Bila Allah memerintahkan kita untuk melihat kepada makanan,
maka mungkin juga kita perlu melihat kepada keindahan hikmah di sebalik penciptaan sistem pencernaan yang serba kompleks itu.
Subhanallah. Allah memberi ilham kepada saya untuk menceritakan betapa manusia itu mungkin saja serupa dengan makanan yang terpaksa mengalami perjalanan panjang dalam salur pencernaan. Bersusah-payah menghadapi laluan sukar sehingga makanan yang ditelan itu mampu menjadi sesuatu yang bermanfaat, dapat diserap dan dihantar ke seluruh tubuh untuk dimanfaatkan.
Lalu, ada juga bahagian dalam makanan yang tidak dapat dicernakan dan menjadi bahan buangan yang dipanggil najis. Kasihan, bersusah-payah makanan itu melalui satu proses yang panjang dan payah...tetapi akhirnya tidak dapat memberi manfaat lalu hanya menjadi najis. Dan najis itu harus disingkirkan, kerana andainya dibiar bersama dalam badan akan menghasilkan toksin lalu meracuni badan pula.
Benar, mungkin begitu kehidupan kita.
Kita menghadapi kehidupan ini dengan penuh susah-payah,
11 tahun menghabiskan umur di sekolah, ke kolej dan universiti bertahun-tahun...
lalu apakah dengan susah-payah kita ini memberi manfaat kepada dunia?
atau apakah kita ini
layaknya hanya menjadi sisa buangan
kerana dengan tidak dapat memberi manfaat
maka sesungguhnya kita membawa mudarat.
seperti najis yang terbiar lama dalam kolon.
Lalu, tidak hairanlah
mengapa Allah memusnahkan kaum manusia yang ingkar
kerana keberadaan manusia yang tidak memberi manfaat kepada makhluk bumi
hanyalah membawa kepada mudarat sahaja.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Faghfirlana ya Rabb.
No comments:
Post a Comment