatakan bahawa orang yang mukallaf itu mampu membezakan baik dan buruk, maka kita juga setuju bahawa si mukallaf ialah orang yang rasional. Dan itu seharusnya menjadi ciri-ciri seorang yang bersifat matang dan dewasa.
Budak-budak itu sifatnya emosional, sangat mengikut perasaan, tidak panjang fikirannya dan tentunya, sangat suka bermain dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya melainkan apa yang dia sedang mainkan sahaja.
"Cikgu, apa cer ni? Kenapa kitorang kena beratur macam budak-budak sekolah rendah?"
"Oh, bukankah awak ni memang budak-budak? Rosakkan kerusi meja sekolah, rosakkan pintu...budak-budak je yang suka rosakkan barang-barang sebab dia tak tau nak guna macam mana. Ok, budak-budak.... beratur cepat!"
Saya fikir berada di sekolah menengah lebih mudah kerana pelajar-pelajar sudah besar dan lebih matang. Tetapi silap, generasi kini malah fikirannya lebih kebudak-budakan dan tidak seimbang dengan emosi. Bukan masalah kurang pengetahuan kerana mereka malah lebih jauh ke depan soal hal-hal orang dewasa. Tetapi masalahnya, mereka tenggelam dalam fikiran dan emosi budak-budak sedikit sebanyak kesan ghazwatul fikri yang tidak diendahkan oleh kebanyakan umat Islam termasuk saya dahulu.
Masalah ini bukan isu di sekolah saya yang kecil itu tetapi merupakan isu fenomenal. Lihat saja, berapa ramai yang lebih kisahkan permainan bola sepak piala dunia berbanding isu palestina mahupun isu sejagat yang lebih realiti. Tidak terlepas juga pelajar-pelajar yang ilmunya berbuku-buku tetapi menghadapi dunia nyata pun tidak mampu kerana hidupnya berkisar pada teori dan berperasaan perasan bahawa diri cukup hebat dengan A+ lurus tercalit di slip keputusan peperiksaan. Ah, andai saja mereka tahu bagaimana A+ itu bisa menjamin mereka kekal 'hidup' dan mampu mengharungi cabaran dunia sebenar nanti, apatah lagi akhirat!
Lihat juga, manusia-manusia dewasa yang terkinja-kinja dengan permainan yang dahulunya menjadi minat budak-budak saja, jaringan sosial! sibuk dengan fesbuk, apatah lagi sibuk dengan permainan kanak-kanak di dalamnya. Kasihan, manusia dewasa yang sepatutnya sudah mampu mengemban tanggungjawab khalifah kini sepertinya dihipnotis menjadi kanak-kanak jadian. Apatah lagi bila melihat dari kaca mata televisi, manusia yang kononnya dewasa tapi berkelakuan mengalahkan budak-budak...lemas dalam emosi dan fantasi sendiri.
Kembali ke dunia realiti, masih banyak yang perlu diusahakan. Manusia dewasa dengan jiwa budak-budak, harus disantuni sebagaimana budak-budak suka disantuni. Begitukah?
Ah, mungkin mereka harus disedarkan akan siapa mereka sebenarnya.
Persis sang singa yang berjiwa kijang, tertipu dek tenggelam dalam fantasi sendiri.
Ayuh, bangunkan mereka!
No comments:
Post a Comment