Tuesday, April 13, 2010

Manusia pilihan

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (22:78)


Oh, betapa saya mahu mereka tahu betapa istimewanya mereka...
Betapa istimewanya kita dipilih oleh Allah sebagai muslim dan sebagai pembawa deen ini.
Betapa setiap muslim itu bukan calang-calangnya dipilih tetapi pilihan yang benar-benar teliti berdasarkan kualifikasi mereka.
dan mereka yang muslim ini, dengan kualifikasi dan kualiti yang ada... dipilih pula untuk tugas membawa kesaksian deen ini kepada sekalian manusia.
Lalu Allah mengingatkan, bahawa tidak diciptakan kesukaran dalam tugas ini... walau seberapa berat di pandangan kita, percayalah...Allah tahu kita mampu! dan Allah sentiasa bersama untuk membantu! Dialah mawla..satu-satunya penolong, dan tentunya penolong yang terbaik untuk kita!

Subhanallah.
betapa saya mahu setiap muslim itu tahu betapa istimewanya mereka dipilih untuk berada dalam deen ini...
Ya, Allah memilih kita. Kita yang sering saja lalai dan lupa, kita yang terkadang selalu saja bermaksiat kepadaNya..
sedangkan Abu Talib yang banyak membantu Rasulullah SAW pun tidak terpilih berada dalam nikmat Islam ini.
Ah, siapa kita untuk dibandingkan dengan pengorbanan sang paman baginda Rasulullah SAW?
Siapa kita????

Tapi Allah lebih tahu akan setiap inci diri yang dipinjamkan kepada kita.
Lalu tugas syahadah ini diberikan sesuai dengan kualiti yang telah dipinjamkan juga.
malah, Allah tambah berjanji tidak akan memberi sesuatu yang diluar kemampuan kita,
memperingatkan bahawa Dia sentiasa di sisi dalam kita melaksanakannya,
menunjuk segala macam cara untuk kita tetap teguh menjalankan amanah ini.

Subhanallah.
Kasih-sayang Allah melimpah ruah!!!
Ah, saat saya membaca surat cintaNya..betapa terasa begitu lembut belaian kata Allah itu, pujukan harapan untuk kita melaksanakan amanahnya, tetap teguh dan terus melangkah penuh harapan menuju redhaNya.

Oh, Tuhan. Saya rindu....

No comments: