Sunday, April 4, 2010

His love is everywhere



Zahrah mengetahui bahawa penyakit kansernya sudah di tahap kritikal. Anak pertamanya, Sofya baru 2 minggu. Semalam, Dr. Kim baru saja memberitahu bahawa hayatnya mungkin kurang 2 bulan lagi. Zahrah cukup sayu memikirkan bahawa Sofya bakal membesar tanpa belai kasih seorang ibu. Bagaimana mahu diberitahu Sofya yang sekecil itu bahawa ibunya benar-benar menyayanginya, mencintainya dengan sepenuh jiwa raga. Andai Zahrah bisa menceritakan segala-gala harapannya buat intan payungnya agar menjadi anak Solehah di setiap masa walau tanpa kehadirannya sebagai ibu di sisi Sofya..

"Abah, siapa yang buat baju untuk Sofya ni..cantik sangat!!", Sofya yang berumur 5 tahun sangat petah berbicara. Zaid merenung kejora hatinya dan menghela nafas dalam-dalam. "Tentu saja ummi yang buat khas untuk Sofya.. bukan setakat yang ini, tapi semua yang dalam almari tu!" Sofya sedikit terkejut, "semuanya??"."Ya, semuanya sayang..juga cadar, sarung bantal, langsir, alas meja, hiasan di dinding, hiasan atas meja, buku-buku untuk Sofya, permainan untuk Sofya, Sofya lihat saja di setiap sudut rumah ni..semua ummi buat untuk Sofya.." Zaid tunduk, teringat betapa bertungkus lumus Zahrah menyiapkan semuanya sebelum ruhnya kembali menemui pencipta.

Zaid kembali memandang wajah Sofya dengan penuh kasih, "Sofya tahu kenapa ummi susah-susah buat ini semua?". Sofya geleng. "Sebab ummi sangat sayangkan kita, ummi sangat sayangkan Sofya... ummi nak Sofya ingat semua harapan dan pesanan ummi buat Sofya. Sofya tahu, ummi ada tulis pesanan dan nasihat-nasihat untuk Sofya dalam diari atas meja tu. Ha, Sofya kena pandai baca untuk tahu pesanan ummi tu..itulah surat-surat cinta ummi untuk Sofya! Sofya nak abah tolong ajar Sofya membaca?" Sofya tersenyum girang dan mengangguk laju. Zaid mendakap Sofya penuh kasih sayang. Sungguh, sepertinya setiap yang ditinggalkan Zahrah di rumah itu dititipkan dengan kasih sayang dan setiap kali menatapnya akan mengingatkan Zaid akan tanggungjawab besar memikul amanat daripada Zahrah untuk mendidik Sofya.


Lalu, kenapa Allah ciptakan segala sesuatu di alam ini dengan tersangat banyak jenisnya..?
tersangat hebat dan halus penciptaannya?
kerana di sebalik setiap ciptaan itu, dititipkan kasih sayang buat hamba-Nya.
Di balik setiap ciptaan yang agung itu, akan mengingatkan kita akan amanah-Nya.
kerana itu
Allah meminta kita untuk memikirkan setiap ciptaan-Nya
dan memahaminya dengan sepenuh hati.

"Robbana ma kholaqta haza baathila subhanaka faqina azabannaaaar.."

(Lama tak tulis cereka. Rasa macam pelik. Maaf, kalau tak ok. Sedang cuba menggambarkan apa yang saya rasa..)

4 comments:

atiqah kanada said...

bestlah kak kd.
huu. tak pernah fikir analogi sebegini. alhamdulillah, i like i like :)

Mama Hazim said...

alhamdulillah.
risau org tak faham je..

aizadiha said...

salam ukhti
dun worry.ana faham dan sangat suka cereka ni. Meremang kot bila baca, entah datang dari mana:p rasa nak nangis T.T

nway ana link kan entry ni frm my blog. Semoga ramai dapat manfaat. Bawa dah cerita ni dalam usrah, tp baca lagi best kot
jzkk

-love from russia

Mama Hazim said...

subhanallah wa astaghfirullah.
moga ada manfaatnya, ukhti.

salam rindu utk sisters russia :)