Seminggu yang indah-indah. Alhamdulillah, terima kasih Allah! Bermula dari pemergian ke rumah kakak (dan si comel Fateh) untuk santapan perut dan hati sehinggalah saat saya kembali daripada mengutip cendawan edisi tengah malam sejurus tiba di rumah dengan tren kedua terakhir. Saya berharap nikmat masa yang banyak kurniaan Allah ini tidak saya sia-siakan. Astaghfirullah, mohon ampunan Allah atas rasa malas-malas dan berlengah-lengah yang kadang-kala melekat malah liat untuk ditanggalkan.
Dalam perjalanan ke rumah kakak, terlihat sekumpulan murid-murid di dalam bas sekolah. Kelihatan mereka sungguh comel, riang dan gembira sekali. Saya senyum pada mereka. Murid-murid sekolah tamil barangkali. Seorang budak perempuan di bahagian belakang bas sedang menyantap bekalan makanannya. Dia memandang ke arah saya dan bertanya, "Puasa ke?" Saya mengangguk sekilas. Dia terus menghentikan suapannya dan menyorokkan bekalannya. Segan mungkin. "Eh, makanlah! Tak mengapa." Saya melambainya dari jauh dan kami berbalas senyuman.
Esoknya ke kolej adik-adik. Kali ini cabaran untuk mereka menguruskan iftar sendiri untuk kohai mereka. Pertama kali mencuba masakan mereka, Hebat! Habis semua spaghetti (versi pasta) yang mereka buat. Habis licin. Kuah sardin versi mereka pun tidak kurang hebatnya. Mungkin lagi bagus daripada masakan saya tempoh hari. Sungguh, saya tidak menyangka adik-adik akan memasak dengan bersungguh-sungguhnya! Kuih bermacam-macam, siap dengan keropok segala! Tapi saya sudah menjangkakan ada sesuatu yang mereka akan terlupa. Cawan! Cubaan baik untuk kali pertama. Thumbs up!
Paling seronok adalah keluar beramai-ramai untuk bertarawih di Masjid. Sekembali dari masjid, mahu meneruskan pula sesi perkongsian dengan mereka. Masya Allah, dipertemukan pula dengan seorang mak cik pakistani yang baik hati. Kami diberi hadiah sejadah seorang satu. Malah bersemangat pula mak cik mengingatkan tentang lailatul qadr dan berusaha sehabis baik untuk menambah pahala di akhir-akhir Ramadhan ini. Saya suka sekali bila dia mengingatkan untuk menyampaikan kepada orang lain mengenai lailatul qadr ini. "Nanti kamu akan diganjari sebanyak mana yang orang itu lakukan juga!". Ya, itulah kelebihan menyampaikan! Islam yang kita ada bukan untuk disimpan seorang diri, membaikkan diri sendiri tapi seharusnya mengalir supaya orang lain pun dapat merasai indahnya dan nikmatnya memahami dan mengamalkan Islam seluruhnya! Adik-adik masih ingat dengan ideologi air bertakung dan air mengalir?
Esoknya saya membawa kohai mereka untuk iftar dan iktikaf. Pertama kali mahu membawa mereka sebegitu jauh, malah melalui jalan-jalan yang bukan kebiasaan saya. Subhanallah, sesungguhnya Allah juga yang telah membantu kami sepanjang usaha saya mahu membawa adik-adik tiba di masjid seawal mungkin. Alhamdulillah, Allah tunjukkan kepada saya jalan yang lebih baik dan kami tiba agak cepat juga. Sempat juga makan juadah berbuka bersama-sama dengan pelajar lokaliti lain. Oh, maaf saya termemandu lebih 120km/j kali ini. Ter.. ok? Heh. Alhamdulillah selamat. Lain kali saya cuba lebih hati-hati (walaupun saya tak join 090909 I pledge itu. :P)
Hari seterusnya menghantar Kohai pulang ke kolej nun jauh di selatan. Menerima pula panggilan jihad bahawa adik-adik dari negeri bersebelahan sudah tiba di stesen. S.O.S, perlu pengangkutan untuk ke tempat yang dirancang (selepas bertukarnya rancangan). Tiba saja di sana melihat hampir 30 orang adik-adik. Kasihan, lama mereka menunggu agaknya. Cuba sedaya upaya memuatkan mereka dalam Tholhah yang muatannya 8-seater cuma. Usai menghantar trip pertama, pulang untuk mengambil mereka semula. Eh, dah takde?? Oh, rupanya mereka sudah berjaya ke sana sendiri juga bersama sisters lain yang tiba di tempat kejadian. Padahnya saya terlupa membawa charger sehingga telefon genggam kehabisan bateri berhari-hari lamanya.
Alhamdulillah, dengan penuh kesulitan kami berkampung pula di rumah tidak seberapa itu. Moga-moga pertemuan ini membawa kepada redha-Nya. Saya sendiri pun tidak merancang untuk berada di sana, mengubah perancangan untuk membantu mereka. Kebanyakan kami sudah berada di kampung halaman sedangkan banyak pula tugasan di hujung-hujung minggu begini. Kasihan pula melihat sisters sekalian terkontang-kanting dalam kekurangan tenaga kerja. Saya yang turut kepenatan kadang-kadang tewas dengan kemahuan sendiri. Sesungguhnya banyak tarbiyah Allah di bulan ramadhan ini. Menilai diri, mengesan kelemahan sendiri.. Ah, malu sungguh melihatkan betapa banyak yang masih perlu diperbaiki! Masa senggang yang ada saya cuba untuk menghabiskan biografi as-Syahid IHAB, Buku Detik-detik hidupku.. atau dalam bahasa PPSMInya, Memoirs of Hasan al-Banna by N.M Shaikh yang sebahagian besarnya diambil daripada buku "Muzakirat ad-Da'ie wa Da'ieyyah" oleh IHAB.
Tamat saja sesi terakhir keesokan harinya, SOS untuk menghantar mereka pulang pula diterima. Kali ini penghantaran perlu segera kerana mereka ada program khas selepas Asar. Sekali lagi saya memacu Tholhah bersama 9 orang penumpang lainnya. Kesemuanya terlena di sepanjang perjalanan. Saya tersenyum sendirian. Adik-adik berwajah mulus kudus. Moga Allah merahmati kalian. Andainya kalian tahu sesi yang kalian hadiri merupakan titik peralihan paradigma hidup saya dan betapa besarnya impak sesi tersebut kepada saya 2 tahun lalu, sungguh kalian tidak dapat mempercayai bagaimana saya sebelum ini dan pastinya kalian akan lebih menghargai apa yang kalian telah dapati.
Adik-adik senpai yang berada di negeri sebelah sana. Biarpun terpaksa merentas sempadan untuk ke sana setiap kali, sesungguhnya saya cukup senang bersama kalian. Alhamdulillah, setiap kali pulang saya kembali dengan hati yang berbunga-bunga riang. Melihat kalian tempoh hari yang tetap tegar untuk menyambung usrah selepas tarawih membuatkan hati berdoa-doa moga Allah membantu kalian dan menganugerahi sehebat-hebat iman buat kita semua. Masakan tidak, esoknya ada paper 'maut' tapi kalian masih mahu berkeras untuk bersama meneruskan usrah. Ada pula yang meminta izin untuk tidak mengikuti usrah, tetapi akhirnya kembali bersama dalam sekelip mata. Hanya pulang menukar pakaian cuma! Subhanallah, moga kalianlah yang dipilih Allah sebagai rijal-rijal penegak Deen ini. Andai punya kesempatan, adalah impian saya untuk melihat kalian kembali dari negara tanah percuma dan pulau benua bersama anak-anak dan cucu-cucu usrah (oh, maksudnya usrah yang sudah berkembang biak ya!). Moga kepulangan kalian nanti dapat disambut dengan perhimpunan besar-besaran keluarga besar kita di tanah air tercinta.
Bi iznillah ^_^

3 comments:
salam kak
hihi
terharu bc post akk ^_^
papepown, sbenarnyer..
thanx gak pd akk2 sbb byk sangat masak2 ntok kitorng selama nie! ^_^
sedap sgt akk2 masak esp puding roti tue yg kita mkn ms tue..
sedap~
huhhu
teringin nak tau caner nak wat menda tue
wee~
X) hihi
wsalam nisa.
hehe. senang je buat tu. nx time kita belajar secara praktikal terus, insya Allah =)
salam. thanks for sharing. tersentuh dgn post kali ini.
Jzkk
Post a Comment