Tuesday, June 15, 2010

Rasa itu.


"Akak, kenapa saya dah tak rasa manisnya usrah..macam masa mula-mula saya masuk usrah dulu?"

"Saya rasa masalah saya ialah saya dah tak 'feel'. Saya faham apa yang akak cakap, saya boleh jawab apa saja soalan akak... tapi tak masuk dalam hati..sedih sangat. Saya geram bila lihat sahabat yang lain ada 'rasa' tu, tapi saya tak!"

Subhanallah. Terkadang Allah mengajar kita untuk memahami kehidupan ini dengan pelbagai cara. Seperkara yang sering kali menarik-narik jiwa untuk membicarakannya. Halawatul iman. Merasai kemanisan iman...Ah, benar. Saat pertama kali merasai manisnya iman, hati rindu-rinduan mahu merasainya lagi. Benar sekali, perasaan yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang pernah merasainya saja. Lalu saat iman jatuh merudum, saat virus futur mula berani-berani menjangkiti diri, saat hati sunyi tanpa rasa indah lagi....maka kita merasa keluh-kesah. Sepertinya lemah tak terdaya. Seperti membuat apa saja tak kena.




Lalu apakah kerana hilangnya rasa kemanisan iman itu lalu kita tinggalkan segalanya?

Apakah benar amal kita, jika begitu?



Lantas lihat kembali, untuk apa kita mengerjakan sesuatu itu? Adakah untuk meraih redha Allah,
atau cuma untuk mengecap kemanisan iman?
Seperti, apakah kerana tidak merasai lazatnya dan khusyuknya solat, lalu kita sanggup meninggalkan solat?




Awas, andai amal kita bertujuan untuk meraih kemanisan iman.


Bisa saja ia menjadi tempat untuk syaitan merosakkan amal.


Kerana amal sudah tidak lagi suci bersih untuk meraih redha-Nya
kerana amal itu bisa saja sudah tersasar dari tujuannya.


(Lalu awas, awas, awas...apakah niat besar amal kita untuk meraih kemanisan iman? Astaghfirullah!)




Kemanisan iman mungkin menjadi penanda aras iman, dan andai kita merasainya... itulah kurniaan Allah yang amat berharga.


Tetapi andai kita merasai pahitnya futur, atau iman yang tak seberapa lazatnya, maka itu tetap juga kurniaan-Nya yang amat berharga!


Kerana perasaan itu sepatutnya membuatkan kita malah membutuhkan-Nya!


Kerana perasaan itu sepatutnya mendesak amal kita yang berlipat ganda!


Kerana perasaan itu sepatutnya membuatkan kita malah lebih giat mujahadahnya!



dan kerana perasaan iman yang lemah itu,


beserta dengan mujahadah kita...
Allah malah memberi peluang untuk kita mengecap lebih banyak pahala di setiap usaha kita! Lagi rasa susah, dan semakin banyak usaha yang perlu dilakukan...maka lebih banyaaaaaaaaaaaaaaak pahala yang Allah sediakan. Bukan begitu?





Subhanallah.
Segala puji bagi Allah.
Tuhan penuh cinta buat hamba-Nya.




4 comments:

Mawaddah said...

Salam kd~

entry ni betul2 kene atas batang hidung saya(dah penyek hidung waddah=p)..ramai juga akhawat yg mengadu syndrome post exam yg penuh dgn futur dan semangat yg down..

masyaAllah dah jumpa jawapannya.
jazakillah3x=)=)
Saya happy!nak cuba amalkan pula~..nak share dgn akhawati boleh?byknya dah tabur pahala kd ni..ishh,jeles(>_<)

Mama Hazim said...

wsalam waddah.

saya rasa sindrom ni semua pun ada rasa kot. a reminder to my old self sebenarnye..huhu

moga kita terus mujahadah utk mencari redha-Nya :)

fi zhilalil tarbiyah said...

salam..
kak kd,nk mintak entri ni..
huu..sgt memerlukan..
semoga bermanfaat

Mama Hazim said...

wsalam.

silakan mum. moga memberi manfaat :)