Tuesday, June 1, 2010

Allahu shomad!



"4.30 petang waktu Malaysia. Kapal kami berada di perairan Gaza dan mungkin akan bertemu dengan kapal Israel. Mohon doa daripada semua. Daripada ketua misi LL4G" Jumaat tempoh hari saya menerima mesej daripada yai-em terus ke telefon genggam. Saat itu saya sedang dalam permusafiran dari selatan. Subhanallah, bukankah doa orang yang sedang bermusafir itu paling dekat dengan Allah? Terus menggunkan kesempatan itu untuk berdoa, moga ada saham saya dalam perjuangan mereka. Mesej terus dihantar kepada akhawat yang lainnya. Moga doa-doa kami menjadi satu, membedil rejim zionis satu per satu.


Lantas teringat akan doa Nabi saat Badar al-Kubra. Rintihnya penuh pengharapan kepada Tuhan. Lalu bagaimana kita? Apakah benar-benar doa kita tulus mulus kepada-Nya? Apakah benar-benar kita telah berdoa? Atau mungkin saja kita persis sang pemuda lewat hadis 10 daripada Arbain an-Nawawiyah. Sang pemuda yang harusnya doanya sangat mudah untuk dimakbulkan, tapi kerana makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram... lalu doanya menjadi sangat jauh untuk dikabulkan.


Semalam jantung berdegup kencang saat menerima berita terbaru. Ah, mahu saja memberitahu seisi warga sekolah saat itu. Tapi, entah siapa yang peduli. Maka hanya kepada sahabat yang rapat sahaja yang saya mampu ceritakan. Banyak saja daripada mereka yang tidak tahu langsung akan konvoi ke Gaza ini. Mungkin saja silap saya mereka tidak tahu. dan mungkin saja andai saya tidak bersama dalam tarbiyah ini, sama saja tidak mengambil peduli apa-apa dan sibuk dengan urusan kehidupan sendiri sahaja.


Oh, andainya bencana ini daripada khilaf saya. Ampunkanlah ya Allah!
Panjatkan doa setiap ketika. Istighfarlah mohon pengampunan-Nya, moga ditebak segala dosa yang jadi penghalang doa-doa kita untuk sampai kepada mereka.


Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.
Allahu wakeel.
Allahu waduud.
Allahu syakuur.
Allahu shomad.
Have mercy on them, ya Allah.
As they are spreading mercy on mankind.
Sila ambil TAHU.
Namun harus diingat.
Tidak cukup dengan hanya doa.
Kita perlukan doa yang menggerakkan segala usaha.
Tidak cukup dengan tawakkal, tapi tawakkal yang sangat meyakini Allah mengganjari sesuatu apabila telah cukup syaratnya.
Pelajaran daripada kekalahan, pelajaran daripada darah..semuanya bukan buat mereka yang dianugerahi syaheed dan berjaya menemui pencipta-Nya. Tetapi pelajaran buat kita yang masih bernyawa, yang masih perlu memikul amanah membawa Islam sebagai pembebasan segala manusia di jagat raya.
Sampai bila hanya mahu merintih, terasa pedih, menangis simpati apabila melihat derita mereka?
tetapi tidak merintih pedih dan menangis simpati melihat derita kita yang masih lembam tidak berbuat apa-apa?
atau mungkin saja menjadi manusia yang sia-sia kerana tidak menggunakan segala nikmat yang diberi percuma?
Mereka bergembira dengan syaheed, lalu kita bagaimana?

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum kak!

Ayuh!