Di antara amalan terbaik di bulan Ramadhan ini ialah qiyam, istighfar dan doa sebanyak-banyaknya. Alang-alang bangun sahur, kenapa tidak qiyam sekali kan? Ke bangun sahur pun malas?? Hm, rugi sangat-sangat kalau tak bangun sahur ni! Makan yang ringan-ringan seperti kurma dan air pun dah cukup. Mudah je kan Allah nak bagi extra points untuk pahala? Tinggal kita je nak buat atau tak..hmm.
Para salafussoleh menunjukkan contoh yang sangat hebat dalam menjadikan qiyamullail sebagai sesuatu yang sangat penting bagi diri kita.
Dirar al-Sadai'e mensifatkan Saidina Ali kwj ketika bangun qiyam dengan mengatakan:
"Aku bersaksi bahawa aku telah melihatnya duduk di mehrabnya sambil menangis hingga basah janggutnya; bergelisah dengan kegelisahan yang sejahtera; menangis dengan tangisan penuh dukacita, beliau telah berkata: "wahai dunia, perdayailah orang lain selain dari diriku, kepadaku aku menolak atau aku pisahkan sejauh-jauhnya. Sesungguhnya kamu telah memaparkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan kembali semula: Usiamu yang pendek, hisabmu yang payah lagi suka dan bahaya kamu yang menghinakan, duhai! diri yang sedikit bekalan - sedang pelayaran masih jauh dan sukar...."
Berkata Muhammad bin Al-Munkadir r.a:
"Tidak ada lagi kelazatan yang lain di dunia ini melainkan tiga perkara: Sembahyang malam, bertemu para sahabat dan sembahyang berjemaah."
Kalau sahabat-sahabat yang beriman dan beramal hebat pun risau dengan amalan mereka, bersungguh-sungguh menangisi dan memohon ampunan...bagaimana pula dengan kita. Iman mungkin lebih tipis dari kulit bawang, amal pula tak seberapa...tapi, malas juga? hmm.
Sesungguhnya mereka yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (15) Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (16) Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (17)

(Qur'an, 32: 15-17)
No comments:
Post a Comment