Tuesday, April 6, 2010

mari jadi doktor!!


Jadi doktor, bukan sebarang doktor...
tapi jadilah doktor hati,
paling tidak, mampu mendiagnos diri andainya sudah terkena penyakit hati.
Di sini saya kepilkan sedikit panduan simptom penyakit hati yang dikutip daripada buku Gizi Hati karya Dr. Ahmad Farid yang diterbikan oleh Syarikat Aqwam. Moga dapat dimanfaatkan bersama =)

Tanda-tanda penyakit hati

1) Sulit meraih sesuatu yang diciptakan untuknya
- hilang rasa taat dan cinta kepada Allah
- menjadikan nafsu sebagai ilahnya

2) Tidak merasa sakit kerana luka-luka maksiat
- tahu buat maksiat tapi buat2 tak kesah je.... ubatnya, 7:201 dan 3:135

3) Pemiliknya tidak merasa jelik dengan kebodohannya terhadap kebenaran
- tidak risau kalau tidak tahu sesuatu tentang Islam

4) Pemiliknya beralih daripada makanan bergizi kepada racun yang mematikan hati
- mengutamakan maksiat daripada sesuatu yang membawa kebaikan

5) Pemiliknya menghuni dunia dengan perasaan redha, tenang dan tidak merasa asing serta tidak mengharap akhirat dan beramal untuknya.

"Barangsiapa ingin mengetahui apakah dirinya mencintai Allah, hendaknya ia menghadapkan dirinya kepada al-Qur'an. Bila ia mencintai al-Qur'an, itu ertinya ia cinta kepada Allah. Kerana al-Qur'an itu kalamullah." - Ibn Mas'ud


nak tahu lebih lanjut, silalah baca buku ini. Apa yang ditulis di atas ini sebenarnya adalah nota-nota yang dikutip oleh saya semasa membaca buku ini tahun lalu. Selalunya bila saya baca buku, saya catatkan sekali nota-nota untuk diingat-ingat dan dirujuk kembali sebab selalunya saya pinjam buku orang je pun... ;)

No comments: