Tuesday, April 20, 2010

Anak-anak


Petang tadi seorang ibu bertandang ke bilik guru untuk menemui saya. Ibu pelajar kelas saya. Ibu ketiga yang prihatin tentang anaknya yang berada di kelas jagaan saya yang terkenal seantero sekolah sesi petang. Oh, tolong jangan kata "ke mana tumpahnya kuah...". Mungkin saja peribahasa itu tidak sesuai untuk keadaan ini.


"Cikgu, macam mana nak buat dengan anak saya ni?", saya terdiam. Menghela nafas perlahan. Memandang wajah sayu sang ibu yang menggelarkan dirinya "mak cik". Nafas dihela kembali. Perlahan. Entah, kali ini saya tidak mampu memberi apa-apa jawapan. Bingung. Mungkin sedikit terkejut dengan kehadiran mak cik yang penuh harapan terhadap si anak yang sepertinya tidak mengerti.


"Cikgu, kalau dia nakal. Tolong rotan dia!", hampir terhambur air mata si ibu saat saya menceritakan kawan-kawan rapat anaknya ada yang pernah ditangkap merokok di kawasan sekolah. Ibu yang begitu mengharapkan anaknya kembali menjadi anaknya yang dahulu. Rajin belajar, taat, tidak berpeleseran.... Ah, andai saja si anak dapat mendengar dan memahami luahan hati si ibu.


Anak-anak jagaan saya yang sering kali membawa puting beliung dalam hidup saya. Merentap jantung dengan bermacam kes yang kadangnya begitu sukar untuk diterima manusia lainnya. Ah, siapa sangka mereka ialah perempuan pembuli mahupun bohsia? yang kadang-kadang mungkin saja lebih advance dari si guru yang kolot-molot-polot ini? Oh, sungguh si guru ini tidak punya apa-apa untuk diberi melainkan kasih yang tidak bertepi. Kasih yang si guru ini harapkan, agar bisa memecahkan ais menjadi mata air yang memancar-mancar seperti geiser di tengah gurun yang kontang. Moga dapat menyirami hati yang tandus kasih sayang, kering tanpa iman dan pegangan tulus suci terhadap Tuhan.


dan sungguh, guru ini telah menumpahkan air mata kali pertama. Saat si nakal cilik nombor satu, ketua geng kampung dusun memilih untuk berpindah ke sekolah lain...tanpa sempat mengucapkan kata terakhir buat gurunya.


Moga kasih yang dirasa ini, ialah kasih kepada ruh-ruh di setiap jiwa anak-anak...yang menginginkan kehidupan abadi di firdausi. Moga kasih yang hadir ini ialah kasih yang hadir dek kasihnya diri terhadap Rabb yang sangat, sangat, sangat Maha Mengasihi.


Oh, Allah. Sungguh anak-anak ini tidak mengerti. Maka tunjukilah mereka, Ya Rabbi!

Mereka sepertinya manusia yang berada dalam kegelapan tanpa sedar

dan sepertinya mereka sering kali tersalah langkah

saat meraba-raba tak tentu arah

lalu tersadung, terjatuh, luka berdarah

andai tiada yang menghulurkan tangan, tiada yang menyinggah

lalu tentu saja lukanya semakin parah

dan membarah

lantas, siapa yang salah????

si pembawa cahaya yang melengah-lengah?

atau jiwa yang bercahaya itu yang semakin melemah?

sehingga tanpa sedar, mereka sudah mengaku kalah

untuk terus hidup, melakukan perubahan

dan melakukan sebanyak-banyak kebaikan.


Subhanallah. Astaghfirulllah.

5 comments:

Anonymous said...

sis, how do you survive with this? hati kecil ni sering berkata, mengajak saya bbakti di sekolah dan komuniti 100%. kes2 macam ni membuatkan mahu duduk dekat dgn masyarakat..membantu mereka..tapi..

Mama Hazim said...

tapi..ape, kak? heh. afwan, x paham sgt.

hm..sometimes we have to get back to basic. membawa islam utk semua. technically, yes..we have learnt the theories and strategies. tapi utk melunaskan haq syahadah kpd smua, mereka ni perlu disentuh juga kan? still practicing the strategies and at the same time getting ready to infitah.

ke maksud akak macam mana?

cikgu ii said...

owh,kadang2 situasi yg kita jumpa tiap hari begini di sekolah buatkan saya terpikir, mungkinkah tempatku di sini? mungkinkah ku harus ubah channel dakwah ni kepada anak2 di sekolah ini dan komuniti sekelilingnya? bukannya berlari2 meninggalkan tempat ini saat wiken dan petang2 hari utk dakwah di tempat lain...hati cuma berbisik...takpela, maybe for now what should i aim is try to do as much as i could during school hours first..

Mama Hazim said...

oh mcm tu..
hm, maybe kena check balik..muntijkah tenaga 100% kita utk kwsn itu, sdgkan mungkin dgn 20% tenaga utk mereka yg 'lebih mahu' dan 'lebih maju' akan membawa kesan yg lebih baik.

from my experience,I need to give berganda2 extra efforts to make them interested with Islam..itu pun baru nak beri mereka rasa 'mahu' tu, tapi tak selesai2 juga lagi..huhu.


Allahu a'lam.
Istikharah, syura..mungkin itu lebih baik?

Anonymous said...

ooh.mgkn sbb situasi di tempat awak lain. di sini anak2 masih kecil,menadah segalanya..komuniti kampung yg jahil,tapi naive...takpelah kd, jzkkk sis!